ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Agama
Wirid Selepas Solat Yang Boleh Anda Lazimi

Wirid Selepas Solat Yang Boleh Anda Lazimi

Jundullah98 February 25, 2021 4 Comments
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares

Wirid Selepas Solat

 

Setelah solat pastinya lazim untuk wirid selepas solat,  masyarakat Malaysia sinonim dengan bacaan wirid solat yang sudah menjadi kelaziman mereka. Bacaan wirid solat ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang menjadi Sunnah Baginda.

Pengenalan Wirid Selepas Solat

Menurut sejarah,pedagang Yaman yang datang ke Tanah Melayu pada awal era Pemerintahan Melayu Melaka,telah menyusun sebuah amalan wirid yang terus diamalkan sehingga kini.Hatta, majoriti masjid yang kita singgahi,pasti tidak lekang dengan bacaan wirid ini.

Allah SWT Berfirman :

(فَٱذۡكُرُونِیۤ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُوا۟ لِی وَلَا تَكۡفُرُونِ)

Terjemahannya :

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

[Surah Al-Baqarah 152]

Melalui ayat di atas,Allah SWT menjanjikan ganjaran kebaikan bagi golongan yang sentiasa mengingatiNya.Hati mereka sentiasa terpaut dengan hidayah Allah,lidah mereka sentiasa basah dengan zikrullah dan tindak-tanduk mereka sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Sehubungan dengan itu,sifat Rahmat Allah SWT kepada hambaNya yang sangat luas sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan ampunan seluas bumi pula.”

(Riwayat al-Tirmizi no: 3534 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)

Sebagai hamba, wajarlah untuk kita merasa rugi kerana Allah SWT telah menjanjikan ampunan dan rahmatNya seluas langit dan bumi.Justeru pengampunan ini lebih besar lagi sebagaimana hadis di atas.

Info Tambahan :  Apa Sebenarnya Berlaku Saat Tubuh "Ditindih"?

Melalui bacaan wirid yang lengkap disusun oleh pendakwah silam,ianya sangat memudahkan masyarakat Islam di Malaysia untuk mempraktikkannya.Mari kita cermati bacaan wirid ini satu persatu.

Bacaan Wirid Selepas Solat Yang Boleh Anda Lazimi

1.Lafaz Syukur semasa wirid selepas solat

Seusai sahaja memberi salam selepas tahiyat terakhir,bacalah lafaz ini :

الحمدلله الذي لم يتخذ ولدا ولم يكن له شريك في الملك ولم يكن له ولي من الذل وكبره تكبيرا

Alhamdulillahillazi lam yattakhiz waladau walam yakullahu syariku filmulkki walam yakullahu waliyyum minaz zul wakabbir hu takbiiroo

Terjemahan :

Segala puji bagi Allah,yang tiada bagiNya anak dan tiada bagiNya sekutu pada kerajaanNya.Tiada baginNya pelindung

 

2.Zikir Memohon Keampunan (Istighfar)

Lafaz ini dibaca sekurang-kurangnya 3 kali.

أستغفر الله العظيم

Astaghfirullahal Azim

الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه

Allazi la ila ha illa huwa Hayyul Qoyyum wa atubu ilaihi

Terjemahan :

Ampunilah kami ya Allah,tiada Tuhan yang layak disembah melainkanMu.Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير.

 Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa ‘a laa kulli syai’in qadirr

Terjemahan :

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.

 

3.Zikir Memohon Perlindungan Daripada Azab Api Neraka

Lafaz ini dibaca sebanyak 3 atau 10 kali.

اللهم أجرنا من النار

Allahumma Ajirna minan nar

Terjemahan : Ya Allah, peliharalah kami dari azab api neraka.

 

Info Tambahan :  Doa Selepas Solat Ringkas Yang Boleh Menjadi Amalan

4.Zikir Memohon Keselamatan dan Kesejahteraan

 

اللهم أنت السلام ، ومنك السلام، وإليك يعود السلام،فحيينا ربنا بالسلام،وأدخلنا جنة دار السلام،تبارك تركبنا وتعاليك يا ذاالجلال والإكرام .

Allahumma antas salam،wamin kas salam,wailaika yaudus salam,tabarak tarabbana wataalaih,falakal Hamdu ala ma qodoit,

Terjemahannya:

Ya Allah yang Memiliki kesejahteraan (keselamatan), daripadaMu kesejahteraan,kepadaMu kembalinya kesejahteraan,maka sejahterakanlah hidup kami,masukkan kami ke dalam syurga-Mu Dar as-Salam (Negara Sejahtera).

Setelah selesai membacanya,bacalah surah al-Fatihah sehingga selesai disusuli ayat kursi.

5.Bacaan Zikrullah

Zikir-zikir ini dibaca sebanyak 33 kali setiap satunya.Persoalannya mengapa 33 kali?Jawapannya, supaya kita dapat fokus semasa zikir yakni cermat akan bilangannya.Lafaz-lafaz zikir tersebut adalah seperti berikut :

i.Tasbih (سبحان الله)

Sebelum memulakan tasbih (penyucian),lafaz pembuka yang disyorkan adalah :

إلهنا يا ربنا سبحان الله

Ilahana Ya Rabbana Subhanallah

Tuhan kami wahai Tuhan,Maha suci Engkau ya Allah.

Setelah membaca lafaz ini,teruslah berzikir Subhanallah sebanyak 33 kali.Apabila tamat,akhiri lafaz zikir tersebut dengan lafaz berikut :

سبحان الله وبحمده دائما قائما أبدا

Subhanallahhi wahihamdihi da iman qoo iman abada.

Segala puji bagi Allah yang Maha Esa lagi kekal abadi.

ii.Tahmid (الحمدلله)

Sesuai membaca lafaz tasbih,maka bolehlah beralih ke zikir seterusnya iaitu Tahmid(Pujian). Tahmid dibaca Sebanyak 33 kali,kemudian diakhir dengan lafaz berikut :

الحمدلله رب العالمين على كل حال ونعمة

Alhamdulillahhi rabbil Alamin ala kulli haaliw wani’mah.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam atas segala kurniaan dan nikmat.

iii.Takbir (الله أكبر)

Lafaz zikir terakhir adalah takbir (keagungan).Lafaz ini dibaca sebanyak 33 kali kemudian diakhiri dengan lafaz berikut :

الله أكبر كبيرا,والحمد لله كثيرا,وسبحان الله بكرة وأصيلا،لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد يحيي ويميت،وهو على كل شيء قدير.ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم.

Allahuakbar kabiro,walhamdulillah kasiro,wasubhanallahhi bukrotaw wa asila,la ilaha illallahhu wahdahu la syarikalah,lahul mulku walahuhamdu yuhyi wayumit,wahuwa ala kulli syai in qodir.Wala haula wala quwata illa billah hil Aliyyil Azim.

Info Tambahan :  Konsep Hutang Dalam Islam

Terjemahannya :

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah.

 

6.Bacaan Doa

Kata hukama’:

” Doa adalah senjata bagi orang mukmin”

Sehubungan dengan itu,pastikan setiap kali selesai mengerjakan solat,lazimilah doa walaupun ringkas.Namun jauhilah doa yang terlalu ringkas seperti :

 

Ya Allah,doa aku macam semalam

Ya Allah,macam biasalah

 

Adapun sebaik-baik doa adalah seperti yang terdapat dalam al-Quran waima doa itu selalu didengari (klise).Antara doa yang dianjurkan penulis adalah seperti berikut :

 

(… رَبَّنَاۤ ءَاتِنَا فِی ٱلدُّنۡیَا حَسَنَةࣰ وَفِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ حَسَنَةࣰ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ)

[Surah Al-Baqarah 201]

*(رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَیۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ)

[Surah Aal-E-Imran 8]

*(قَالَا رَبَّنَا ظَلَمۡنَاۤ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ)

[Surah Al-A’raf 23]

 

Kesimpulan Wirid Selepas Solat

wirid selepas solat adalah suatu amalan yang mampu mengikat hati kepada ketaatan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Bacaan ini disusun bagi memudahkan pengamal mendapat manfaat berganda sejurus membacanya.Semoga Allah SWT mengurniakan taufiq dan hidayahNya agar kita dapat istiqamah mengamalkan wirid ini.

 

Wallahualam.

Sumber dan Rujukan :

https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/

  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Jundullah98
Jundullah98

Related Articles

Twitter Facebook Pinterest154shares   Ulul Albab adalah generasi idaman yang …

Ulul Albab : Generasi Terbilang Yang Perlu Diteladani | Bahagian 2

Twitter Facebook Pinterest308shares عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى …

Sifat Malu Adalah Akhlak Islam

Twitter Facebook Pinterest154shares    Adakah anda tahu tentang aplikasi islamik? …

5 Aplikasi Islamik Yang Boleh Anda Cuba

Twitter Facebook Pinterest462shares عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى …

Membebaskan Kesulitan Hutang

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Jundullah98
Author
Member ( MM ) III
Ahli Baru
Jundullah98
1 month ago

Maaf ada kesalahan bacaan rumi pada point keempat, pembentulannya seperti berikut :

اللهم أنت السلام ، ومنك السلام، وإليك يعود السلام،فحيينا ربنا بالسلام،وأدخلنا جنة دار السلام،تبارك تركبنا وتعاليك يا ذاالجلال والإكرام .

Allahumma antas salam،wamin kas salam,wailaika yaudus salam,tabarak tarabbana wataalaik,ya Zal jala liwal ikrom,

Terima kasih atas sokongan.

2
Reply
Zul Raihan
Member ( MM ) III
Ahli Baru
Zul Raihan
1 month ago
Reply to  Jundullah98

Mantap akhi, penulisan yang sangat bermanfaat untuk rujukan kita bersama, pengetahuan asas.👍👍

1
Reply
Jundullah98
Author
Member ( MM ) III
Ahli Baru
Jundullah98
1 month ago
Reply to  Zul Raihan

Alhamdulillah,berkat bimbingan orang sekeliling juga.Terima kasih pihak ZC atas medium perkongsian yang disediakan.

1
Reply
Aaliyah Bajrai
Member ( MM ) IV
Ahli Baru
Aaliyah Bajrai
1 month ago

terima kasih atas perkongsian!

2
Reply
Jundullah98
Author
Member ( MM ) III
Ahli Baru
Jundullah98
1 month ago
Reply to  Aaliyah Bajrai

Sama-sama,terima kasih juga kerana sudi singgah memetik secebis perkongsian.

Semoga bermanfaat

1
Reply

Komen Terkini

  • Jundullah98 Jundullah98 on 3 Langkah Mudah Daftar Undi dengan MYSPR: “Betulkan statistik mengatakan orang Melayu x ramai yang daftar mengundi?”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Menolong Saudara Yang Zalim Dan Dizalimi: “Wah, baru tahulah orang zalim pon kita boleh bantu yea. Terima kasih penulis”
  • Jundullah98 Jundullah98 on 5 Aplikasi Islamik Yang Boleh Anda Cuba: “Alhamdulillah, sama2. Terima kasih kerana sudi membaca coretan santai ini. Moga-moga beroleh manfaat.”
  • Avatar Tiadanoktah on 5 Aplikasi Islamik Yang Boleh Anda Cuba: “Terima kasih atas cadangan aplikasi tersebut. Memang dah lama cari aplikasi islamik yg bagus dan dipercayai.”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Cara Guna Gear Automatik Kenderaan: “Camne nk neutral kan gear kemudian matikan enjin yea? Sbb kereta sekarang, selagi x P tombol gearnya, maka xleh matikan…”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Penjagaan Laptop Supaya Tidak Mudah Rosak: “Menarik info yang dikongsikan… Mohon izin share yea.”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Cara Kenalpasti Galaxy Note 7 Selamat: “Untuk versi lain masih sama ke kaedahnya?”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Cara Main Game Menggunakan Telegram: “Wah menarik dan banyak betul yea fungsi Telegram ni.”

Terkini

  • 12 Kraf dan Aktiviti Ramadan untuk Kanak-kanak
  • 5 Drama Ramadhan Best Untuk Ditonton Kembali!
  • 6 Aplikasi Membuatkan Akan Anda Multitasking!
  • Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba
  • Menolong Saudara Yang Zalim Dan Dizalimi
  • 5 Rancangan Televisyen Islamik yang Boleh Ditonton
  • 3 Langkah Mudah Daftar Undi dengan MYSPR
  • Websites Terbaik Mendapatkan Templat Slide Pembentangan PowerPoint Percuma

Terbaik Bulanan

  • Apa Sebenarnya Berlaku Saat Tubuh “Ditindih”?
  • 6 Filem Netflix 2021 Yang Wajib Anda Tonton
  • 8 Produk Xiaomi Terbaik Selain Telefon!
  • 4 Websites Membuat EPortfolio Terbaik
  • 12 Drama Korea Paling Banyak Ditonton

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz