ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Agama
Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba

Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba

Jundullah98 April 19, 2021 3 Comments
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares

 

Pernahkah anda melihat senarai semak Ramadan? Bagaimanakah senarai semak ini berfungsi memacu momentum kita untuk beramal? Apakah item-item yang dimuatkan dalam senarai semak ini? Mari menelaah kupasan di bawah tentang “Senarai Semak Ramadan yang Boleh Anda Cuba”.

Pengenalan

Ramadan al-Mubarak merupakan penghulu segala bulan. Sebagaimana yang disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW dalam sepotong hadis :

“Bulan yang paling utama adalah bulan Ramadhan, dan hari yang utama adalah hari Jumaat…”
(HR Tabrani)

Melalui hadis di atas, sudah jelas kepada kita bahawa bulan Ramadan amat mulia. Justeru, tertanam padanya pelbagai ganjaran amalan yang dilipatgandakan selaras dengan keistimewaannya.

Rugilah jika peluang keemasan ini dilepaskan begitu sahaja ,dengan aktiviti-aktiviti kosong yang tidak berfaedah. Sewajarnya, pada bulan ini umat Islam perlu lebih proaktif untuk mengandakan amalan sekaligus meraih permata takwa yang tertanam pada penghulu bulan (Ramadan).

Kita menyaksikan bagaimana baginda Rasulullah SAW dan para sahabatnya, begitu bertungkus-lumus beramal demi meraih hasanat (kebaikan) dan ganjaran pada bulan ini. Sedarlah bahawa Ramadan yang menjelma saban tahun adalah anugerah Allah SWT kepada kita selaku hambaNya. Alangkah ruginya sekiranya anugerah ini disia-siakan begitu sahaja umpama mencurah garam ke dalam laut.

Oleh yang demikian, modus senarai semak (checklist) amat popular demi menyuntik semangat beramal pada bulan Ramadan. Dengan hadirnya medium ini, energi setiap muslim terus terpacu untuk mengandakan amalan sesuai berlalunya hari pada bulan Ramadan.

Senarai semak Ramadan ataupun lebih popular dengan Mutabaah Amal, mengandungi item-item amalan yang perlu ditanda pada setiap hari. Dilengkapi tarikh dan amalan-amalan kelaziman, senarai semak ini terbukti mampu memotivasikan penggunanya. Kebiasaannya, senarai semak ini dibuat dalam bentuk jadual bagi memudahkan pengguna menanda amalan yang berjaya dilaksanakan.

Info Tambahan :  Hukum Mengugurkan Kandungan Suami Isteri

Sehubungan dengan itu, mari kita teliti item-item Senarai Semak Ramadan yang perlu dimuatkan ke dalamnya.

Item-item Senarai Semak Ramadan

1. Qiamullail

Qiamullail ataupun terjemah bulatnya berdiri malam, merupakan suatu aktiviti ibadah yang dilakukan pada malam hari. Semasa beribadah pada waktu ini, kita mudah merasai sensasi semasa beribadah. Dipeluk kesunyian malam yang nyaman nan sepi dari pencemaran bunyi, fokus semasa beribadah dengan mudah menyala.

Pelbagai ganjaran yang dijanjikan bagi muslim yang menghidupkan malamnya dengan ibadah, antara yang masyhur seperti hadis di bawah :

“Barangsiapa melakukan qiyam Ramadhan (solat tarawih dan ibadah malam yang lain) dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”
[HR. Bukhari dan Muslim]

Sekiranya anda berjaya menunaikan qiam, tandakan tick pada item Qiamullail sekalipun hanya 2 rakaat.

2. Sahur

Bersahur atau makan sebelum waktu fajar untuk berpuasa, merupakan satu ibadah yang dijanjikan pahala dan keberkatan. Sebagaimana hadis nabi SAW, yang menyeru umatnya melazimi sahur :

“Bersahurlah, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkahan.”
[HR Bukhari dan Muslim]

Sekiranya anda berjaya bersahur, tandakan tick pada item sahur sekalipun hanya seteguk air atau sebiji tamar.

3. Solat Sunat Isyraq & Dhuha

Amalan yang menjadi kelaziman umat Islam pasca fajar adalah dua solat sunat ini. Solat sunat Isyraq bermula seawal waktu syuruk, manakala solat sunat dhuha pula setengah jam selepasnya.

Kedua-dua ganjaran solat ini boleh disoroti melalui hadis di bawah:

“Barangsiapa mengerjakan solat subuh berjemaah kemudian duduk dia berzikir kepada Allah sehingga matahari telah terbit, kemudian dia kerjakan pula solat sunat sebanyak dua rakaat. Nescaya diganjari pahala seperti mengerjakan haji dan umrah dengan sempurna. Dengan sempurna”

[HR Imam Tirmidzi]

Info Tambahan :  Ulul Albab : Generasi Terbilang Yang Perlu Diteladani Bahagian 1

Sekiranya anda berjaya menunaikan keduanya, tandakan double tick pada item solat sunat Isyraq & dhuha sekalipun hanya 2 rakaat.

4. Solat Sunat Rawatib

Solat sunat ini merupakan pengapit setiap solat fardu. Kecuali bagi solat fardu Subuh dan Asar, kerana selepas waktu kedua-dua solat ini, adalah waktu haram solat sunat. Selepas solat subuh, waktu haram ini berakhir sejurus masuknya waktu syuruk, adapun selepas solat fardu asar, waktu ini berakhir sebaik sahaja azan maghrib berkumandang.

Walaupun begitu, ada beberapa solat sunat yang dibolehkan untuk ditunaikan seperti solat jenazah, solat sunat wuduk, solat sunat tahiyatul masjid dan lain-lain.

Sekiranya anda berjaya menunaikan kesemua amalan ini, tandakan tick pada item solat sunat rawatib. Kebiasaannya, susunan item amalan ini diletakkan pada setiap solat fardu bagi memudahkan catitan. (Rujuk Gambar)

5. Solat Jemaah

Ganjaran solat secara berjemaah selalu diingatkan setiap waktu terutamanya semasa ke masjid. Paparan TV Plasma yang seringkali memaparkan hadis tentang ganjaran solat berjemaah, sentiasa menghiasi suasana semasa berada di rumah Allah ini.

Sementara menunggu iqamah, durasi ini boleh dimanfaatkan untuk mendirikan dua rakaat solat sunat rawatib, sesuai waktu solat seperti yang diceritakan di atas.

Sekiranya anda berjaya menunaikan solat secara berjemaah, tandakan tick pada item solat fardu yang berkenaan.

6. Tadarus & Tadabbur

Tadarus adalah aktiviti membaca kitabullah (al-Quran) beramai-ramai secara bergilir-gilir. Setiap orang akan membaca al-Quran manakala yang lain akan mendengar kemudian menegur sekiranya berlaku kesalahan pada tajwid bacaan. Selalunya, dibaca mengikut juzuk bertepatan bilangan hari pada bulan Ramadan.

Tadabbur pula adalah aktiviti menghayati pengajaran ayat secara umum kemudian dikaitkan dengan realiti semasa umat Islam. Proses tadabbur berbeza dengan tafsir, namun kedua-duanya saling melengkapi, demi memastikan kefahaman yang lebih membumi terhadap satu-satu ayat.

Info Tambahan :  Wirid Selepas Solat Yang Boleh Anda Lazimi

Sekiranya anda berjaya bertadarus dan bertadabbur, tandakan ‘double tick’ pada item  ini. Namun, jika salah satu sahaja yang berjaya ditunaikan, memadailah dengan ‘single tick’ sahaja.

7. Solat Sunat Terawih

Solat sunat khusus semasa bulan Ramadan sahaja, amat sinonim dengan umat Islam seantero dunia sempena meraikan bulan mulia ini. Solat sunat ini ditunaikan sekurang-kurangnya 8 rakaat dan maksimum 20 rakaat.

Tunaikanlah mengikut kemampuan dan keselesaan anda. Justeru, jauhi pergaduhan yang tidak menguntungkan bahkan memecahkan lagi tali persaudaraan yang terjalin sejak sekian lama. Islam itu harmoni sekaligus meraikan perbezaan pendapat antara umatnya selagi mana tidak melangkaui sempadan Islam itu sendiri.

Sekiranya anda berjaya menunaikan solat sunat terawih, tandakan ‘tick‘ pada item ini.

Penutup

Ibadah puasa ialah ujian integriti kita dengan Allah SWT. Tiada siapa tahu kita berpuasa atau tidak, melainkan Dia. Sama ada kita culas beribadah atau melakukan perkara yang membatalkan puasa, tiada yang tahu selainNya.

Inilah caranya Allah melatih kita untuk jujur dan telus di hadapanNya. Perjalanan ujian integriti selama 30 hari sepanjang Ramadan, sudah pasti menjanjikan impak yang maksimum jika kita benar-benar berintegriti. Semoga kita beroleh manfaat dan kekuatan untuk terus beramal demi memburu ar-Rayyan.

Wallahua’lam.

Sumber dan Rujukan :
1. https://badanpendapatan.riau.go.id/home/web/detailberita/401

  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Jundullah98

Related Articles

al quran hijrah
Twitter Facebook Pinterest154shares Twitter Facebook Pinterest154sharesInfo Tambahan :  Ulul Albab …

Perkara Sunat Hijrah Dan Bacaan Awal Akhir Tahun Hijrah

Twitter Facebook Pinterest308shares Malu Suatu Kebaikan حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ …

Malu Suatu Kebaikan

Twitter Facebook Pinterest154shares Apabila seseorang lelaki benar-benar yakin dengan sifat-sifat …

Meminang Dalam Islam

Twitter Facebook Pinterest308shares Pernahkah anda mendengar tentang Puasa Sunat Hari …

Menyingkap Amalan Puasa Sunat Hari Putih

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Move on
Guest
Move on
1 year ago

Nice ni…
Thanks.

1
Reply
Jundullah98
Author
Subscriber ( SB ) IV
Ahli Baru
Jundullah98
2 months ago
Reply to  Move on

Sama2, terima kasih yea kerana sudi membaca

0
Reply
Jundullah98
Author
Subscriber ( SB ) IV
Ahli Baru
Jundullah98
2 months ago

Boleh tekan link untuk download pdf Mutabaah Amal

https://xtrousnotes.files.wordpress.com/2012/07/mutabaah-amal-bulan-ramadhan.pdf

0
Reply

Komen Terkini

  • Wan Syaqila on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “rabi raza Btul weii lgipun apps dia tu lgi tersusun dari yg lain hehe.. aku pun mula mula tgk kat…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “lagipun apps dia tu senang nk guna.. mcm guna hiredly company yg aku cari x banyak sngt. course aku pun…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “bgi aku laa mmg best guna jobstreet.. aq pn tau psl tu dri tgk iklan ry dia la weii. lepstu…”
  • Hafiz Abd on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Yg penting mana yg senang and btul2 dpt kerja.. Tpi hritu guna jobstreet siap tgk sekali iklan dia hahahah. Best…”
  • Dinie Razak on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Ya.. Klu nk best mmg guna jobstreet. Apps dia mudah and aku dpt kerja sbb apps tu hihi. Lgi best…”
  • NatrahJamal on Platform #MyDigitalWorkforce: 5000 Peluang Pekerjaan Digital: “2022 ada ke”
  • Puteri Afiqah on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “aku suka guna jobstreet sbb senang gila. aku tau pakai jobstreet ni pun sebab iklan raya dia hehehe. kelakar and…”
  • rabi raza on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “jobstreet memang sng sngt nk guna. search satu perkataan pun beratus laa bleh jumpa kerja.. yg penting kena bnykkan buat…”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz