ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Agama
Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali

Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali

Zul Raihan March 31, 2022 No Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share

Memilih adalah sebahagian dari usaha manusia. Salah satu usaha manusia dalam memilih ialah mencari pasangan hidup.

Setiap dari kita mengharapkan yang terbaik dalam hidupnya. Tidak sedikit yang memiliki sifat ‘perfectionist’,bahkan ramai. Mereka selalu inginkan yang sempurna dan terbaik dalam memilih pasangan.

Sifat tersebut baik, namun, kita perlu belajar untuk bertawazun, belajar seimbang menempatkan angan-angan dan kenyataan hidup dalam kerangka pemilihan yang tepat.

Meskipun Islam tidak membenarkan ‘couple’ sebagai muqadimah kepada perkahwinan. Namun, ia sama sekali tidak melarang untuk kita mengenal bakal pasangan sebagai salah satu wasilah untuk memantapkan hati.

 Bertanyakan Status

Tujuan bertanyakan status diri seseorang itu adalah sangat penting bagi mengetahui sama ada si “dia” masih single atau sudah berpunya.

Jika belum berpunya, pihak ubm akan menyampaikan hajat untuk bertanya kesediaan diri “dia” sama ada bersetuju untuk mengadakan “alaqah” atau tidak.

Jika ” dia” bersetuju untuk adakan “alaqah”, kita akan beritahu nama calon, dan apabila sudah diberitahu nama calon, dan ” dia” bersetuju, maka kita akan adakan pertemuan antara mereka bagi meneruskan sesi taaruf.

Bagi mereka yang tidak bersedia untuk adakan “alaqah”, kita akan beritahukan kepada calon yang bertanya tadi, bahawa ” dia” belum bersedia.

Maka, apabila calon tidak bersedia, kita tidak akan teruskan proses sesi taaruf antara kedua-dua pasangan.

Bagi kalian yang ingin bertanyakan status seseorang sama ada lelaki atau perempuan, tidak perlu risau dan khuatir, sekiranya taqdiman kita itu ditolak, kerana makluman siapa yang bertanya itu tidak akan diberitahu kepada “dia”, selagimana “dia” belum bersedia untuk adakan “alaqah”.

Namun lain pula ceritanya, jika “dia” sudah bersedia, tetapi tidak bersetuju pula dengan calon yang telah dikemukakan, maka, hal tersebut menjadi satu amanah buat “dia” untuk menjaga rahsia tersebut dengan sebaiknya.

Info Tambahan :  Ramadan Bulan Ibadah

Terkadang, rahsia mudah terbongkar disebabkan kecuaian dari pihak calon sendiri yang mengakibatkan berlakunya salah faham dikemudian hari.

Kefahaman Terhadap Sesi Taaruf

Apabila diadakan sesi taaruf, itu bukanlah bermakna kita akan pasti berkahwin dengannya.

Tujuan sesi taaruf ini diwujudkan adalah untuk memastikan bahawa pilihan yang kita buat itu betul dan tepat bagi mengelakkan rasa penyesalan dalam diri dan terhindar dari sebarang andaian dan syak wasangka terhadap pasangan.

Berkemungkinan dalam sesi taaruf ini, ada beberapa sisi yang kita tidak berkenan dengan bakal pasangan kita, maka kita boleh membuat keputusan untuk tidak meneruskan alaqah tersebut.

Berkemungkinan juga dalam sesi taaruf ini, ada beberapa sisi yang kita rasa sangat berkenan dengan bakal pasangan, maka kita membuat keputusan untuk meneruskan alaqah ini.

Namun begitu, taaruf juga bukanlah medan untuk kita mengetahui semua perkara tentang bakal pasangan kita. Cukuplah mengetahui secara sederhana mengenai diri bakal pasangan terutamanya.

Kegagalan dalam taaruf tidaklah bererti kegagalan kita dalam kehidupan atau menandakan kita tidak laku, sebaliknya itu adalah tapisan dari Allah untuk kita. Berprasangka baiklah pada Allah.

Firman Allah SWT:

“…boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak”

[Al-Baqarah:216]

Kesimpulannya, Unit Baitul Muslim berperanan sebagai pemudah cara bagi meraikan fitrah dua insan yang berlainan jenis dalam menguruskan proses perkenalan antara mereka dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh syara’.

Ketika mana kita berada dalam tempoh berkenalan, sudah semestinya akan ada bermacam-macam ujian yang mengugat iman dan tawakal kita kepada Allah.

Lazimnya dalam tempoh perkenalan, kita akan mula rasa sangsi terhadap pilihan kita, boleh jadi kekurangan mengenai pasangan, ataupun timbul syak wasangka terhadap pasangan secara berlebih-lebihan.

Info Tambahan :  Suami Menceraikan Isteri Ketika haid

Prinsipnya sederhana sahaja, Allah menciptakan manusia secara berpasang-pasangan, disaat kita menemukan kekurangan yang ada dalam diri calon pasangan, ketahuilah bahawa Allah ciptakan kita untuk saling melengkapi. Tiada manusia yang sempurna tetapi berusahalah yang terbaik.

Hendaklah kita meletakkan kebergantungan setiap urusan kepada Allah. Moga urusan semua yang dalam tempoh menyiapkan diri ke arah ini dipermudahkan. In sha Allah.

Wallahualam.

 

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share
Prev Article
Next Article

About The Author

Zul Raihan

Related Articles

Ramadan adalah bulan di mana pahala untuk perbuatan baik berlipat kali ganda. Ini adalah Bulan Rahmat di mana pintu neraka ditutup, dan pintu-pintu syurga terbuka luas. Ini adalah bulan di mana kita meningkatkan ibadah kita dan berada dalam keadaan kerohanian yang mendalam. Ketika kita berusaha untuk mengubah hubungan kita dengan Tuhan di bulan suci Ramadan ini, bulan ini juga memberi kita peluang yang baik untuk berbuat baik kepada orang lain. Kerohanian kita tidak hanya terbatas pada hubungan kita dengan Allah s.w.t, tetapi juga diperluas melalui perkhidmatan kita kepada ciptaan-Nya. Bulan Rahmat ini, marilah kita mengambil kesempatan untuk memaksimumkan usaha kita dalam mencapai keredhaan Allah dengan melakukan perbuatan baik. Walaupun dengan dengan COVID-19 yang masih melanda negara kita, pintu untuk melakukan kebaikan terbuka luas bagi kita. Berikut adalah 5 perkara yang dapat kita lakukan pada bulan Ramadan ini: 1. Berkongsi makanan untuk berbuka puasa Sudah menjadi tradisi kami untuk berkongsi makanan dengan keluarga, rakan, jiran dan komuniti kami secara umum. Sebelum berlakunya wabak COVID-19, kita boleh melihat komuniti kita mengadakan sesi berbuka puasa bersama, menjemput untuk berbuka tersebut. Kegembiraan dan cinta Ramadan dikongsi dengan semua orang, dengan jiran bertukar makanan antara satu sama lain. Sejak tahun lalu, kita tidak dapat mengadakan perjumpaan besar kerana risiko COVID-19 masih tinggi dan kita rakyat harus mematuhi SOP. Namun, ini tidak menghalang kita berkongsi makanan dengan orang lain. Kita boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan penghantaran makanan untuk memesan dan menghantar makanan kepada orang yang kita sayangi, jiran dan rakan kita seperti perkhidmatan GrabFood dan Food Panda . Walaupun kami tidak dapat bertemu untuk buka puasa seluruh keluarga dan bertemu dengan kebanyakan rakan kami pada bulan Ramadan ini, kita dapat terus mengukuhkan ikatan kita dengan berkongsi makanan dengan mereka. Ganjaran memberi makan orang yang berpuasa akan terus berlaku walaupun kita tidak memberikan makanan secara fizikal. 2. Menjadi Sukarelawan di bulan Ramadhan Kita juga dapat menggunakan masa ini untuk menjadi sukarelawan dalam menolong orang lain. 3. Sumbang / Sadaqah di bulan Ramadhan Sebagai umat Islam, kita percaya bahawa dengan memberi, kita mendapat keuntungan daripada kehilangan. Kami memberikan sebahagian daripada kekayaan kami, yang telah diberikan oleh Allah s.w.t kepada kami, dengan berkongsi dengan orang lain. Sahabat seperti Abu Bakar r.a, Umar r.a. dan Uthman r.a. terkenal dengan kemurahan hati mereka dan merupakan contoh yang baik dari kebajikan ini. Allah s.w.t disebut dalam Al-Quran (Surah Al-Hadid, 57:7) Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar. Dalam masa yang mencabar ini, jika kita diberkati dengan lebih banyak lagi, marilah kita membagikannya kepada orang lain yang lebih memerlukannya daripada kita. Mari saling menyokong dan mengangkat satu sama lain. Ramai orang akan atau akan dipengaruhi oleh COVID-19, secara langsung atau tidak langsung. Kesan ekonominya sudah dirasakan oleh sesetengah pihak. 4. Bayar zakat Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Sebagai umat Islam, adalah kewajipan kita untuk membayar zakat apabila sudah tiba masanya. Tahun ini, kita dapat membayar zakat melalui pelbagai platform maya. Oleh kerana masjid ditutup, zakat dapat terus dibayar secara dalam talian. 5. Lebih terlibat di rumah pada bulan Ramadan ini Salah satu perkara yang boleh dilakukan oleh ramai daripada kita pada bulan Ramadan ini untuk menjadikan diri kita lebih terlibat di rumah dan bersama keluarga tersayang. Gunakan masa-masa ini untuk melakukan tugas-tugas rumah tangga bersama-sama dengan lebih luas daripada sebelumnya. Bagi tuan-tuan, inilah masanya untuk lebih terlibat di dapur sekiranya kita tidak melakukannya sebelum ini. Kita boleh menyediakan makanan untuk sahur dan buka puasa. Bagaimanapun, ganjaran memberi makan puasa itu sama dengan pahala yang diperoleh orang yang berpuasa. Bayangkan mendapat hadiah untuk puasa anda sendiri, dan hadiah menyediakannya untuk orang yang anda sayangi di rumah! Rasulullah s.a.w. berkata, "Yang terbaik dari kamu adalah yang terbaik untuk keluarganya, dan aku yang terbaik dari kamu untuk keluargaku." (At-Tirmizi)
Twitter Facebook Pinterest154shares Ramadan adalah bulan di mana pahala untuk …

5 Amalan Baik Dalam Bulan Ramadhan

Twitter Facebook Pinterest308shares Pernahkah anda mendengar tentang Puasa Sunat Hari …

Menyingkap Amalan Puasa Sunat Hari Putih

Twitter Facebook Pinterest462shares أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى …

Ujian adalah Kebaikan

Twitter Facebook Pinterest154shares   Allah S.W.T. telah menciptakan akan setiap …

Adab Melihat Pasangan Ketika Bertunang

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Sama2, terima kasih yea kerana sudi membaca”
  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Boleh tekan link untuk download pdf Mutabaah Amal https://xtrousnotes.files.wordpress.com/2012/07/mutabaah-amal-bulan-ramadhan.pdf”
  • iAwani on Bantuan Keluarga Malaysia: Semak Status & Tarikh Bayaran 2022: “Wah! Excited juga baca pasal Bantuan Keluarga Malaysia ni. Semoga urusan dipermudahkan.. Amiinn”
  • Move on on Punca Berlakunya Tekanan Dalam Kehidupan Berumahtangga: “Besar betul tanggungjawab lepas kahwin ni yea.”
  • Move on on 5 Langkah Menghafal Al-Quran Yang Boleh Dipraktikkan: “Nice sharing, thank U dear”
  • Move on on Rebat Pengangkutan Grab Selangor ke Pusat Vaksinasi: “Alhamdulillah ringan skit beban rakyat”
  • Move on on Permohonan MARA S3P Untuk Perniagaan Mikro: “Moga ada sinar untuk para usahawan”
  • Move on on Nikmati Potongan Saman 50% Mulai 18 Jun 2021: “Oklah dah ada potongan harga … Banyak lak tu, so bayarlah awal yea”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz