ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Agama
Syarat Cerai Talak Tiga

Syarat Cerai Talak Tiga

Zul Raihan March 31, 2022 No Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share

Pensyariatan hukum Talaq dan natijahnya menurut Islam merupakan salah satu lambang kemuliaan syariat Islam.Ia juga merupakan dalil yang unggul,bahawa peraturan syariat Islam amat bersesuaian dengan fitrah manusia dan keperluan semula jadinya.

Pensyariatan Talaq diwujudkan untuk mewujudkan persefahaman yang positif antara suami isteri untuk terus berkasih sayang dan hidup bersama yang berkekalan.Hubungan antara suami isteri tidak boleh dipaksa,jika dipaksa akan berlaku pelbagai kerosakan,pembunuhan dan kebinasaan.Ianya perlu dilakukan atas kerelaan dan komitmen antara kedua-dua belah pihak.

Talak Tiga Dengan Sekali Lafaz

Talaq yang tidak mengikuti cara yang sebaiknya tidak bermakna talaq itu tidak jatuh.Bahkan,ia jatuh dengan apa cara sekalipun selagi syarat-syarat yang dijelaskan sebelum ini terdapat kepada suami yang melafazkannya.

Dalam hal ini,jika suami melafazkan talaq tiga dengan sekali lafaz dalam satu masa,maka jatuhlah talaq tiga sekaligus,sebagaimana yang disebut secara berasingan.Contohnya,suami berkata kepada isteri :”Kamu diceraikan dengan talaq tiga.”

Perbuatan ini tidaklah haram,tetapi cuma menyalahi sunnah Nabi SAW dan tidak menepati cara yang sebaiknya.

Hal ini berdasarkan hadith :

“Rukanah mentalaq isterinya semata-mata,iaitu tanpa menyatakan bilangan dengan berkata : “Kamu aku ceraikan.”Rukanah bertanya kepada Nabi SAW cara untuk kembali rujuk semula kepada isterinya.Baginda bersabda kepadanya :”Demi Allah,kamu tidak maksudkannya melainkan satu sahaja.Rukanah pun berkata :”Demi Allah,aku tidak memaksudkannya melainkan satu sahaja.Kemudian,Nabi SAW memulangkan isteri ke pangkuannya.”

Riwayat Abu Daud (2196) dan (2206),Imam Ahmad (1/265) dan al-Tirmizi (1177)

Hadith ini menjadi dalil bahawa jika Rukanah bermaksudkan talaq tiga,sudah pasti jatuh talaq tiga dan Rasulullah SAW tidak akan mengizinkannya rujuk semula kepada isterinya.Jika tidak,soalan dan sumpahnya tidak membawa apa-apa makna.

Penceraian Dengan Talaq Tiga

Apabila suami menceraikan isterinya dengan talak tiga sama ada secara berasingan atau sekaligus,sama ada sebelum atau selepas persetubuhan,maka persetubuhan tersebut terputus dan suami tidak boleh kembali kepada isterinya semasa iddah atau selepasnya.

Info Tambahan :  Ulul Albab : Generasi Terbilang Yang Perlu Diteladani Bahagian 1

jika si suami dalam situasi ingin “rujuk kembali” dengan istri setelah talak tiga dijatuhkan, maka si istri harus menikah dengan seorang muhallil. Setelah menikah dengan seorang muhallil, lalu si istri yang dijatuhkan talak tiga itu cerai ba’da al dukhul dan harus melewati masa iddahnya. Setelah itu, si istri boleh dinikahkan kembali oleh suami pertama yang menjatuhkan talak tiga kepadanya.

Dalam kalangan masyarakat kita,ada sesetengah suami yang telah menyesal kerana telah mentalaq tiga isterinya lalu menyebabkan si suami mengambil keputusan untuk menikah kembali bekas isterinya dengan mengupah seseorang.

Apabila terjadi seseorang yang diupah oleh bekas suami pertamanya kepada seseorang lelaki untuk mengahwini bekas isterinya,lelaki tersebut perlu menceraikannya supaya dia dapat kembali lagi bersama bekas isterinya.

Oleh kerana sudah ditalaq oleh lelaki yang telah diupah itu,bekas suami pertama yang mengupah itu tadi mengahwini perempuan itu lagi.Keadaan seperti ini tidak dibenarkan di dalam syariat Islam.

Jika si suami ingin kembali kepada si isteri yang telah diceraikan dengan talaq tiga,maka si isteri perlu memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Islam bagi menjamin keutuhan dan keharmonian sesebuah perkahwinan.

Lima Syarat Jika Ingin Kembali Selepas Diceraikan Talaq Tiga

Isteri perlu menyempurnakan lima syarat yang berikut :

i. Iddah dengan suaminya telah berakhir.

ii. Berkahwin dengan lelaki lain secara biasa dengan aqad nikah yang sahih menurut syara’.

iii. Disetubuhi oleh suami yang barunya dengan sempurna.

iv. Suami baru itu menceraikannya atau meninggal dunia.

v. Iddah dengan suami barunya itu telah berakhir.

Setelah melalui lima peringkat ini,jika bekas isteri bersetuju suaminya yang menceraikannya dengan talaq tiga,bolehlah mengahwininya semula dengan aqad nikah dan mas kahwin yang baru.

Info Tambahan :  5 Petua Bangun Pada Awal Pagi

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT :

فَإِنْ طَلَّقَهَا فَلَا تَحِلُّ لَهُ مِنْ بَعْدُ حَتَّىٰ تَنْكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُ ۗ فَإِنْ طَلَّقَهَا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يَتَرَاجَعَا إِنْ ظَنَّا أَنْ يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ ۗ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ يُبَيِّنُهَا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Maksudnya : “Kemudian jika si suami mentalaknya (sesudah talak yang kedua), maka perempuan itu tidak lagi halal baginya hingga dia kawin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan isteri) untuk kawin kembali jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum Allah, diterangkan-Nya kepada kaum yang (mau) mengetahui.”

( Surah al-Baqarah 230 )

Begitu juga hadith daripada Aisyah R.Anha,katanya :

“Isteri Rifa’ah al-Qurazi menemui Nabi SAW,lalu berkata :”Dahulu,aku isteri Rifa’ah dan dia telah menceraikan aku dengan talaq tiga.Oleh itu,aku berkahwin dengan Abdul Rahman bin al-Zabir,tetapi dia mati pucuk.”Baginda pun bersabda : ” Adakah engkau ingin kembali kepada Rifa’ah?Tidak boleh !Sehinggalah engkau merasai kemanisannya dan dia menikmati kemanisamu.”

Riwayat al-Bukhari (2496) dan Muslim (1433)

Hikmah kelima-lima syarat tersebut adalah untuk menjatuhkan talaq tiga dan menyedarkan suami supaya tidak terburu-buru dalam menjatuhkan talaq tiga tersebut.

Kesimpulannya,Syariat Islam amat mementingkan usaha mewujudkan persefahaman antara suami isteri bagi menjamin keharmonian hidup berumah tangga.

Ianya dilakukan dengan peringatan dan panduan ke arah mewujudkan pelbagai jaminan yang positif bagi menyuburkan kasih sayang dan persefahaman antara mereka.

Talaq tiga adalah tindakan yang kurang wajar jika ia dilafazkan kepada si isteri.Ia menunjukkan bahawa si suami ini tidak berfikir dan bertindak dengan cermat kerana tergesa-gesa dalam mengambil tindakan.

Selidikilah khabar yang kita terima itu terlebih dahulu. ditakuti jika kita bertindak tanpa meneliti dan mengetahui cerita sebenar,kelak akan merosakkan hubungan yang telah dibina lalu mengakibatkan masalah yang lebih besar.

Info Tambahan :  Nasihat Kepada Dua Orang Pengantin

RUJUKAN :

AL-FIQH AL-MANHAJI KEKELUARGAAN ISLAM DALAM FIQH AL-SYAFIE

DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share
Prev Article
Next Article

About The Author

Zul Raihan

Related Articles

5 Persediaan Ambang Ramadan yang Sesuai Anda Lazimi
Facebook Twitter Pinterestshare   Pada awal kemunculan Islam di kota …

Nadhir Al-Harith : Hedonisme Di Zaman Rasulullah SAW

Twitter Facebook Pinterest154shares Adakah anda tahu apa itu rancangan televisyen …

5 Rancangan Televisyen Islamik yang Boleh Ditonton

Twitter Facebook Pinterest154shares عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ …

Konsep Hutang Dalam Islam

Twitter Facebook Pinterest308shares عَنْ يَحْيَى بْنِ وَثَّابٍ عَنْ شَيْخٍ مِنْ …

Bersabar Ketika Berinteraksi Sesama Manusia

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Sama2, terima kasih yea kerana sudi membaca”
  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Boleh tekan link untuk download pdf Mutabaah Amal https://xtrousnotes.files.wordpress.com/2012/07/mutabaah-amal-bulan-ramadhan.pdf”
  • iAwani on Bantuan Keluarga Malaysia: Semak Status & Tarikh Bayaran 2022: “Wah! Excited juga baca pasal Bantuan Keluarga Malaysia ni. Semoga urusan dipermudahkan.. Amiinn”
  • Move on on Punca Berlakunya Tekanan Dalam Kehidupan Berumahtangga: “Besar betul tanggungjawab lepas kahwin ni yea.”
  • Move on on 5 Langkah Menghafal Al-Quran Yang Boleh Dipraktikkan: “Nice sharing, thank U dear”
  • Move on on Rebat Pengangkutan Grab Selangor ke Pusat Vaksinasi: “Alhamdulillah ringan skit beban rakyat”
  • Move on on Permohonan MARA S3P Untuk Perniagaan Mikro: “Moga ada sinar untuk para usahawan”
  • Move on on Nikmati Potongan Saman 50% Mulai 18 Jun 2021: “Oklah dah ada potongan harga … Banyak lak tu, so bayarlah awal yea”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz