ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Luar Negara
Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir

Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir

ZackC February 22, 2021 7 Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • 0share

Unta adalah haiwan yang sinonim dengan kawasan padang pasir keadaan bentuk fizikal unta itu sendiri sebenarnya bersedia untuk hidup di kawasan padang pasir seperti kakinya dan juga bonggol di belakangnya.

Bonggol unta pula adalah tempat untuk menyimpan air kepada dirinya sendiri sekiranya mengalami kekurangan air.

Oleh yang demikian unta amat bersedia dari segi fizikal dan mental untuk berhadapan dengan hawa panas yang berpanjangan di kawasan padang pasir terutama di kawasan sebelah Arab.

Pernah tak Anda bayang unta berada di tempat salji? bagaimana tindak balas mereka apabila berhadapan dengan cuaca yang bukan seperti biasa?

Satu video dikongsi melalui media sosial, baru-baru ini berlakunya satu ribut salji di kawasan Timur Tengah dari Arab Saudi ke Syria.

Kawasan ini menyaksikan salji yang pertama turun dalam beberapa tahun sekaligus sehingga berada di jalan dan juga laluan-laluan jalan raya.

Terdapat satu rakaman yang di media sosial tentang Beberapa ekor unta yang dilihat kebingungan bila terperangkap di dalam ribut salji di kawasan luar kota Tabuk di Arab Saudi.

Rakaman berdurasi 31 saat itu menunjukkan bahagian badan unta diselaputi oleh salji yang turun ketika itu dan unta-unta tersebut dilihat sedang duduk dalam keadaan kesejukan tetapi masih lagi tenang di kala ribut salji yang melanda.

Ribut salji sebenarnya adalah satu fenomena yang agak luar biasa apabila ia turun di kawasan yang berlawanan suhu iaitu di kawasan padang pasir yang panas sebelum ini.

Pihak berkuasa Arab Saudi telah mengeluarkan amaran cuaca termasuk ribut petir, hujan salji dan angin kencang di sebilangan besar negara itu.

Mengikut pakar cuaca Abdullah al-misnad mengatakan salji di wilayah tabuk akan kekal turun sehingga 1000 meter.

Pada Januari lepas, salji tebal meniup dan menyelimuti wilayah Aseer yang terletak di kawasan selatan Kota Mekah Arab Saudi di sepanjang pantai Laut Merah.

Sebenarnya kejadian cuaca Ini dikatakan pertama kali berlaku setelah 50 tahun.

Apa pandangan anda ? keadaan yang pelik bila haiwan yang biasa berada di tempat yang panas pastinya akan agak kebingungan apabila berada di tempat yang sejuk.

Sumber : newsweek

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • 0share

About The Author

ZackC
ZackC

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
7 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
ZackC
Author
New Member ( NM ) IV
Ahli Baru
ZackC
6 days ago

Padang pasir panas boleh turun salji.. kalau kat negara kita boleh turun tak? mana tau jadi jugak..huhu

1
Reply
Jundullah98
New Member ( NM ) IV
Ahli Baru
Jundullah98
4 days ago
Reply to  ZackC

Boleh jd juga…
Cuma agak mustahil,sy yakin…

Kalau negara kita turun salji dengan lebat,konfem darurat.

1
Reply
ZackC
Author
New Member ( NM ) IV
Ahli Baru
ZackC
4 days ago
Reply to  Jundullah98

sy xpernah pergi sana..dlm kepala mmg dari dulu org kata sana panas kering je..sedara balik umrah kata sana malam sejuk sangat..tapi xlah sampai turun salji..ada org kata akhir zaman salji turun kat sana…tapi xtau lah..

2
Reply
Jundullah98
New Member ( NM ) IV
Ahli Baru
Jundullah98
4 days ago
Reply to  ZackC

Salji turun tu memang betul dan sebenarmya masih baru.Hatta negara yang saya belajar pon turun juga.

Xsilap ada hadis tentang fenomena ini,apapun sama2 sediakan bekalan amal untuk menghadapi cabaran akhir zaman

2
Reply
ZackC
Author
New Member ( NM ) IV
Ahli Baru
ZackC
4 days ago
Reply to  Jundullah98

Saudara belajar dimana? bestnya rasa salji.. tak pernah melancong ke luar negara. Apa la reaksi pelajar kat sana bila first time salji turun tu..

2
Reply
Jundullah98
New Member ( NM ) IV
Ahli Baru
Jundullah98
4 days ago
Reply to  ZackC

Alhamdulillah saya belajar di Mesir.
Nk kata best tu bolehla,cuma lebih kepada teruja.Sebab musim sejuk kat sini pon kami dh x tahan,laen macam.

Semoga Allah SWT memudahkan urusan tuan untuk berkunjung ke luar negara,dan kami pelajar Malaysia di sini sangat mengalu-alukannya.Reaksi , alhamdulillah sangat teruja.Biasanya kami jumpa salji kat Sinai (Puncak Tursina) tempat munajat nabi Allah Musa AS. Tapi baru2 ini, salji turun berdekatan kediaman kami.

Begitulah kisahnya.

2
Reply
ZackC
Author
New Member ( NM ) IV
Ahli Baru
ZackC
8 minutes ago
Reply to  Jundullah98

Wah..bagus saudara.. patut la asyik menulis berkaitan agama..

0
Reply

Komen Terkini

  • ZackC ZackC on Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir: “Wah..bagus saudara.. patut la asyik menulis berkaitan agama..”
  • Zul Raihan Zul Raihan on Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak: “Terima kasih, akhi.inshaa Allah tu.”
  • Avatar Jundullah98 on Tawaran Diskaun Saman Trafik 2020: “Inisiatif yang baik daripada pihak PDRM untuk menyegerakan dan meringankan pembayaran saman. Semoga diskaun ini dapat terus diperkasa kepada pesalah…”
  • Avatar Jundullah98 on Game Android Terbaik Sepanjang Masa: “Semua game ni saya belum cuba lagi sebab risau ketagih. Sekali dah kena bisanya, bukan senang nk rawat. Penulis ada…”
  • Avatar Jundullah98 on Buah-buahan Dan Manfaatnya: “Banyak sebenarnya manfaat melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam Islam sendiri, nabi mengajar umatnya supaya memakan buah-buahan sebelum makan makanan…”
  • Avatar Jundullah98 on Cara Menolong Orang Yang Mengalami “Panic Attack”: “Nak tanyalah.. Kalau orang yang fobia dengan jarum… Bagaimana yea? Boleh tenangkan dengan cara ni x”
  • Avatar Jundullah98 on Cara Mohon BPN Online Fasa 2 (BPN 2.0): “BPN mula diedarkan bulan berapa yea?”
  • Avatar Jundullah98 on Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak: “Alhamdulillah… Seronoknya baca penulisan Akhi tentang bunian. Semoga terus bersemangat menulis tentang bidang alam ghaib ini.”

Terkini

  • Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?
  • Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak
  • 4 Halangan Mengusai Bahasa Arab
  • Wirid Selepas Solat Yang Boleh Anda Lazimi
  • Membebaskan Kesulitan Hutang
  • Cara Membuat Temujanji Klinik Kesihatan Secara Online
  • Cara Mendaftar E-Filing LHDN 2021
  • Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir

Terbaik Bulanan

  • Perlukah PdPR Online diteruskan ?
  • Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan
  • Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir
  • Jadual Imunisasi 2021 KKM
  • 5 Filem Animasi Tempatan yang Memenangi Anugerah Di Luar Negara

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz