ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Agama
Ujian adalah Kebaikan

Ujian adalah Kebaikan

Zul Raihan February 16, 2021 No Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share

أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ

Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan, maka Dia akan mengujinya.”

(HR Bukhari No: 5213) Status: Hadis Sahih

Lumrah sifat akan sebuah ujian itu berupa kesakitan,keperihan, kepedihan dan ketakutan.Terkadang ujian-ujian yang mendatang itu tidaklah mudah, bahkan sangat sukar untuk dihadapi.

Sebagai seorang hamba yang beriman kepada Allah,kita perlulah memandang ujian itu sebagai sebuah peluang untuk kita buktikan kesungguhan kita berpegang dengan agama Allah.

Orang yang diuji dengan suatu ujian adalah salah satu tanda Allah ingin menganugerahkan kebaikan padanya.Cemerlang atau kecundangnya kita,boleh diukur berdasarkan reaksi kita terhadap musibah yang menimpa diri kita.

Ujian Ketika Diberikan Nikmat

Ujian ketika ditimpa kenikmatan adalah kita berada dalam satu situasi yang mana kita merasakan seolah-olah kita ini tidak diuji.

Ramai orang berfikir ujian itu hanya terjadi ketika kita hanya ditimpa kesusahan sahaja.Sedangkan ujian itu juga boleh datang dalam bentuk kesenangan.

Manusia itu akan terus hanyut dengan dunia dan kesenangan jika sekiranya tidak diberikan nasihat dan teguran.Kerana sifat semula jadi manusia itu sinonim dengan sifat lupa dan leka.

Ketika manusia diberikan ujian kenikmatan maka cara terbaik yang perlu dilakukan olehnya adalah dengan cara bersyukur kepada Allah SWT.

Jika kita hendak bandingkan antara nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita dengan musibah yang berlaku keatas diri kita, sudah semestinya nikmat itu lagi banyak.

Musibah itu datang hanya bersifat sementara dengan tujuan untuk menguji tahap kesabaran dan ketabahan kita dalam menghadapinya.jika kita berjaya, maka nikmat yang akan datang selepas musibah itu berganda-ganda banyak dari nikmat sebelumnya.Jika kita gagal,maka nikmat itu tidak akan datang, bahkan musibah itu akan terus berlaku.

Ibn Qayyim Rahimahullah berkata :

“Andai kata kita boleh menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan Urusan-Nya, maka tidak kurang dari ribuan hikmah.Namun, akal kita sangatlah terbatas, pengetahuan kita terlalu sedikit, dan ilmu semua makhluk akan sia-sia (tidak ada ertinya) jika dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia (tidak ada ertinya)di bawah sinar matahari.Dan ini pun hanya gambaran saja,yang sebenarnya tentu lebih dari sekadar gambaran ini.”

Ujian Ketika Melakukan Ketaatan Kepada Allah

Ketika mana kita cuba untuk semakin mendekatkan diri kepada Allah,atau berubah kearah yang lebih baik, terutamanya, bagi mereka yang baru sahaja bertaubat dari kesilapan dan dosa yang lepas,sudah semestinya akan diuji.

Info Tambahan :  Wirid Selepas Solat Yang Boleh Anda Lazimi

Pada waktu inilah Allah ingin melihat iman kita, sama ada benar-benar berubah kerana Allah,atau kerana selainnya.pada saat ini ujian itu benar-benar terasa berat dan seolah-olah kita tidak mampu untuk memikulnya.

Maka, apabila diuji dengan ujian yang sedemikian dahsyatnya, marilah kita renungi ayat al-quran, firman Allah SWT :

إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا ﴿٢﴾ إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا

Maksudnya :“Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur.”

[Surah Al-Insaan ayat 2-3]

Allah SWT berfirman lagi :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Maksudnya : “Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.”

[Surah Al-Mulk ayat 2]

Ketika manusia diberikan ujian ketaatan, maka cara yang terbaik adalah dengan bersifat ikhlas dan redha dengan ujian dari Allah.

Bersangka baiklah dengan Allah dan kuatkan lagi ibadah serta ilmu pengetahuan tentang agama,supaya keyakinan dan keteguhan iman kita benar-benar kukuh kerana dari situlah pertolongan Allah akan hadir.

Ujian Ketika Ditimpa Musibah

Manusia itu akan diuji dengan segala sesuatu,sama ada hal itu adalah perkara yang disenanginya dan disukainya ataupun hal itu adalah perkara yang dibenci dan tidak disukainya.

Musibah yang dialami oleh orang yang beriman disebut ujian.Musibah yang dialami oleh orang yang bermaksiat pula disebut hukuman, manakala, musibah yang dialami oleh orang yang tidak beriman disebut sebagai azab.

Info Tambahan :  Pengeluaran KWSP I-sinar

Allah akan menilai seseorang itu berdasarkan reaksi imannya ketika mana ditimpa ujian,jika hambanya mampu bersabar,maka Allah akan gandakan nikmatnya.Jika hambanya tidak mampu bersabar,maka nikmat itu akan hilang dan musibah itu akan terus menerus berlaku ke atas dirinya.

Segolongan orang yang ada penyakit dalam hatinya,mereka sering menganggap ujian Tuhan itu sebagai sebuah kesialan dan nasib malang.

Seolah-olah Tuhan sengaja mahu menyusahkan mereka sedangkan setiap musibah pasti ada terselitnya didikan dan hikmah dari Allah SWT.

Sedangkan Allah hanya akan menguji seseorang hamba itu sesuai dengan tahap keimanan dan kemampuannya.Allah tidak akan menguji seseorang hamba itu diluar kemampuannya.Jika Allah uji kita, itu bermakna kita mampu menghadapinya.

Kesimpulannya,apabila seseorang itu Allah ingin mengangkat martabat dia di sisi Allah,tapi amalnya masih tidak mampu mengangkat dirinya itu untuk berada pada posisi itu,

Maka Allah akan menguji hambaNya berupa sakit,ditimpa musibah,ditimpa kesusahan,dan apabila hambaNya boleh redha dan bersabar,maka lengkaplah amal dia dengan ujian tersebut dan dia layak diangkat martabatnya di sisi Allah yang paling tinggi.

Dengan rezeki kita bersyukur,dengan musibah kita bersabar,
Dengan dosa kita perlu bertaubat,Kita tidak akan lari dari tiga perkara ini.Maka sentiasa bersangka baiklah dengan ujian Allah dan teruskan bersabar kerana nikmat akan datang selepas berada dalam kesusahan,Inshaa Allah.

RUJUKAN :

1.https://kalam.sindonews.com/berita/1572082/69/4-ujian-manusia-di-dunia-mintalah-pertolongan-dengan-sabar-dan-salat

Rusman Siregar

2.https://almanhaj.or.id/15047-dunia-ini-adalah-tempat-cobaan-dan-ujian1.html

Al-Ustadz Yazid bin ‘Abdul Qadir Jawas حفظه الله

3.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2093299040692957&id=100000386455844

Sofia Alwani

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share
Prev Article
Next Article

About The Author

Zul Raihan
Zul Raihan

Related Articles

Facebook Twitter Pinterestshare Facebook Twitter PinterestshareInfo Tambahan :  Senarai Makanan …

Bagaimana Membuat Semakan Wang Tidak Dituntut

skincare terbaik untuk lelaki
Facebook Twitter PinterestshareBercakap tentang 10 Skincare Terbaik Untuk Lelaki mahupun …

10 Skincare Terbaik Untuk Lelaki

Twitter Facebook Pinterest154shares Dari Amirul Mukminin, Abu Hafsh ‘Umar bin …

Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan

Kalendar Cuti-cuti Malaysia 2021
Facebook Twitter PinterestshareKalendar cuti umum 2021 dan tarikh cuti sekolah …

Kalendar Cuti-cuti Malaysia 2021

Komen Terkini

  • ZackC ZackC on Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir: “Wah..bagus saudara.. patut la asyik menulis berkaitan agama..”
  • Zul Raihan Zul Raihan on Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak: “Terima kasih, akhi.inshaa Allah tu.”
  • Avatar Jundullah98 on Tawaran Diskaun Saman Trafik 2020: “Inisiatif yang baik daripada pihak PDRM untuk menyegerakan dan meringankan pembayaran saman. Semoga diskaun ini dapat terus diperkasa kepada pesalah…”
  • Avatar Jundullah98 on Game Android Terbaik Sepanjang Masa: “Semua game ni saya belum cuba lagi sebab risau ketagih. Sekali dah kena bisanya, bukan senang nk rawat. Penulis ada…”
  • Avatar Jundullah98 on Buah-buahan Dan Manfaatnya: “Banyak sebenarnya manfaat melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam Islam sendiri, nabi mengajar umatnya supaya memakan buah-buahan sebelum makan makanan…”
  • Avatar Jundullah98 on Cara Menolong Orang Yang Mengalami “Panic Attack”: “Nak tanyalah.. Kalau orang yang fobia dengan jarum… Bagaimana yea? Boleh tenangkan dengan cara ni x”
  • Avatar Jundullah98 on Cara Mohon BPN Online Fasa 2 (BPN 2.0): “BPN mula diedarkan bulan berapa yea?”
  • Avatar Jundullah98 on Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak: “Alhamdulillah… Seronoknya baca penulisan Akhi tentang bunian. Semoga terus bersemangat menulis tentang bidang alam ghaib ini.”

Terkini

  • Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?
  • Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak
  • 4 Halangan Mengusai Bahasa Arab
  • Wirid Selepas Solat Yang Boleh Anda Lazimi
  • Membebaskan Kesulitan Hutang
  • Cara Membuat Temujanji Klinik Kesihatan Secara Online
  • Cara Mendaftar E-Filing LHDN 2021
  • Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir

Terbaik Bulanan

  • Perlukah PdPR Online diteruskan ?
  • Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan
  • Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir
  • Jadual Imunisasi 2021 KKM
  • 5 Filem Animasi Tempatan yang Memenangi Anugerah Di Luar Negara

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC