ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Umum
Takrifan dan Ganjaran Puasa Nabi Daud AS | Bahagian 1

Takrifan dan Ganjaran Puasa Nabi Daud AS | Bahagian 1

Jundullah98 February 10, 2022 No Comments
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares

Takrifan dan Ganjaran Puasa Nabi Daud AS Bahagian 1

Puasa Nabi Daud adalah amalan yang tidak asing lagi bagi umat Islam di seantero dunia. Tapi, sejauh manakah pengertian kita berkenaan amalan Puasa Nabi Daud? Apakah ada sejarah Puasa Nabi Daud? Persoalan ini akan dirungkaikan dalam artikel di bawah.

 

Pengenalan

Nabi Daud AS adalah antara rasul dan nabi utusan Allah SWT. Kehebatan dan kewarakan nabi Daud AS tiada tolok bandingnya, sehingga kehebatan ini diabadikan dalam al-Quran bahkan catatan sirah. Kehebatan baginda boleh didapati dalam surah al-baqarah ayat 251 yang berbunyi :

 

فَهَزَمُوهُم بِإِذۡنِ ٱللَّهِ وَقَتَلَ دَاوُۥدُ جَالُوتَ وَءَاتَىٰهُ ٱللَّهُ ٱلۡمُلۡكَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَعَلَّمَهُۥ مِمَّا یَشَاۤءُۗ وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضࣲ لَّفَسَدَتِ ٱلۡأَرۡضُ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ ذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلۡعَـٰلَمِینَ

Terjemahnya :

Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya.

Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.

[Surah Al-Baqarah 251]

 

Banyak lagi kehebatan dan kewarakan Nabi Daud AS yang boleh diterokai. Tuntasnya, baginda dikurniakan mukjizat mempunyai kekuatan fizikal yang hebat sehingga mampu melenturkan besi, mempunyai suara yang lunak merdu ketika membaca kitab Zabur yang diturunkan kepadanya.

Walhal tidak hairanlah puasa nabi Daud AS dikategorikan sebagai puasa yang terbaik. Oleh yang demikian, mari kita bahaskan secara ringkas mengenai “Takrifan dan Ganjaran Puasa Nabi Daud AS”.

Info Tambahan :  Amalan Agar Otak Cerdas Dan Kuat Hafalan

 

1. Sorotan Sejarah Puasa Sunat Nabi Daud AS

Pada permulaan pensyariatan puasa nabi Daud AS, diriwayatkan bahwa semasa hari baginda beribadah, tiada seorang pun yang dibenarkan masuk untuk bertemu atau mengadu sebarang perkara kepadanya.

Pada suatu hari, dua lelaki ingin menemui nabi Daud AS. Namun peraturan yang ada, tidak menjayakan hajat mereka untuk masuk bertemu baginda.

Walaupun begitu, dua lelaki ini mempunyai kepakarannya yang tersendiri, sehingga mereka mampu menyelinap masuk bertemu nabi Daud AS tanpa disedari oleh pengawal. Kedua-duanya adalah utusan yang dikirim Allah SWT untuk memberi peringatan dan teguran kepada nabi Daud AS.

Kisah pertemuan ini, telah diabadikan dalam surah Sod ayat 22 sehingga 24 :

إِذۡ دَخَلُوا۟ عَلَىٰ دَاوُۥدَ فَفَزِعَ مِنۡهُمۡۖ قَالُوا۟ لَا تَخَفۡۖ خَصۡمَانِ بَغَىٰ بَعۡضُنَا عَلَىٰ بَعۡضࣲ فَٱحۡكُم بَیۡنَنَا بِٱلۡحَقِّ

وَلَا تُشۡطِطۡ وَٱهۡدِنَاۤ إِلَىٰ سَوَاۤءِ ٱلصِّرَ ٰ⁠طِ

Terjemahannya: Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: ” Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.

 

إِنَّ هَـٰذَاۤ أَخِی لَهُۥ تِسۡعࣱ وَتِسۡعُونَ نَعۡجَةࣰ وَلِیَ نَعۡجَةࣱ وَ ٰ⁠حِدَةࣱ فَقَالَ أَكۡفِلۡنِیهَا وَعَزَّنِی فِی ٱلۡخِطَابِ

Terjemahannya : “ Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: ‘ Serahkanlah yang seekor itu kepadaku ‘, dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu”.

 

قَالَ لَقَدۡ ظَلَمَكَ بِسُؤَالِ نَعۡجَتِكَ إِلَىٰ نِعَاجِهِۦۖ وَإِنَّ كَثِیرࣰا مِّنَ ٱلۡخُلَطَاۤءِ لَیَبۡغِی بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ إِلَّا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَقَلِیلࣱ مَّا هُمۡۗ وَظَنَّ دَاوُۥدُ أَنَّمَا فَتَنَّـٰهُ فَٱسۡتَغۡفَرَ رَبَّهُۥ وَخَرَّ رَاكِعࣰا وَأَنَابَ ۩

Terjemahannya  Nabi Daud berkata: ” Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain,

kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!” Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).

 

Info Tambahan :  12 Kraf dan Aktiviti Ramadan untuk Kanak-kanak

(Surah Sod ayat 22-24)

Selepas peristiwa ini, Nabi Daud AS mendapat teguran dari Allah SWT hingga membuatnya insaf atas kesalahan dan kekhilafannya. Nabi Daud lantas bertaubat dengan berpuasa, kemudian dinamai puasa ini dengan nama baginda.

 

2. Tingkatan Puasa Sunat

Tahukah anda, bahawa puasa nabi Daud dinobatkan sebagai puasa terbaik?  begitu juga dengan solat baginda AS. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW menyebut :

“Sebaik-baik solat di sisi Allah adalah solatnya Nabi Daud AS. Dan sebaik-baik puasa di sisi Allah adalah puasa Daud. Nabi Daud AS tidur di pertengahan malam dan beliau solat di sepertiga malamnya kemudian tidur di seperenamnya. Adapun puasa Daud yaitu puasa sehari dan tidak berpuasa di hari berikutnya.”

(HR. Bukhari).

Menurut ustaz Adi Hidayat, sebaiknya melakukan satu-satu amalan sunat secara tadarruj (berperingkat). Hal ini bertepatan dengan kalam hukama’ :

 الاستعجال من الشيطان والاطمئنان من الملائكة

Gopoh itu daripada syaitan dan tenang itu daripada malaikat

 

Selain itu, melakukan sesuatu amalan secara berperingkat bakal memudahkan tubuh badan untuk mengadaptasi perubahan. Beliau menyebut :

“Mulakan dengan berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Setelah terbiasa dengan amalan ini, tingkatkan pula dengan berpuasa pada hari putih iaitu pada 13,14 dan 15 pada setiap bulan Hijriyyah. Apabila berjaya istiqamah dengan amalan ini, barulah mula berpuasa Nabi Daud AS,”.

Konsep tadarruj dalam beramal dapat mengekalkan momentum untuk konsisten beribadah, justeru menghindarkan sikap hangat-hangat taik ayam dalam beribadah lantas menerapkan sikap gengam bara api biar sampai jadi abu yang meluapkan lagi semangat untuk terus beribadah.

 

Penutup

Sebagai muslim dan mukmin yang baik, kita wajar mempunyai niat dan sikap untuk terus berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik. Sentiasa hadirkan keinsafan dalam diri apabila tidak mampu menambah baik ibadah dari semasa ke semasa. Teruskan optimis memperbaiki kualiti dan kuantiti ibadah. Selangkah demi selangkah, insya-Allah usaha ini bakal dikecapi dan diganjariNya kelak.

Info Tambahan :  Bantuan Banjir RM1000 Kepada Keluarga yang Terkesan

 

Wallahualam

 

Sumber dan Rujukan

  1. https://www.harapanrakyat.com/2020/05/sejarah-awal-mula-puasa-daud/
  2. Syarat dan Ketentuan Puasa Daud : Ust Adi Hidayat ,L.c,MA
  3. Pengertian dan Pahala Puasa Nabi Daud a.s Bahagian 1| Tazkirah.my
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Jundullah98

Related Articles

Facebook Twitter Pinterestshare Facebook Twitter PinterestshareInfo Tambahan :  12 Kraf …

Cara Memohon Rumah PPR

Twitter Facebook Pinterest154shares Twitter Facebook Pinterest154sharesInfo Tambahan :  Permohonan UTHM …

Bagaimana Kemaskini Permohonan SPA

KWSP
Twitter Facebook Pinterest616shares Twitter Facebook Pinterest616sharesInfo Tambahan :  Permohonan UTHM …

Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19

Twitter Facebook Pinterest308shares PDPR online bukan perkara asing kini, dunia …

Perlukah PdPR Online diteruskan ?

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Sama2, terima kasih yea kerana sudi membaca”
  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Boleh tekan link untuk download pdf Mutabaah Amal https://xtrousnotes.files.wordpress.com/2012/07/mutabaah-amal-bulan-ramadhan.pdf”
  • iAwani on Bantuan Keluarga Malaysia: Semak Status & Tarikh Bayaran 2022: “Wah! Excited juga baca pasal Bantuan Keluarga Malaysia ni. Semoga urusan dipermudahkan.. Amiinn”
  • Move on on Punca Berlakunya Tekanan Dalam Kehidupan Berumahtangga: “Besar betul tanggungjawab lepas kahwin ni yea.”
  • Move on on 5 Langkah Menghafal Al-Quran Yang Boleh Dipraktikkan: “Nice sharing, thank U dear”
  • Move on on Rebat Pengangkutan Grab Selangor ke Pusat Vaksinasi: “Alhamdulillah ringan skit beban rakyat”
  • Move on on Permohonan MARA S3P Untuk Perniagaan Mikro: “Moga ada sinar untuk para usahawan”
  • Move on on Nikmati Potongan Saman 50% Mulai 18 Jun 2021: “Oklah dah ada potongan harga … Banyak lak tu, so bayarlah awal yea”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz