ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Umum
Talaq Kinayah dan Talaq Sharih

Talaq Kinayah dan Talaq Sharih

Zul Raihan March 31, 2022 No Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share

Dalam melayari alam kehidupan berumahtangga,suami isteri pasti akan berhadapan dengan berbagai masalah dan cabaran.

Lumrah akan sebuah perkahwinan itu apabila diuji dengan masalah dan konflik silih berganti.

Suami isteri yang gagal dalam menangani situasi ini berkemungkinan menghadapi risiko berlakunya konflik dan membawa kepada pembubaran perkahwinan.

Pengertian Talaq

Dari segi bahasa bermaksud lepas dan terlepas.Ia adalah isim masdar dengan kalimah tatliq yang digunakan juga secara masdar.

Sementara dari segi syara’,ia bermaksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz seumpamanya.

Dalam al-Qamus al-Fiqhi disebut beberapa pengertian talaq :

i. Mengangkat ikatan perkahwinan.

ii. Menghilangkan penguasaan terhadap isteri dengan lafaz yang jelas atau kinayah yang zahir atau dengan lafaz yang tertentu disertakan bersama niat,seperti kata al-Dusuqi.

ii. Mengangkat ikatan perkahwinan pada ketika itu atau akan datang dengan lafaz yang khusus atau yang mengambil tempatnya.Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 29/5.

Lafaz Yang Jelas Dan Tidak Jelas

Lafaz yang digunakan,yang menunjukkan maksud talaq secara jelas dan tidak dapat diandaikan kepada maksud yang lain,dinamakan lafaz nyata (صريح).

Sementara lafaz yang tidak menunjukkan maksud talaq secara jelas,boleh diandaikan dengan maksud yang lain selain talaq.Ia dinamakan lafaz kiasan (كناية).

Lafaz Talaq Yang Jelas (صريح)

Talaq yang nyata menggunakan lafaz yang tidak membawa makna lain kecuali talaq.

Terdapat tiga jenis lafaz yang digunakan,iaitu (طلاق),lepas (سراح) atau pisah (فراق) dan kata terbitan daripada kalimah ini,seperti :

” Engkau diceraikan ” atau ” engkau dilepaskan ” atau ” aku menceraikanmu, ” ” aku berpisah daripadamu ” atau ” aku lepaskan engkau “.

Semua lafaz ini adalah lafaz yang nyata,kerana ia banyak dikatakan dalam hukum syara’ serta diulangi dalam al-quran untuk menunjukkan maksud perceraian.

Info Tambahan :  Cara Memohon Rumah PPR

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ

Maksudnya : “Wahai Nabi ! Apabila kamu menceraikan isteri-isterimu,maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) ‘iddahnya (yang wajar).

(Surah al-Talaq :1)

Firman Allah SWT :

وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا

Maksudnya :”Dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik.”

(Surah al-Ahzab ayat 28)

Firman Allah SWT :

أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ

Maksudnya :” Atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. “

(Surah al-Talaq ayat 2)

Lafaz yang nyata juga termasuk terjemahan lafaz talaq dalam bahasa lain selain daripada bahasa arab berdasarkan penggunaannya yang lumrah dalam masyarakat sebagaimana lafaz talaq yang biasa digunakan oleh bahasa arab.

Lafaz Talaq Yang Tidak Jelas (كناية)

Lafaz Kinayah ialah lafaz umum yang boleh membawa maksud talaq terhadap isteri atau maksud yang lain.

Contoh :
” Kamu baliklah ke rumah ibubapa kamu ” atau ” Saya bebaskan kamu “.

Lafaz diatas tidak menunjukkan suami mentalaq atau menceraikan isteri secara jelas.Oleh itu talaq akan jatuh sekiranya suami mempunyai niat menceraikan atau mentalaqkan isterinya semasa dia mengucapkan perkataan di atas.

Hadis daripada Aisyah R.anha katanya :

“أن ابنة الجون لما أدخلت على رسول الله صلى الله عليه وسلم ودنا منها قالت أعوذ بالله منك،فقال لها : لقد عذت بعظيم،الحقى بأهلك”

Maksudnya : “Anak perempuan al-Jawn berkata ketika dia dibawa Rasulullah SAW dan Baginda mendekatinya :”Aku berlindung dengan Allah daripadamu.”Lalu,Rasulullah SAW bersabda :”Engkau berlindung dengan yang Maha Agung,maka kembalilah engkau kepada keluargamu.”

Riwayat al-Bukhari (4955)

Hukum Lafaz Yang Jelas dan Lafaz Yang Tidak Jelas

i. Penceraian dengan lafaz yang jelas menyebabkan jatuh talaq sama ada berniat talaq ataupun tidak.Hal ini adalah kerana lafaz yang jelas dan maksud yang muktamad menunjukkan talaq tidak perlu kepada niat ketika melafazkannya.

Info Tambahan :  Semakan Yayasan Selangor 2021 "Kita Selangor"

ii. Lafaz talaq yang tidak jelas walaupun selalu digunakan untuk maksud talaq,seperti :” Engkau haram atasmu ” tidak menyebabkan jatuh talaq melainkan apabila suami bermaksud menceraikannya.Jika suami bermaksud yang lain selain talaq atau bermaksud apa-apa pun,maka tidak jatuh.

Hal ini berdasarkan hadith,daripada Ka’ab bin Malik RA,katanya :

“إن رسول الله صلى الله عليه وسلم يأمرك أن تعتزل امرأتك فقلت أطلقها أم ماذا أفعل قال لا بل اعتزلها ولا تقربها.وأرسل إلى صاحبى مثل ذلك،فقلت لامرأتى الحقى بأهلك”

Maksudnya : “Rasulullah SAW menyuruhmu mengasingkan diri daripada isterimu.Lalu,Ka’ab bertanya :”Adakah aku perlu menceraikannya atau bagaimana?”Rasulullah SAW menjawab :”Hendaklah kamu berasingan daripadanya dan jangan sesekali mendekatinya.”Hal yang sama diutuskan kepada dua orang sahabatku sama seperti ini.Lalu aku memberitahu isteriku :”Kembalilah kamu kepada keluargamu.”

Riwayat al-Bukhari (4156) dan Muslim (2769)

Kesimpulannya,dapatlah kita fahami bahawa Talaq sharih dan Talaq Kinayah adalah dua perkataan yang berbeza dan mempunyai maksud yang berbeza.Walaupun kedua² nya berbeza,tetapi natijahnya adalah sama.

kebahagiaan dalam sesebuah rumahtangga itu memerlukan kepada kerjasama daripada kedua-dua pasangan.Islam menetapkan peraturan yang tertentu yang berkaitan dengan talaq.

Justeru itu,suami isteri hendaklah mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan supaya tidak menghadapi masalah serta kesulitan semasa proses talaq.Talaq yang diuruskan dengan baik akan mendatangkan kebaikan kepada suami dan isteri.

RUJUKAN :

1.AL-FIQH AL-MANHAJI KEKELUARGAAN ISLAM DALAM FIQH AL SYAFI’I

DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

2.MEMASUKI GERBANG PERKAHWINAN

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share
Prev Article

About The Author

Zul Raihan

Related Articles

SOP MCO 3.0 10 Mei 2021
Twitter Facebook Pinterest154shares Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ATAU Movement Control …

SOP MCO 3.0 10 Mei 2021

Geran Start-Up Iskandar Malaysia (IMSTART) 2021
Facebook Twitter Pinterestshare Mari kita memohon geran yang dianjurkan oleh …

Geran Start-Up Iskandar Malaysia (IMSTART) 2021

12 Kraf dan Aktiviti Ramadan untuk Kanak-kanak
Twitter Facebook Pinterest154shares Ramadan adalah bulan kesembilan dalam kalendar Islam. …

12 Kraf dan Aktiviti Ramadan untuk Kanak-kanak

Tarikh Pembayaran BR1M 2017 dan Cara Pembayaran
Facebook Twitter PinterestshareKami ada menerima pertanyaan melalui email berkaitan BR1M …

Tarikh Pembayaran BR1M 2017 dan Cara Pembayaran

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Sama2, terima kasih yea kerana sudi membaca”
  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Boleh tekan link untuk download pdf Mutabaah Amal https://xtrousnotes.files.wordpress.com/2012/07/mutabaah-amal-bulan-ramadhan.pdf”
  • iAwani on Bantuan Keluarga Malaysia: Semak Status & Tarikh Bayaran 2022: “Wah! Excited juga baca pasal Bantuan Keluarga Malaysia ni. Semoga urusan dipermudahkan.. Amiinn”
  • Move on on Punca Berlakunya Tekanan Dalam Kehidupan Berumahtangga: “Besar betul tanggungjawab lepas kahwin ni yea.”
  • Move on on 5 Langkah Menghafal Al-Quran Yang Boleh Dipraktikkan: “Nice sharing, thank U dear”
  • Move on on Rebat Pengangkutan Grab Selangor ke Pusat Vaksinasi: “Alhamdulillah ringan skit beban rakyat”
  • Move on on Permohonan MARA S3P Untuk Perniagaan Mikro: “Moga ada sinar untuk para usahawan”
  • Move on on Nikmati Potongan Saman 50% Mulai 18 Jun 2021: “Oklah dah ada potongan harga … Banyak lak tu, so bayarlah awal yea”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz