ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Umum
Takrifan dan Ganjaran Puasa Nabi Daud AS | Bahagian 2

Takrifan dan Ganjaran Puasa Nabi Daud AS | Bahagian 2

Jundullah98 February 15, 2022 No Comments
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares

Takrifan dan Ganjaran Puasa Sunat Nabi Daud AS Bahagian 2

Berpuasa adalah amalan yang disukai bahkan diganjari sendiri oleh Allah SWT. Lebih-lebih lagi apabila puasa yang terbaik yang ditunaikan oleh seorang ‘hamba‘ kepada Tuhannya secara tulus ikhlas. Namun, bagaimanakah kaifiat dan ganjaran ibadah puasa terbaik ini? Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui Kaifiat dan Ganjaran Puasa Sunat Nabi Daud AS.

 

Pengenalan

Puasa nabi Daud AS dinobatkan sebagai puasa yang terbaik begitu juga dengan solat baginda nabi Daud AS. Setelah mendalami Soroton Sejarah dan Tingkatan Puasa pada artikel yang lepas,  semestinya naluri ‘ingin tahu’ lebih bergejolak untuk membongkar lebih dalam lagi, bagi mengetahui tentang kaifiat dan manfaat daripada ibadah Puasa Nabi Daud AS ini.

 

1. Kaifiat Puasa Sunat Nabi Daud AS

Puasa dari segi bahasa ertinya ‘menahan‘, manakala dari segi istilah membawa erti menahan diri daripada melakukan segala perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam Matahari. Begitu juga halnya dengan puasa sunat Nabi Daud AS, saling tidak tumpah seperti definisi di atas, tetapi istimewanya amalan puasa ini adalah waktu menunaikannya.

Cara pelaksanaan puasa sunat Nabi Daud AS adalah secara berselang-seli harinya, iaitu berpuasa pada satu hari dan pada hari esoknya tidak berpuasa begitulah selanjutnya.

Tambahan pula, jika berlaku pertembungan antara dua puasa sunat sama ada puasa sunat Isnin Khamis, puasa sunat hari putih dan lain-lain, maka ganjaran pahala yang berganda bakal diperoleh. Justeru, puasa sunat ini juga boleh diteruskan meskipun berada pada ambang Ramadan.

Dengan syarat, anda selalu melazimi ibadah puasa sunat tersebut. Sekiranya masih lagi pada fasa permulaan ataupun baru nak mula, maka syarak tidak menggalakkan amalan tersebut dilaksanakan terutamanya pada ambang Ramadan iaitu pada bulan Syaaban.

Info Tambahan :  Kesan Revolusi Industri 4.0

 

Lafaz Niat :

نَوَيْتُ صَوْمَ دَاوُدَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Daud Sunnatan Lillah Taala

Sahaja aku berpuasa sunat Daud kerana Allah Taala

Lintasan niat ini boleh dihadirkan walaupun setelah fajar menyinsing, asalkan tidak makan, tidak minum atau melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa lain . Inilah perbezaan antara puasa sunat dan puasa wajib.

 

Rumus mudahnya seperti berikut :

a) Puasa Sunat : Lintasan niat boleh dihadirkan meskipun selepas waktu subuh

     Syaratnya :

  • Tidak makan,
  • tidak minum
  • tidak melakukan segala perkara yang membatalkan puasa

     Contohnya :

  • Puasa sunat Isnin Khamis,
  • Puasa Sunat Hari Putih,
  • Puasa Sunat 6 hari dan banyak lagi.

 

b) Puasa Wajib : Lintasan niat wajib dihadirkan sebelum waktu subuh.

Contohnya :

  • Puasa Ganti,
  • Puasa Ramadan
  • Puasa Nazar

 

2. Manfaat Puasa Sunat Nabi Daud AS

Ganjaran berpuasa amatlah banyak bahkan diganjari sendiri oleh Allah SWT. Antaranya adalah memasuki syurga melalui Pintu Ar–Rayyan, mendapat rahmat Allah SWT, mendapat pahala yang berganda dan banyak lagi.

Sehubungan dengan itu, bagaimana pula manfaatnya dari segi saintifik? Di bawah ini saya datangkan beberapa ujian klinikal yang membuktikan manfaat apabila menunaikan ibadah puasa secara rutin.

 i. Mencegah Sering Sakit

Manfaat puasa Nabi Daud bagi kesihatan tubuh adalah meningkatkan imunisasi tubuh. Ini berdasarkan kondisi kesihatan Nabi Daud AS yang selalu sihat dan jarang sakit.

Puasa Nabi Daud umpama sebuah imunitas bagi tubuh. Kondisi tubuh menjadi lebih sihat terutamanya pada saluran pencernaan.

ii. Detoksifikasi

Keajaiban puasa Nabi Daud AS lainnya adalah proses Detoksifikasi bagi tubuh.  Individu yang sentiasa melazimi ibadah puasa, mampu menyahkan sisa toksin di dalam tubuh badan mereka.

Info Tambahan :  QUICK WIN 2022: Bantuan untuk Perusaha Orang Asli

 

Penutup

Umat Islam dididik supaya beribadah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Malahan, ikhlas menjadi elemen utama penerimaan sesuatu amalan, sebagaimana firman Allah SWT  dalam surah al– Bayyinah ayat 5 yang bermaksud :

Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya…

Surah al- Bayyinah ayat 5

Adapun maslahah (manfaat) yang diperolehi setelah melaksanakan ibadah itu adalah perkara kedua. Mudah kata

“Beribadah kerana perintah Allah SWT bukan kerana manfaatnya”.

Semoga Allah SWT melimpahkan kurnianNya kepada kita agar komited untuk beribadah kepadaNya.

 

Wallahualam.

 

Sumber dan Rujukan :

  1. https://www.harapanrakyat.com/2020/05/sejarah-awal-mula-puasa-daud/
  2. Syarat dan Ketentuan Puasa Daud : Ust Adi Hidayat ,L.c,
  3. http://kaherah.perubatan.org/2014/07/puasa-saintifik-dan-spiritual/
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Jundullah98

Related Articles

4 Resipi Kuih Raya Mudah Guna Cornflakes!
Twitter Facebook Pinterest154shares Hari Raya hampir tiba!! Ketika kita mulai …

4 Resipi Kuih Raya Mudah Guna Cornflakes!

Tarikh Pembayaran BR1M 2017 dan Cara Pembayaran
Facebook Twitter PinterestshareKami ada menerima pertanyaan melalui email berkaitan BR1M …

Tarikh Pembayaran BR1M 2017 dan Cara Pembayaran

Twitter Facebook Pinterest308shares PDPR online bukan perkara asing kini, dunia …

Perlukah PdPR Online diteruskan ?

Pengeluaran KWSP
Twitter Facebook Pinterest154shares Twitter Facebook Pinterest154sharesInfo Tambahan :  Bagaimana Buat …

Jenis – Jenis Pengeluaran KWSP

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Sama2, terima kasih yea kerana sudi membaca”
  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Boleh tekan link untuk download pdf Mutabaah Amal https://xtrousnotes.files.wordpress.com/2012/07/mutabaah-amal-bulan-ramadhan.pdf”
  • iAwani on Bantuan Keluarga Malaysia: Semak Status & Tarikh Bayaran 2022: “Wah! Excited juga baca pasal Bantuan Keluarga Malaysia ni. Semoga urusan dipermudahkan.. Amiinn”
  • Move on on Punca Berlakunya Tekanan Dalam Kehidupan Berumahtangga: “Besar betul tanggungjawab lepas kahwin ni yea.”
  • Move on on 5 Langkah Menghafal Al-Quran Yang Boleh Dipraktikkan: “Nice sharing, thank U dear”
  • Move on on Rebat Pengangkutan Grab Selangor ke Pusat Vaksinasi: “Alhamdulillah ringan skit beban rakyat”
  • Move on on Permohonan MARA S3P Untuk Perniagaan Mikro: “Moga ada sinar untuk para usahawan”
  • Move on on Nikmati Potongan Saman 50% Mulai 18 Jun 2021: “Oklah dah ada potongan harga … Banyak lak tu, so bayarlah awal yea”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz