Rakyat rakyat Malaysia khususnya calon lepasan SPM, STPM dan STAM atau setaraf dengannya bagi tahun semasa yang berminat dengan pekerjaan dalam sektor Perkhidmatan Awam adalah digalakkan untuk mendaftar bagi memenuhi kekosongan dalam setiap bidang pengkhususan jawatan sektor awam yang ada (SPA8i yang bakal diganti dengan daftar SPA9 mulai 28 September 2020)
Sehubungan dengan itu, semua pemohon baharu adalah diwajibkan mendaftar akaun permohonan secara atas talian (online) melalui sistem yang disediakan bagi mencapai dan mengakses sepenuhnya Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Sektor Awam (Login SPA9).
Untuk menjawat jawatan seorang kakitangan awam, pemohon haruslah membuat permohonan melalui SPA9 Sistem di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Kini, pihak SPA telah membuat penambahbaikan dari sistem SPA8i yang kini dipanggil SPA9.
Baca perkongsian di bawah untuk maklumat yang lebih terperinci tentang SPA9 :
Apa Itu SPA9?
SPA9 atau Sistem Pendaftaraan Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) merupakan penambaikan daripada sistem sedia ada iaitu SPA8i.
SPA9 merupakan borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian yang digunakan oleh pemohon bagi memohon pekerjaan bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan.
SPA9 telah dibangunkan dengan penggunaan Kad Pengenalan di mana pemohon boleh melihat dan mengemaskini maklumat pendaftaran serta menyemak status permohonan.
Syarat Terkini SPA9
Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:-
- Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun;
- Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja;
- Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
-
- Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan kosong di peringkat Ijazah sahaja.
Memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan kosong di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
- Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan kosong di peringkat Ijazah sahaja.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan melalui sistem ePertanyaan SPA (http://aduan.spa.gov)
Pemohon boleh mengemaskini SPA9 dan menyemak status permohonan pada bila-bila masa seperti maklumat temuduga dan peperiksaan dimana sistem ini dijana secara automatik dalam tempoh 24 jam
Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari portal rasmi spa.gov.my
Cara Isi Dan Daftar SPA9
-
Pendaftaran
Berikut kami kongsikan cara penggunaan sistem spa9 berdasarkan rujukan manual yang dikeluarkan secara rasmi oleh pihak spa.
Pertama Masuk ke laman rasmi SPA9 di –> https://spa9.spa.gov.my/login
- Isi Maklumat Pengguna. Pastikan semua medan bertanda * diiisi.
- Sila isi bahagian soalan Keselamatan. Sila pastikan calon untuk mengingati jawapan untuk soalan keselamatan bagi tujuan penetapan semula kata laluan (reset).
- Masukkan kata laluan dan kod keselamatan.
- Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum menghantar pendaftaran tersebut.
- Klik “Daftar”.
Nota:
- Pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja
- Untuk mendaftar, Klik “Pendaftaran Pengguna“ untuk ke Halaman Pendaftaran
-
Log Masuk
- Skrin Log Masuk akan dipaparkan seperti di atas:
- Sila masukkan No Kad Pengenalan Pemohon
- Masukkan Kata Laluan. Sila pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini.
- Klik “Log Masuk”.
- Jika pemohon adalah pengguna kali pertama, sila klik “Pengguna Kali Pertama”
- Jika pemohon ingin reset kata laluan, sila klik “Lupa Kata Laluan”
-
Maklumat Pemohon
Klik pada pautan MAKLUMAT PERIBADI dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu telah dimasukkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses “Daftar Akaun Baru”:
Nota: Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
- Maklumat Peribadi
- Maklumat Kelayakan Akademik
Berikut merupakan pautan maklumat- maklumat jawatan iaitu deskripsi tugas dan gaji yang ditawarkan mengikut kelayakan akedemik:
- Ijazah/Sarjana/PHD
- Diploma/STP/STPM/STAM/HSC
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
- SPM/SVM/SKM/Sijil
- PMR/PT3
- Kelayakan Bakat
- Latihan Separa Perubatan
Nota: Bagi kolum Institusi yang mengeluarkan sijil adalah bermaksud: Institusi yang mengeluarkan sijil Ijazah/Diploma/ Sijil yang diterima semasa graduasi dan BUKAN tempat Kolej/Universiti calon belajar
Maklumat Bukan Akademik (Kebolehan Bahasa, Sukan dan Bakat)
- Ruang Kebolehan Bahasa hanya diisi oleh pemohon yang memohon jawatan di bawah klasifikasi perkhidmatan Kebolehan Bahasa.
- Pilih Bahasa/Dialek.
- Pilih Penguasaan Bahasa.
- Klik “+Tambah”.
- Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
- Penerima Bantuan
- Ruang Penerima Bantuan hanya perlu diisi sekiranya ibu / bapa / pemohon menerima bantuan Program Kesejahteraan Rakyat / Bantuan Kebajikan Masyarakat / Program Perumahan Rakyat
- Sila isi maklumat:
- Pilih No. Pendaftaran/Rujukan.
- Pilih Jenis Bantuan.
- Klik “Simpan”.
- Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
- Kurang Upaya
- Ruang Kurang Upaya pula adalah untuk diisi oleh pemohon yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU) sahaja.
- Sila isi maklumat
- Pilih No. Pendaftaran.
- Pilih Jenis Kurang Upaya
- Klik “Simpan”.
- Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah(*).
- Jawatan Dipohon
- Perakauan Pemohon
Semakan Maklumat Permohonan
- Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:
Nota: Calon mesti semak kembali senarai jawatan yang di mohon adalah seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh daftar adalah sama. Jika sama bermaksud permohonan Berjaya sampai ke SPA. Jika tidak sama, sila semak semula padanan maklumat yang dimasukkan di setiap menu. Pastikan semua medan bertanda (*) diisi dan disimpan
4. Perakuan Pemohon
- Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:
- Sila klik pada petak SETUJUdan tanda √akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
- Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian pemohon meninggalkan langkah menekan butang HANTARakan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses.
- Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaransebagai rujukan.
Nota: Pastikan semua maklumat adalah sama seperti maklumat yang didaftarkan
5. Semakan Permohonan
Status Permohonan
A.Permohonan Yang Telah Didaftarkan
Apabila pautan “Permohonan Yang Telah Didaftarkan” ditekan, skrin seperti berikut akan dipaparkan:
- Status Permohonan Semasa
Apabila pautan “Status Permohonan Semasa” ditekan, skrin seperti berikut akan dipaparkan
- Status Permohonan Jawatan Yang Pernah Dimohon
Apabila pautan “Status Permohonan Jawatan Yang Pernah Dimohon” ditekan, skrin seperti berikut akan dipaparkan
Bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan boleh cuba ni. Info yang sangat bermanfaat dan jelas daripada penulis.