ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Umum
Talak Kinayah dan Contohnya

Talak Kinayah dan Contohnya

Zul Raihan March 31, 2022 No Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share

Dalam sesebuah perkahwinan sudah semestinya setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan hubungan yang dibina kekal kukuh hingga ke akhir hayat.

Seperti itulah ajaran yang telah dianjurkan oleh syara’.Perceraian bukanlah satu tindakan yang wajar kecuali jika ianya terpaksa diambil demi untuk meraih kebaikan dan manfaat bersama.

Dalam hal ini Islam membenarkan dan membolehkan alternatif terakhir dengan cara bercerai atau diistilahkan sebagai talaq.

Maksud Talaq Kinayah

Talaq Kinayah bermaksud talaq yang dilakukan secara sindiran yang boleh membawa kepada cerai atau selainnya.

Contoh : Awak haram atas saya,pergi balik rumah ayahmu,awak bebas,jauhi saya,saya tidak suka tengok muka awak.

Hukumnya tergantung kepada niat si suami.Jika dia berniat talaq,maka jatuh talaqnya.Jika tidak berniat talaq, maka tidak jatuh talaqnya.Ianya berdalilkan kepada kisah Ka’ab bin Malik.

Contoh Lafaz Talaq Kiasan

Lafaz talaq kiasan adalah semua lafaz yang membawa maksud talaq dan maksud yang lain.

Terdapat banyak lafaz talaq secara kiasan,antaranya :

1. “Engkau tiada apa-apa lagi dengan aku”

2. “Engkau berasingan daripada aku”

3. “Engkau terputus hubungan denganku”

4. “Kembalilah kepada keluargamu”

5. “Pergilah kemana engkau mahu”

6. “Pergi jauh daripadaku”

7. “Berasinglah daripadaku”

8. “Aku biarkan engkau dengan caramu”

9. “Engkau haram bagiku”

Semua lafaz ini dianggap sebagai lafaz kiasan yang menunjukkan talaq kerana ia membawa maksud talaq dan maksud yang lain.

Hal ini berdasarkan hadith,daripada Aisyah R.Anha katanya :

“أن ابنة الجون لما أدخلت على رسول الله صلى الله عليه وسلم ودنا منها قالت أعوذ بالله منك،فقال لها : لقد عذت بعظيم،الحقى بأهلك”

Maksudnya : “Anak perempuan al-Jawn berkata ketika dia dibawa Rasulullah SAW dan Baginda mendekatinya :”Aku berlindung dengan Allah daripadamu.”Lalu,Rasulullah SAW bersabda :”Engkau berlindung dengan yang Maha Agung,maka kembalilah engkau kepada keluargamu.”

Info Tambahan :  BKC Fasa 3: Semakan Pembayaran Disember 2021

Riwayat al-Bukhari (4955)

Hukum Talaq Kiasan

Lafaz talaq kiasan walaupun selalu digunakan untuk maksud talaq,seperti :”Engkau haram atasmu” tidak menyebabkan jatuh talaq melainkan apabila suami bermaksud menceraikannya.

Jika suami bermaksud yang lain selain talaq atau bermaksud apa-apa pun,maka tidak jatuh.

Hala ini berdasarkan hadith,daripada Ka’ab bin Malik RA,katanya :

“إن رسول الله صلى الله عليه وسلم يأمرك أن تعتزل امرأتك فقلت أطلقها أم ماذا أفعل قال لا بل اعتزلها ولا تقربها.وأرسل إلى صاحبى مثل ذلك،فقلت لامرأتى الحقى بأهلك”

Maksudnya : “Rasulullah SAW menyuruhmu mengasingkan diri daripada isterimu.Lalu,Ka’ab bertanya :”Adakah aku perlu menceraikannya atau bagaimana?”Rasulullah SAW menjawab :”Hendaklah kamu berasingan daripadanya dan jangan sesekali mendekatinya.”Hal yang sama diutuskan kepada dua orang sahabatku sama seperti ini.Lalu aku memberitahu isteriku :”Kembalilah kamu kepada keluargamu.”

Riwayat al-Bukhari (4156) dan Muslim (2769)

Pembahagian Talaq Dari Segi Masa Jatuh Talaq

Terbahagi kepada dua :

1.Talaq Munajjiz (منجز)

Talaq yang jatuh dengan serta-merta sebaik-baik sahaja dilafazkan oleh suami.

Contoh :

“Saya ceraikan awak talaq satu.”

Talaq akan jatuh atau gugur terus semasa suami melafazkannya.

2.Talaq Muallaq (معلق)

Talaq yang hanya jatuh apabila berlaku perkara yang dikaitkan dalam lafaz takliq.

Contoh :

“Sekiranya awak keluar daripada rumah ini,gugur talaq satu.”

Talaq akan jatuh atau gugur sekiranya isteri keluar rumah.Sekiranya isteri tidak keluar rumah,talaq tidak berlaku.Walau bagaimanapun talaq tersebut tidak boleh ditarik balik.

Kesimpulannya,kadang-kadang ada segelintir daripada masyarakat kita menganggap talaq secara kiasan atau sindiran ini sebagai bahan mainan atau gurau senda kerana merasa seronok.Walaupun talaq kinayah ini tidak akan jatuh jika tidak disertai niat,maka kita kena tetap berhati-hati.

Jika talaq ini digunakan oleh si suami sebagai langkah yang terakhir dalam keadaan genting,maka ia adalah penyelesaian yang amat perlu yang sudah semestinya tidak dapat dielakkan lagi walaupun ia amat pahit dalam banyak keadaan.

Info Tambahan :  Interaksi Dakwah Berdasarkan Karakteristik Mad'u

Namun,jika si suami menggunakan talaq untuk perkara yang tidak baik bagi memuaskan hawa nafsunya semata,maka talaq itu tetap dianggap halal,tetapi ianya amatlah dibenci oleh Allah SWT.

Sesungguhnya,Allah SWT maha mengetahui akan apa yang terbaik disisi hamba-hambanya.Berdoalah dan bertawakallah,moga-moga Allah SWT memberikan kita jalan keluar dan menuntun kita dengan hidayah dan petunjuknya.

RUJUKAN :

1.AL-FIQH AL-MANHAJI KEKELUARGAAN ISLAM DALAM FIQH AL SYAFI’I

DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

2.MEMASUKI GERBANG PERKAHWINAN

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share
Prev Article
Next Article

About The Author

Zul Raihan

Related Articles

Facebook Twitter Pinterestshare Dalam melayari alam kehidupan berumahtangga,suami isteri pasti …

Talaq Kinayah dan Talaq Sharih

Rayuan Bantuan BPR Bermula 15 Jun 2021
Twitter Facebook Pinterest154shares Individu yang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) …

Rayuan Bantuan BPR Bermula 15 Jun 2021

jurusan pengurusan maklumat
Twitter Facebook Pinterest154shares Ada di antara anda yang sedang membaca …

Apa Itu Jurusan Pengurusan Maklumat?

Pengeluaran KWSP I Sinar 26 Ogos 2021
Facebook Twitter Pinterestshare KWSP i Sinar diumumkan sebagai sebahagian daripada …

Pengeluaran KWSP I Sinar 26 Ogos 2021

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Sama2, terima kasih yea kerana sudi membaca”
  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Boleh tekan link untuk download pdf Mutabaah Amal https://xtrousnotes.files.wordpress.com/2012/07/mutabaah-amal-bulan-ramadhan.pdf”
  • iAwani on Bantuan Keluarga Malaysia: Semak Status & Tarikh Bayaran 2022: “Wah! Excited juga baca pasal Bantuan Keluarga Malaysia ni. Semoga urusan dipermudahkan.. Amiinn”
  • Move on on Punca Berlakunya Tekanan Dalam Kehidupan Berumahtangga: “Besar betul tanggungjawab lepas kahwin ni yea.”
  • Move on on 5 Langkah Menghafal Al-Quran Yang Boleh Dipraktikkan: “Nice sharing, thank U dear”
  • Move on on Rebat Pengangkutan Grab Selangor ke Pusat Vaksinasi: “Alhamdulillah ringan skit beban rakyat”
  • Move on on Permohonan MARA S3P Untuk Perniagaan Mikro: “Moga ada sinar untuk para usahawan”
  • Move on on Nikmati Potongan Saman 50% Mulai 18 Jun 2021: “Oklah dah ada potongan harga … Banyak lak tu, so bayarlah awal yea”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz