Tukar Kad Pengenalan Baru Sistem Online. Sesuai dengan situasi COVID-19, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mewujudkan satu sistem tukar kad pengenalan baru atau Mykad secara online. Permohonan secara online hanya dibenarkan kepada individu yang telah memiliki MyKad sahaja. Bagi yang kehilangan MyKad tidak perlu ke pejabat pendaftaran lagi dan bersusah payah beratur panjang menunggu giliran. Hanya di rumah sahaja anda boleh membuat permohonan kad pengenalan/Mykad di dalam Sistem Gantian Mykad.
Cara Tukar Kad Pengenalan Baru Sistem Online
Peringatan sebelum membuat pendaftaran kad pengenalan baru bagi Mykad yang hilang, anda perlu membuat laporan polis terlebih dahulu untuk mengelakkan kad pengenalan tersebut digunakan untuk aktiviti jenayah dan urusan kewangan seperti menggunakan baki.
Selepas itu, masukkan Waktu operasi Sistem Gantian Mykad atas talian juga beroperasi waktu bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Pada hari Sabtu dan Ahad serta hari cuti umum, sistem juga tidak beroperasi. Ditutup.
Anda boleh membuat pendaftaran di log masuk sistem. Oleh itu, untuk mendapatkan akses sistem di portal https://www.malaysia.gov.my/daftar. Kemudian klik daftar akaun sekarang.
Tukar Kad Pengenalan Baru Sistem Online
Selepas itu anda akan jumpa paparan seperti di bawah. Isi dengan lengkap dan pastikan email yang aktif dan masih boleh diakses kerana kata laluan akan dihantar ke dalam email untuk diaktifkan pada sistem.
Kemudian klik Log Masuk yang berwarna hijau.
Tukar Kad Pengenalan Baru Sistem Online
Isi maklumat dengan lengkap.
Tukar Kad Pengenalan Baru Sistem Online
Masukkan password dari email di sini.
Tukar Kad Pengenalan Baru Sistem Online
Isi nombor kad pengenalan dan klik next
Klik mohon di sini
Kemudian, anda perlu mengisi akuan penafian.
Sistem ini hanya mengurus empat jenis permohonan penggantian yang dibenarkan sahaja iaitu gantian kad rosak, ganti cip rosak, ganti untuk menaiktaraf cip dan gantian disebabkan kehilangan. Lain-lain sebab perlu juga ke pejabat pendaftaran. Selepas melengkapkan maklumat permohonan, isi jenis penggantian kad pengenalan.
Pastikan anda memilih pusat kutipan kad pengenalan anda.
Sampai ke bahagian pembayaran. Pembayaran permohonan MyKad anda boleh dibuat melalui sistem ini dibenarkan melalui kad debit dan kad kredit sahaja seperti visa card atau master card.
Setelah pembayaran yang berjaya, anda boleh mencetak resit.
Alamat yang diisi dalam sistem hanya untuk kegunaan sistem sahaja bukan untuk pertukaran alamat di MyKad. Jika pengguna ingin menukar alamat di MyKad, anda perlu hadir ke kaunter JPN yang berdekatan untuk urusan pertukaran alamat.
Tempoh mendapatkan MyKad setelah membuat permohonan secara online bergantung kepada pilihan pusat yang pengguna boleh ambil yang terdekat. Jika pengguna memilih untuk mengambil kad pengenalan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua cawangan UTC hanya dalam tempoh 30 minit selepas mengisi sistem, kad pengenalan terus boleh diambil. Tetapi jika memilih untuk mengambil Mykad di mana-mana cawangan di Semenanjung Malaysia, perlu menunggu yang mana akan mengambil masa 5 hari waktu bekerja dan jika di JPN cawangan Sabah dan Sarawak selepas 7 hari waktu bekerja.
Kadar Bayaran Untuk Tukar Kad Pengenalan Baru Sistem Online
Kehilangan | Bayaran Permohonan (RM) | Bayaran Proses (RM) | Jumlah Bayaran (RM) |
---|---|---|---|
Kali Pertama | 10.00 | 100.00 | 110.00 |
Kali Kedua | 10.00 | 300.00 | 310.00 |
Kali Ketiga dan seterusnya | 10.00 | 1,000.00 | 1,010.00 |
Semoga membantu anda dalam usaha mengganti kad pengenalan yang hilang atau rosak.
Alhamdulillah..
Usaha yang baik daripada kerajaan demi membumikan norma baharu di samping memudahkan urusan rakyat.