ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
    • Aplikasi Online
    • Device
    • Gadjet
    • Keselamatan
    • Komputer
    • Laman web
    • Permainan Video
    • Software
    • Telefon
    • Telekomunikasi
  • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Blog
  • Hiburan
  • Automobile
  • Umum
Home
Gadjet
Tips Membeli Telefon Pintar

Tips Membeli Telefon Pintar

ZackC September 22, 2016
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print
Banyak pilihan untuk kita miliki telefon pintar ini, ada yang membelinya baru dari kedai dan ada yang membeli telefon terpakai. Untuk membeli seharusnya anda tahu tips membeli telefon pintar supaya anda tidak tertipu sehingga merugikan anda. Membeli telefon baru mungkin tidak membimbangkan kerana ia mempunyai jaminan 1-5 tahun. Ia jadi berisiko jika membeli telefon terpakai.
Telefon terpakai mempunyai sebab tersendiri jika ingin dijual, boleh jadi sebabnya baik dan buruk. Ada banyak alasan orang menjual telefon ini, sebab yang paling biasa ialah telefon tersebut ada masalah, namun demikian ada alasan lain seperti ingin bertukar ke keluaran baru atau masalah kewangan.
Oleh demikian, anda perlu tahu bagaimana melihat dan menilai telefon pintar yang baik untuk dibeli.

Kenalpasti Kerosakan Masalah Air

Bukan mudah juga untuk menjaga telefon, sifatnya yang kecil dan selalu dibawa kemana-mana pastinya boleh terjatuh ke dalam air atau terkena air. Paling popular ia dibasuh bersama seluar di dalam mesin basuh. Ada cara untuk memperbaiki telefon yang dimasuki air. Mungkin juga telefon ini akan dijual semula. Jadi bagaimana mengenalpasti telefon yang pernah dimasuki air ini? Cuba anda perhatikan di dalam cover atau kawasan berhampiran bateri telefon, akan ada satu seperti pelekat berwarna putih. Jika pelekat itu bertukar warna merah bermakna telefon tersebut pernah dimasuki air.

Keadaan fizikal telefon

Keadaan fizikal memang penting, kecacatan biasa akan nampak pada keretakan skrin. Selain itu anda juga perlu memerhatikan lubang port telefon tersebut adakah sempurna atau sebaliknya.

Cuba kefungsian telefon tersebut

Anda juga perlu mencuba kefungsian telefon tersebut. Kefungsian telefon yang penting seperti bunyi, kejelasan warna, kefungsian panggilan, SMS dan kefungsian internet dan ciri-ciri istimewa telefon tersebut perlu disemak.

Semak sensor telefon tersebut

Dalam telefon sebenarnya mempunyai sensor tersendiri seperti  keseimbangan, bunyi, display, getaran, dan banyak lagi. Semakin canggih telefon maka makin banyaklah sensornya. Setiap sensor perlu di semak samaada berfungsi dengan baik atau tidak. Untuk menguji sensor biasanya dengan menekan *#0*# . Juga ia terdapat pada setting dan untuk Blackberry pula terdapat fungsi Blackberry Virtual Expert.

Semoga pembelian anda berbaloi dengan jumlah bayaran yang anda lakukan. Perlu anda tahu, tidak semestinya barang yang anda beli akan sentiasa bagus kadangkala kerosakan akan muncul bila anda lama menggunakannya.
Prev Article
Next Article

About The Author

ZackC

Related Articles

Masalah Storage Full Android
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !FacebookTwitterPrint Bila …

Masalah Storage Full Android

Kelebihan NFC dan Cara Guna
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !FacebookTwitterPrintMungkin tidak …

Kelebihan NFC dan Cara Guna

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Apa Maksud STEM Dan Kaitan Dengan Pembelajaran
  • Jenis – Jenis Pengeluaran KWSP
  • Doa Selepas Solat Ringkas Yang Boleh Menjadi Amalan
  • PANDUAN TUKAR NAMA KERETA DI JPJ
  • Bagaimana Buat Semakan Lesen Memandu Online

Komen Terkini

  • Salenah on Senarai Liputan Tol Menggunakan PayDirect
  • Unknown on Pelan Data Baru Celcom First Akan Berikan Lebih Internet
  • Lee Ling on Pelan Data Baru Celcom First Akan Berikan Lebih Internet
  • Unknown on Pelan Data Baru Celcom First Akan Berikan Lebih Internet
  • addy sanin on Bajet 2017, Internet Lebih Laju Dengan Harga Sama

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2019 ZonCyber
Theme by XpresiSC

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh