ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Aplikasi Online
Zoom VS Google Meet, Yang Mana Pilihan Anda

Zoom VS Google Meet, Yang Mana Pilihan Anda

Irene November 24, 2020 1 Comment
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares

Zoom VS Google Meet, mungkin kelihatan hampir sama terutamanya pada kalangan pelajar yang sibuk menghadiri kelas online di rumah. Walaupun kedua-dua aplikasi ini menjadikan persidangan video berskala besar mudah, namun masih banyak lagi yang perlu anda tahu. Di bawah akan dijelaskan dengan lebih terperinci aplikasi yang manakah sesuai untuk anda gunakan.

Google Meet dan Zoom membolehkan anda membuat panggilan video berskala besar yang boleh memuatkan sehingga 100 orang dalam sesuatu masa. Ini merupakan salah satu persamaan yang paling ketara.

Zoom VS Google Meet

Google Meet Bagus Digunakan Dalam Perjumpaan Berskala Kecil

Walaupun Google Meet mengalami sedikit kekurangan dalam ciri-ciri canggih yang ditawarkan oleh Zoom, namun ia menawarkan perkhidmatan panggilan video yang cepat dan mudah secara terus di web. Anda tidak perlu memuat turun atau memasang aplikasi untuk menggunakannya.

Anda hanya perlu pergi ke laman web Google Meet dan log masuk menggunakan akaun Google anda. Dengan hanya satu klik, anda boleh terus memulakan panggilan video (atau menjadualkannya dengan “Google Calendar”). Kongsikan URL dengan kawan atau rakan sekerja anda dan mereka akan dapat menyertai panggilan video tersebut setelah mereka log masuk ke akaun Google mereka yang tersendiri.

Anda boleh berkongsi skrin, mengubah susun atur(layout), mute peserta, dan berkongsi teks atau dokumen di ruangan sembang.

Sekiranya anda melanggan G Suite ($6 sebulan, setiap pengguna), anda akan dapat mengakses lebih banyak ciri seperti rakaman panggilan video, membuat siaran langsung(livestream) sehingga 100,000 penonton, dan boleh memuatkan sehingga 250 orang dalam sesuatu panggilan.

Sekiranya anda mahukan kaedah yang mudah, dan tidak terlalu terperinci untuk memulakan perjumpaan dengan 12 rakan sekerja atau 8 kawan sekolah dengan cepat, anda disarankan untuk menggunakan Google Meet. Sekiranya anda mahukan lebih daripada itu, anda perlu pergi ke platform Zoom.

Info Tambahan :  Cara Menyelesaikan Masalah Audio di Google Meet Ketika Kelas Online PKP

Zoom Sesuai Untuk Perjumpaan Berskala Besar.

Tidak dapat disangkal lagi, Zoom telah memainkan peranan yang sangat besar dikalangan ahli korporat dan profesional kerana ciri-cirinya yang lebih terperinci dan menarik.

Secara ringkasnya, Zoom adalah perkhidmatan panggilan video bertaraf profesional kerana ciri-ciri dan perisiannya yang banyak sekaligus memberi keselesaan kepada pengguna yang tidak dapat keluar dari rumah di musim pandemik ini. Ianya mempunyai pelan percuma yang membolehkan anda membuat panggilan video sehingga 100 orang tetapi masa perjumpaan adalah terhad kepada 40 minit.

Untuk melanggan “Zoom’s Pro plan” anda perlu membayar $15 sebulan. Dengan pelan ini, masa perjumpaan anda akan dimaksikan sehingga 24 jam. Selain itu, anda akan diberi ciri-ciri yang lebih menarik bagi membuatkan perjumpaan anda kelihatan sempurna.

Walaupun anda menggunakan pelan percuma, anda masih dapat merakam panggilan video, mute peserta, berbual di ruangan sembang, berkongsi dokumen atau skrin anda, membuat panggilan video HD, menggunakan papan putih atau latar belakang maya(virtual background), mengirim emoji, dan banyak lagi.

Sekiranya Anda Mahukan Ciri-ciri Menarik, Pilih Zoom.

Terdapat banyak kelebihan antara Zoom dan Google Meet, Di bawah akan disenaraikan beberapa perbezaan ketara yang perlu anda ketahui.

  • Rakaman: Anda boleh merakam mesyuarat secara terus di komputer anda. Sekiranya anda mempunyai pelan berbayar, anda juga dapat merakamnya terus ke simpanan “cloud” anda. Untuk Google Meet, hanya individu yang melanggan G Suite sahaja dapat merakam mesyuarat.
  • Latar belakang maya(Virtual background): Dari latar belakang gambar yang kabur, pegun ataupun bergerak, Zoom mempunyai semuanya. Google Meet tidak.
  • Ruang menunggu: Di sini, anda boleh melihat senarai peserta yang menunggu untuk menyertai panggilan Zoom anda. Anda boleh menambah peserta atau menendang keluar tanpa memutuskan mensyuarat.
  • Papan putih: Ini merupakan salah satu ciri yang telah dimuatkan di dalam Zoom. Untuk Google Meet, anda perlu mencari alternatif lain seperti Google Jamboard.
  • Paparan Galeri: Anda boleh melihat sehingga 49 peserta di Zoom. Google Meet hanya akan menunjukkan 16 peserta dalam paparannya.
  • Interaksi: Zoom mempunyai ciri  Respons Emoji menarik yang tidak dimiliki oleh Google Meet.
Info Tambahan :  Aplikasi Sambung Smartphone ke PC Tanpa Kabel

Apabila anda melihat senarai ini, anda dapat melihat dengan jelas mengapa Zoom begitu popular. Ia jelas dirancang untuk penggunaan di peringkat perusahaan sesuatu syarikat besar dan berfungsi dengan baik untuk tujuan profesional. Sekiranya anda seorang ketua dalam sesebuah organisasi atau guru, anda mungkin memerlukan semua ciri yang disenaraikan di atas.

Sekiranya Anda Mahukan Sesuatu Yang Sederhana, Pilih Google Meet

Ciri bukan segalanya. Bagi sesetengah individu, had panggilan 40 minit Zoom mungkin terlalu sedikit dibandingkan dengan Google Meet yang jauh lebih baik iaitu 60 minit. Hal ini kerana banyak mesyuarat atau kelas berlangsung lebih kurang dalam tempoh 60 minit tersebut.

Sekiranya anda mencari perkhidmatan yang mudah dan pantas untuk membuat panggilan video dengan rakan sekerja atau kawan sekolah dan mungkin untuk berkongsi skrin anda, Google Meet adalah pilihan yang tepat.

  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Avatar
Irene

Related Articles

Twitter Facebook Pinterest154shares Twitter Facebook Pinterest154sharesInfo Tambahan :  Cara Menyelesaikan …

Kelebihan Menggunakan SAPS Ibubapa

Game Android
Twitter Facebook Pinterest154sharesTerdapat ratusan ribu Game Android aplikasi di “Google …

Game Android Terbaik Sepanjang Masa

Cara Translate Bahasa Asing dengan Mengambil Gambar
Twitter Facebook Pinterest154sharesBahasa memang banyak didunia ini, jika melancong kita …

Cara Translate Bahasa Asing dengan Mengambil Gambar

Twitter Facebook Pinterest154shares Twitter Facebook Pinterest154sharesInfo Tambahan :  5 Aplikasi …

Jenis-Jenis Diet Yang Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Jundullah98
Member ( MM ) III
Ahli Baru
Jundullah98
1 month ago

Terima kasih penulis atas informasi yang diberikan.Terang lagikan bersuluh tentang fungsi pengunaan kedua2 medium ini.

1
Reply

Komen Terkini

  • Jundullah98 Jundullah98 on 3 Langkah Mudah Daftar Undi dengan MYSPR: “Betulkan statistik mengatakan orang Melayu x ramai yang daftar mengundi?”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Menolong Saudara Yang Zalim Dan Dizalimi: “Wah, baru tahulah orang zalim pon kita boleh bantu yea. Terima kasih penulis”
  • Jundullah98 Jundullah98 on 5 Aplikasi Islamik Yang Boleh Anda Cuba: “Alhamdulillah, sama2. Terima kasih kerana sudi membaca coretan santai ini. Moga-moga beroleh manfaat.”
  • Avatar Tiadanoktah on 5 Aplikasi Islamik Yang Boleh Anda Cuba: “Terima kasih atas cadangan aplikasi tersebut. Memang dah lama cari aplikasi islamik yg bagus dan dipercayai.”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Cara Guna Gear Automatik Kenderaan: “Camne nk neutral kan gear kemudian matikan enjin yea? Sbb kereta sekarang, selagi x P tombol gearnya, maka xleh matikan…”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Penjagaan Laptop Supaya Tidak Mudah Rosak: “Menarik info yang dikongsikan… Mohon izin share yea.”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Cara Kenalpasti Galaxy Note 7 Selamat: “Untuk versi lain masih sama ke kaedahnya?”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Cara Main Game Menggunakan Telegram: “Wah menarik dan banyak betul yea fungsi Telegram ni.”

Terkini

  • 12 Kraf dan Aktiviti Ramadan untuk Kanak-kanak
  • 5 Drama Ramadhan Best Untuk Ditonton Kembali!
  • 6 Aplikasi Membuatkan Akan Anda Multitasking!
  • Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba
  • Menolong Saudara Yang Zalim Dan Dizalimi
  • 5 Rancangan Televisyen Islamik yang Boleh Ditonton
  • 3 Langkah Mudah Daftar Undi dengan MYSPR
  • Websites Terbaik Mendapatkan Templat Slide Pembentangan PowerPoint Percuma

Terbaik Bulanan

  • Apa Sebenarnya Berlaku Saat Tubuh “Ditindih”?
  • 6 Filem Netflix 2021 Yang Wajib Anda Tonton
  • 8 Produk Xiaomi Terbaik Selain Telefon!
  • 4 Websites Membuat EPortfolio Terbaik
  • 12 Drama Korea Paling Banyak Ditonton

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz