ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Agama
Syarat Cerai Menurut Hukum Islam

Syarat Cerai Menurut Hukum Islam

Zul Raihan March 31, 2022 No Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share

Dalam institusi sesebuah perkahwinan,Allah SWT telah memberikan amanah dan tanggungjawab kepada pasangan suami isteri untuk membina sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.

Tanggungjawab ini merupakan satu ibadah yang mesti dilaksanakan dan dilakukan berlandaskan kepada syariat Islam bagi memastikan ianya terus menerus membawa sinar kebahagiaan kepada keluarga.

Begitu juga dalam penyariatan talaq,Islam telah menggariskan beberapa syarat dan garis panduan dalam menentukan kaedah atau cara yang tepat dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan,lebih-lebih lagi jika ianya berkaitan dengan hak suami isteri.

Talaq adalah satu medium atau pemudah cara yang digunakan dalam Islam bagi membolehkan ikatan perkahwinan itu diungkai tanpa mensia-siakan hak kedua-dua suami dan isteri tersebut apabila tiada sebab bagi mereka untuk terus hidup bersama.

Syarat Sah Dan Jatuh Talaq

Untuk membolehkan sesuatu talaq itu berlaku,si suami mestilah mempunyai syarat seperti yang dinyatakan di bawah :

i. Aqad Nikah Yang Sah

Seseorang tidak jatuh kepada perempuan yang tidak dikahwini atau perempuan yang akan dikahwini sama ada lafaz itu secara langsung atau tidak secara langsung.

• Lafaz secara langsung (التنجيز),seperti :

“Kamu diceraikan”

• Lafaz tidak secara langsung (التعليق),seperti :

“Jika aku mengahwinimu,kamu diceraikan.”

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا

Maksudnya : ” Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang idah yang kamu boleh hitungkan masanya.”

[Surat Al-Ahzab Ayat 49]

Dalam ayat ini,Allah SWT mengaitkan natijah talaq dan hukumnya dengan thabitnya perkahwinan terlebih dahulu.

Info Tambahan :  6 Formula Memelihara Hubungan Yang Dijalin

Begitu juga hadith,Rasulullah SAW bersabda :

” Tidak sah talaq sebelum nikah. “

Riwayat al-Hakim (2/205) dan beliau mensahihkannya.

Dan hadith yang lain,Abdullah bin Amr RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

” Tiada nazar bagi seseorang bagi perkara yang tidak dimiliki,tiada pembebasan kepada hamba yang bukan miliknya dan tiada talaq kepada perempuan yang tidak dimiliki.”

Riwayat Abu Daud (2190) dan al-Tirmizi (1181)

ii. Suami Sempurna Akalnya

Talaq yang dilafazkan oleh kanak-kanak,orang gila dan orang yang tidur adalah tidak jatuh.

Hal ini berdasarkan hadith :

Daripada Ali RA bahawa Nabi SAW bersabda :

“Tidak dikira perbuatan daripada tiga golongan,iaitu orang yang tidur sehingga dia terjaga,kanak-kanak sehingga baligh dan orang gila sehingga dia waras.”

Riwayat Abu Daud (4403)

Termasuk dalam hukum ketiga-tiga golongan ini ialah orang yang lupa dan orang yang jahil tentang lafaz yang diucapkan.Walaupun demikian,dakwaan lupa dan jahil itu tidak boleh diterima kecuali dengan keterangan dan bukti.

Talaq Orang Yang Mabuk

Orang yang mabuk kerana ubat yang terpaksa digunakan atau dipaksa minum sesuatu yang memabukkan dengan ugutan,atau sesuatu yang memabukkan dimasukkan ke dalam perutnya,maka hukumnya sama seperti kanak-kanak,orang tidur atau lupa disebabkan wujud uzur syarie dalam semua keadaan berikut.

Sementara mereka yang mabuk dengan sengaja tanpa uzur syarie,talaq yang dilafazkan jatuh sama seperti hukum talaq bagi orang yang berakal sebagai balasan kerana sengaja minum minuman yang memabukkan.Hal ini adalah kerana orang mabuk adalah mukallaf,yang bertanggungjawab atas segala perbuatannya.

Para sahabat juga sepakat mengatakan,lafaz yang diucapkan ketika mabuk,ketika tuduhan berzina (القذف)dan seumpamanya diambil kira.

Suami Bebas Membuat Pilihan

Tidak jatuh talaq bagi orang yang dipaksa.Walaubagaimanapun,paksaan tersebut mestilah dengan syarat-syarat berikut :

Info Tambahan :  Adab Melihat Pasangan Ketika Bertunang

i. Paksaan itu memang tidak berhak dilakukan.Jika sebaliknya,seperti suami yang memudharatkan isterinya dan hakim memaksanya menjatuhkan talaq,maka talaq tersebut jatuh.

ii. Paksaan itu dengan ugutan secara langsung kepada suami yang boleh membawa kemudharatan yang serius.

Contohnya,ancaman bunuh,memotong anggota badan atau pukulan yang menyakitkan.Bagi orang yang terhormat dan berkedudukan,pukulan dan seksaan yang sedikit juga dianggap mendatangkan bahaya secara langsung kepadanya.

iii. Orang yang memaksa itu mampu melaksanakan ugutan tersebut.

Hal ini berdasarkan hadith,Rasulullah SAW bersabda :

” Tidak jatuh talaq dan pemerdekaan hamba dengan paksaan.”

Riwayat Ibn Majah (2046)

Begitu juga hadith,Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya Allah tidak menghukum umatku akan perbuatan yang tidak sengaja,terlupa atau dipaksa.”

Riwayat Ibn Majah (2045)

Iv. Suami yang dipaksa tidak melakukan perkara yang lebih daripada yang dituntut.

Jika dia dipaksa menceraikan isterinya dengan talaq satu atau dipaksa menceraikannya tanpa ditentukan bilangan,suami pula menceraikannya dengan talaq dua atau tiga,maka talaqnya jatuh.

Talaq Secara Bergurau Atau Bermain-main

Berdasarkan syarat-syarat jatuh talaq bagi orang yang dipaksa,maka talaq yang dilafazkan secara bergurau dan bermain-main adalah jatuh sekiranya orang itu cerdik,berakal,baligh dan dengan pilihannya sendiri.

Perbuatannya bermain-main dan bergurau-gurau dengan lafaz talaq bukan merupakan halangan untuk menidakkan jatuhnya talaq.

Hal ini berdasarkan hadith daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :

” Tiga perkara yang jika dilakukan secara bersungguh-sungguh akan menjadi benar dan jika dilakukan secara gurauan juga menjadi benar,iaitu nikah,talaq dan rujuk.”

Riwayat al-Tirmizi (1184),Abi Daud (2194),Ibnu Majah (2039),al-Hakim (2800) dan beliau mensahihkannya,dan Ibn Adi (6/5)

Kesimpulannya,talaq bukanlah satu perkara yang boleh dijadikan sebagai mainan mahupun senda gurau.

Talaq diwujudkan dalam syariat Islam adalah bagi membolehkan pasangan yang ingin berpisah dilakukan dengan cara yang baik dan tidak menyakiti hati antara kedua-dua belah pihak.

Info Tambahan :  Perkara Sunat Hijrah Dan Bacaan Awal Akhir Tahun Hijrah

Dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut,kadang-kadang dalam sesebuah perkahwinan itu tidak berlaku keserasian yang membawa kebahagiaan dan berkekalan antara suami isteri.Dengan sebab itu,wujudnya kebenaran talaq ini.

RUJUKAN :

AL-FIQH AL-MANHAJI KEKELUARGAAN ISLAM DALAM FIQH AL SYAFI’I

DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share
Prev Article
Next Article

About The Author

Zul Raihan

Related Articles

Twitter Pinterest Facebook924shares Perkahwinan adalah ibadah dalam Islam.Ia merupakan kesinambungan …

Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?

Twitter Facebook Pinterest462shares   Setelah solat pastinya lazim untuk wirid …

Wirid Selepas Solat Yang Boleh Anda Lazimi

Twitter Facebook Pinterest154shares     Adakah anda tahu tentang aplikasi …

5 Aplikasi Islamik Yang Boleh Anda Cuba

Twitter Facebook Pinterest154shares Adakah anda tahu apakah Amalan Sunat Ketika …

5 Amalan Sunat Ketika Sahur yang Boleh Anda Lazimi

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • iAwani on Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022: “Pengeluaran KWSP yang ini betul-betul banyak membantu kehidupan.. Harga barang semakin naik dan harga perkhidmatan juga semakin naik. Dengan duit…”
  • Amar on Apa Itu Jurusan Pengurusan Maklumat?: “Laptop apa yg sesuai ye untuk digunakan dalam course ni?”
  • Fida on 3 Kelebihan Membaca al-Quran Sebelum Subuh yang Perlu Anda Tahu: “Assalamualaikum ustaz maknanya lagi afdal ke baca quran sebelum subuh sebab selama ni saya ngaji lepas subuh.”
  • Wan Syaqila on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “rabi raza Btul weii lgipun apps dia tu lgi tersusun dari yg lain hehe.. aku pun mula mula tgk kat…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “lagipun apps dia tu senang nk guna.. mcm guna hiredly company yg aku cari x banyak sngt. course aku pun…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “bgi aku laa mmg best guna jobstreet.. aq pn tau psl tu dri tgk iklan ry dia la weii. lepstu…”
  • Hafiz Abd on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Yg penting mana yg senang and btul2 dpt kerja.. Tpi hritu guna jobstreet siap tgk sekali iklan dia hahahah. Best…”
  • Dinie Razak on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Ya.. Klu nk best mmg guna jobstreet. Apps dia mudah and aku dpt kerja sbb apps tu hihi. Lgi best…”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2023 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz