Samsung telah mengeluarkan 2 telefon baru iaitu Galaxy S8 dan juga Galaxy S8+. Kali ini pastinya menjadi rebutan kerana bentuk dan spesifikasinya cukup baik untuk dimiliki. Secara umum, Samsung menawarkan dua variasi, iaitu Samsung Galaxy S8 dengan skrin bersaiz 5.8-inci, dan Samsung Galaxy S8+ dengan skrin bersaiz 6.2-inci. Membezakan kedua-duanya adalah saiz skrin dan kapasiti bateri sahaja.
Spesifikasi Samsung Galaxy S8
Jika dibandingkan dengan keluaran samsung sebelum ini, keluaran kali ini merupakan yang pertama menggunakan cip pemprosesan rekaan teknologi 10nm. Teknologi tersebut mempunyai keupayaan pemprosesan berkuasa tinggi serta menjimatkan penggunaan bateri. Samsung menggunakan memori 4GB RAM, dan ruangan storan sebesar 64GB bersama-sama dengannya. Ruangan storan Galaxy S8 menggunakan format UFS 2.1, menawarkan kebolehan membaca dan menulis data lebih pantas berbanding peranti lain di pasaran. Bagi pengguna yang inginkan ruangan storan lebih besar, anda boleh menggunakan kad mikro-SD sehingga 256GB padanya.
Jadual dibawah adalah ringkasan spesifikasi samsung Galaxy S8
Samsung Galaxy S8
|
|
Skrin
|
5.8″ Quad HD+
|
Pemproses
|
Lapan Teras, 10nm, 64bit
|
Cip Grafik
|
Mali-T720 MP2
|
RAM
|
4GB LPDDR4
|
Muatan Dalaman
|
64GB + Mikro-SD 256GB
|
Kamera Utama
|
12MP OIS F1.7
|
Kamera Depan
|
8MP AF F1.7
|
Kalis Air
|
IP68
|
Bateri
|
3000 mAh
|
Bicu Audio
|
Ya
|
Lain-Lain
|
Pengimbas mata, NFC, USB-C.
|
Tarikh pra-tempahan
Jika anda berminat bolehlah menunggu tarikh pra tempahan yang bakal berlangsung 11 – 13 April 2017. Pastinya diskaun akan diberi untuk pra tempahan selain tawaran lebih baik untuk aksesori dan lainnya.
Sumber : Amanz
Sumber : Amanz