ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Agama
Sifat Malu Adalah Akhlak Islam

Sifat Malu Adalah Akhlak Islam

Zul Raihan February 19, 2021 5 Comments
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 308shares

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِكُلِّ دِينٍ خُلُقًا وَخُلُقُ الْإِسْلَامِ الْحَيَاءُ

Daripada Annas RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah malu.”

(HR Ibnu Mâjah No: 4181) Status: Hadis Sahih

Setiap agama memiliki akhlak dan antara akhlak Islam yang sangat terpuji adalah sifat malu. Islam sangat menekankan akan sifat malu kerana malu itu adalah sebahagian daripada iman.

Iman terdiri daripada amalan hati,anggota badan dan lidah.Daripada keimanan akan terpancarlah sifat-sifat baik dalam diri seseorang itu.

Sifat Malu Menjaga Kehormatan Diri

Malu mempunyai hubungan yang erat dengan akhlak yang lain seperti menjaga kemuliaan diri (iffah).

Buah dari rasa malu adalah iffah (menjaga kehormatan diri).Siapa saja yang memiliki rasa malu hingga mewarnai seluruh amalnya, niscaya ia akan berlaku iffah (menjaga kehormatan diri).

Islam sangat menitikberatkan akan sifat malu agar dapat mengukuhkan pegangan akidah dan memandu pelaksanaan ibadah kita sebagai seorang Muslim.

Rasulullah SAW bersabda :

“Malu dan iman sentiasa bersama.Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya.”

(Hadis riwayat al-Hakim)

Maka dapatlah kita fahami dari konteks hadis diatas,iman perlu diperkukuhkan kerana semakin tinggi iman seseorang maka akan semakin tinggilah harga diri dan sifat malu seseorang itu.

Ibnul Qayyim berkata :

“Malu berasal dari kata hayaah (hidup).Hidup dan matinya hati seseorang sangat mempengaruhi sifat malu seseorang.Hilangnya rasa malu, dipengaruhi oleh kadar kematian hati dan ruh seseorang.Sehingga setiap kali hati hidup,pada saat itu pula rasa malu menjadi lebih sempurna.”

Sifat Malu mencegah diri Dari Maksiat

Sifat malu adalah akhlak yang mulia dan terpuji yang menghalang kita daripada melakukan maksiat dan mendorong kita untuk melakukan ketaatan dan ibadah kepada Allah.

Info Tambahan :  Hikmah Keharusan Poligami Dalam Islam

Malu yang dianjurkan oleh Islam ialah malu daripada melakukan perbuatan keji dan maksiat.

Malu itu menurut Kitab Mukhtashar Jaami’ Al-‘Uluum Wa Al-Hikam ada dua jenis:

• Malu yang bersumber dari tabiat dan fitrah sejak lahir, ia merupakan diantara akhlak paling mulia yang dikurniakan Allah kepada seseorang hamba.

• Malu yang terhasil dari usaha dan latihan, yang merupakan pengaruh positif dari mengenal Allah dan keagungan-Nya.

Ia merupakan salah satu bahagian darjat keimanan. Rasa malu ini, menjadi penghias dirinya dengan sifat yang mulia dan menjauhkan diri dari sifat-sifat yang hina.

Aplikasi Tik Tok menghilangkan Sifat Malu Kaum Wanita

Mutakhir ini kita dihebohkan dengan satu aplikasi yang mula popular dan trending di media massa iaitu Tik Tok.

Tik Tok adalah satu aplikasi yang agak berbeza dengan media massa yang lain seperti FB, Insta, Twitter , Telegram dan lain-lain.

Di FB, Algo menyusun content di Newsfeed berdasarkan sesuai dengan tindakan seharian kita.Tapi tidak di Tik Tok.

Algo di Tik Tok turut menggunakan konsep yang sama,namun pada masa yang sama algo Tik Tok tetap menayangkan sesuatu yang bercanggah dengan apa yang kita minat,dan ini disebut secara rasmi oleh Tik Tok sendiri.

“Tik Tok is home to creators with many different interrests and perspectives, and sometimes you may come across a video that isn’t quite to your taste.”

Konsep yang dibawakan adalah berbeza dari sosial media yang biasa kita gunakan,mereka ingin manusia bertukar budaya dan gaya hidup, sekalipun gaya hidup itu sangat bertentangan dengan moral dan akhlak kita.

Zina juga boleh berlaku pada mana-mana sahaja aplikasi, namun yang paling ketara adalah seperti tiktok atau Bigo yang menjadi tempat anak gadis dan golongan wanita menayangkan tubuh,bergoyang berjoget untuk dilihat manusia.

Info Tambahan :  Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?

Semuanya demi follower.Golongan lelaki menjadi penontonnya, dua-dua tidak memikirkan dosa. Dimanakah rasa malu perempuan yang berjoget itu?Dan adakah lelaki yang melihatnya juga tidak merasa malu?

Dakwah ikut Trend

Dakwah ikut trend seumpama sudah menjadi satu kemestian bagi sebahagian pendakwah atas alasan ingin menarik golongan muda.

Dakwah yang menawarkan permainan seperti pubg,pes dan sebagainya atas alasan anak muda ramai yang minat.Ada juga yang kempen Tik Tok kerana ramai anak muda di situ.

Buat masa ini Tik Tok bukanlah jalan yang terbaik untuk kita ‘promotekan’ atas alasan dakwah.

Contoh mudah :

Ustaz A membuka akaun Tik Tok, follow 50 akaun Islamik tapi bahagian ” For You” tetap menayangkan pada ustaz yang tidak bermoral, secara bergilir-gilir dengan content islamik,sedangkan ustaz tersebut tidak pernah melihat perkara yang sedemikian.

Bagaimana pula kalau bukan kumpulan ustaz atau anak muda yang melihatnya?Apakah anak muda itu boleh menghadapi dan menghindar dari dosa mata itu?

Sedangkan ustaz pun belum ada jaminan dan belum tentu teguh imannya apabila berhadapan dengan dosa mata,apatah lagi mereka yang tiada asas agama.

Ada segelintir pendakwah yang gemar mengikut trend semasa,tanpa memikirkan risiko dan kesan untuk jangka masa panjang.Masing-masing cuba untuk mengejar arus semasa.Dimana tumpuan anak muda,di situlah medan dakwah yang paling utama yang perlu difokuskan, kata mereka.

Kita perlu sedar, bahawa gerakan dakwah itu perlu bersifat tersendiri.Tidak mudah terpengaruh dengan arus semasa yang dibayangi trending.Kita nak bawa umat untuk kenal Islam,bukannya semakin mengheret mereka terus hanyut dalam dunia mereka.

Kesimpulannya,sifat malu itu adalah sebahagian daripada iman,ia perlu dijaga dan dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Tidak menjadi masalah pun jika kita ingin menyebarkan dakwah di media sosial,bahkan sangat digalakkan.

Info Tambahan :  Cara Berkomunikasi Yang Berkesan Antara Pasangan

Golongan pendakwah perlu cermat dalam bertindak.Tindak tanduk mereka sentiasa diperhatikan oleh mad’u.Apa yang mereka lakukan, itulah yang menjadi ikutan.

Para pendakwah perlu bijak dan cermat dalam membuat sesuatu tindakan, terlebih utama dalam menimbang tara antara kebaikan dan keburukan akan sesuatu perkara.

Para pendakwah perlu berpandangan jauh dan memikirkan kesan jangka panjang untuk orang yang didakwahkannya.Semoga Allah membantu kita dalam menghadapi fitnah akhir zaman.

Rujukan :

1.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10207624797776175&id=1778121873

Abdul Hadi Jusoh

2.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10207756596791068&id=1778121873

Abdul Hadi Jusoh

3.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5017542901620763&id=100000953077134

Muhammad Mujahid Ir Fadzil

4.https://today.salamweb.com/ms/malu-sebahagian-iman/

  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 308shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Zul Raihan

Related Articles

Pengeluaran KWSP I Sinar 26 Ogos 2021
Facebook Twitter Pinterestshare KWSP i Sinar diumumkan sebagai sebahagian daripada …

Pengeluaran KWSP I Sinar 26 Ogos 2021

Twitter Facebook Pinterest154shares Dalam hukum Islam, ada pelbagai perkara yang …

Suami Menceraikan Isteri Ketika haid

Twitter Facebook Pinterest462shares عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى …

Membebaskan Kesulitan Hutang

Twitter Facebook Pinterest154shares Anak merupakan antara anugerah Allah yang terindah …

Hukum Mengugurkan Kandungan Suami Isteri

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
5 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
zali abu
New Member ( NM ) II
zali abu
1 year ago

Malu buat hidup ada batas..Tak ada malu buat diri melampau..

2
Reply
Jundullah98
Subscriber ( SB ) IV
Ahli Baru
Jundullah98
1 year ago
Reply to  zali abu

Itu yang kita risau…
Malu biar bertempat

Sedih melihat realiti muda Mudi kini

2
Reply
Zul Raihan
Author
Subscriber ( SB ) III
Ahli Baru
Zul Raihan
1 year ago
Reply to  Jundullah98

Anak-anak muda sekarang sangat memerlukan kepada bimbingan dan pencerahan..

1
Reply
Jundullah98
Subscriber ( SB ) IV
Ahli Baru
Jundullah98
1 year ago

Masa depan negara bergantung pada anak muda.

Pendakwah harus kreatif dan inovatif dalam seni dan penyampaian mereka.Perasaan malu yang semakin terhakis daripada aplikasi sebegini perlu dibendung.

2
Reply
Mr.Reading
Guest
Mr.Reading
1 year ago

Terbaik

2
Reply

Komen Terkini

  • Wan Syaqila on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “rabi raza Btul weii lgipun apps dia tu lgi tersusun dari yg lain hehe.. aku pun mula mula tgk kat…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “lagipun apps dia tu senang nk guna.. mcm guna hiredly company yg aku cari x banyak sngt. course aku pun…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “bgi aku laa mmg best guna jobstreet.. aq pn tau psl tu dri tgk iklan ry dia la weii. lepstu…”
  • Hafiz Abd on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Yg penting mana yg senang and btul2 dpt kerja.. Tpi hritu guna jobstreet siap tgk sekali iklan dia hahahah. Best…”
  • Dinie Razak on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Ya.. Klu nk best mmg guna jobstreet. Apps dia mudah and aku dpt kerja sbb apps tu hihi. Lgi best…”
  • NatrahJamal on Platform #MyDigitalWorkforce: 5000 Peluang Pekerjaan Digital: “2022 ada ke”
  • Puteri Afiqah on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “aku suka guna jobstreet sbb senang gila. aku tau pakai jobstreet ni pun sebab iklan raya dia hehehe. kelakar and…”
  • rabi raza on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “jobstreet memang sng sngt nk guna. search satu perkataan pun beratus laa bleh jumpa kerja.. yg penting kena bnykkan buat…”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz