ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Penulis Jemputan
Senarai Makanan Paling Sedap Di Dunia

Senarai Makanan Paling Sedap Di Dunia

Irene May 9, 2020 8 Comments
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 308shares

Cari makanan paling sedap di dunia? Bila bercerita megenai makanan, agak mudah untuk perut kita berasa lapar. Dapat merasa makanan yang sedap juga merupakan satu nikmat yang diberikan oleh Tuhan kepada kita.

Seluruh negara di serata dunia pasti mempunyai makanan tradisi mereka yang tersendiri.

Ini membuatkan kita ingin merasa makanan tersebut. Tetapi jangan risau, dengan teknologi yang canggih kini, maklumat berkenaan resepi makanan tersebut boleh didapati dengan mudah selagi anda mempunyai internet.

Namun, rasanya mungkin agak berbeza dari negara asal makanan tersebut. Oleh itu, sila tahan rasa lapar anda kerana artikel kali ini membincangkan beberapa hidangan paling sedap yang pernah ada di seluruh dunia.

Makanan Paling Sedap Di Dunia

1. Wiener Schnitzel (Australia)

Jika dilihat sekilas, ianya seperti “chicken chop” bukan? Hidangan ini merupakan salah satu makanan tradisional orang Australia. Ianya dibuat dari potongan daging sapi nipis yang dilapisi dengan tepung roti dan kemudian digoreng bersama mentega atau minyak. Schnitzel kerap disajikan di restoran kecil-kecilan sehinggalah di sekitar ibu kota. Hidangan ini sangat ringkas tetapi lazat bila dimakan. Ianya digemari oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya dikalangan kanak-kanak.

2. Peking Duck (China)

Ini adalah hidangan paling mahal yang boleh anda pesan di menu restoran Cina. Tetapi di China, ianya merupakan salah satu hidangan yang paling mereka gemari. Pada mulanya, mereka menyalut daging itik tersebut dengan sirap Maltosa(Maltose syrup) hingga berubah menjadi coklat. Kemudian, kulitnya dicelupkan ke dalam sos (gula bawang putih) hingga selesai. Daging mewah ini disajikan dengan sos kacang manis, daun bawang, dan lempeng Cina. “Peking duck” secara tradisionalnya dikhaskan untuk kerajaan sejak Dinasti Yuan pada tahun 1200 dan 1300 sebagai hidangan para empayar.

Info Tambahan :  Bajet 2021 Untuk Penjawat Awam

3. Nasi Lemak (Malaysia)

Siapa yang tidak kenal nasi lemak bukan? Nasi lemak adalah makanan tradisi orang Malaysia dan kebiasaannya disajikan sebagai menu sarapan pagi. Keunikan hidangan ini terdapat pada nasi itu sendiri. Ianya dimasak bersama santan dan daun pandan untuk memberikan bau wangi nasi tersebut sekaligus meningkatkan deria rasa anda. Hidangan ini kebiasaanya disajikan bersama-sama dengan sambal, ikan bilis, telur, timun dan kacang. Setelah zaman berkembang maju, makanan ini ditambah dengan beberapa hidangan tambahan seperti ayam goreng, rendang dan sebagainya, tetapi masih lagi mengekalkan rasa nasi lemak tersebut.

4. Pizza (Italy)

Pizza pertama dibuat adalah di Nepal, Italy. Dengan keunikannya menggabungkan paste tomato bersama-sama dengan doh roti yang telah dileperkan. Hidangan ini kemudiannya mula terkenal di serata dunia. Ini boleh dilihat dengan munculnya restoran makanan segera yang dinamakan “Pizza Hut” dengan hidangan utamanya iaitu pizza itu sendiri. Hidangan ini menjadi menu utama masyarakat yang tinggal di bandar kerana kesedapan dan salah satu hidangan yang paling ringkas tetapi mengenyangkan. Terdapat banyak pilihan “topping” yang telah diubah suai sesuai dengan rasa masyarakat tempatan yang lain.

5. Ramen (Japan)

Ramen adalah hidangan yang paling popular di negara Jepun. Semua orang boleh menikmatinya oleh kerana harganya yang berpatutan. Hidangan ini dibuat dengan menggunakan gandum atau mi telur Cina yang disajikan dalam kuah yang sangat kaya dengan rasa dan rempahnya yang tersendiri. Kebiasaannya disajikan bersama dengan daging babi yang dihiris, daun bawang segar, dan telur rebus separuh masak. Hidangan ini berbeza dengan pho Vietnam yang mempunyai rasa kuah yang lebih ringan, mee beras (rice noodle), dan memilih daging lembu daripada daging babi. Hidangan ramen ini muncul dengan pelbagai variasi bergantung pada wilayah Jepun tempat anda berada.

Info Tambahan :  Faktor-Faktor Penting Dalam Memilih Sekolah Anak

6. Tacos (Mexico)

Taco merupakan makanan kegemaran orang Mexico yang terdiri daripada tortilla segar buatan tangan yang diisi bersama potongan kecil daging lembu panggang yang disapu dengan minyak dan garam laut. Selepas itu, anda boleh menambah “topping” anda sediri seperti guacamole, salsa, bawang, daun ketumbar atau apa sahaja yang anda mahukan. Hidangan ini sesuai dimakan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Inilah sebabnya mengapa pengunjung yang meninggalkan Mexico mempunyai lebihan berat badan dari yang sebelumnya.

7. Doner Kebab (Turkey)

Hidangan ini mungkin menjadi makanan pilihan larut malam bagi ramai orang, tetapi kebab dimakan di Turki setiap saat sepanjang hari. Daging kambing biri-biri diperap dengan minyak dan kemudian dimasak secara menegak sebelum dihiris menjadi kepingan nipis. Ianya disajikan di atas roti pita lembut, biasanya dengan salad dan beberapa jenis sos berasaskan yogurt berkrim.

Makanan unik terdapat di segenap pelusuk dunia. Anda bolehlah membuat perancangan untuk pergi melancong ke tempat makanan tersebut berada.

Pilihan lain? Anda bolehlah cuba memasak sendiri hidangan tersebut mengikut resepi yang berada di internet.

Bagi yang beragama Islam, bolehlah mencari restoran halal yang menyajikan makanan tersebut. Walaupun kandungannya ditukar sedikit tetapi masih lagi dapat mengekalkan rasa makanan tersebut

There is no sincere love than the love of food

-George Bernard Shaw-

  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 308shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Avatar
Irene

Related Articles

Facebook Twitter Pinterest share Facebook Twitter Pinterest share Info Tambahan …

5 Cara Membuat Duit Dengan Bermain Permainan Video

Facebook Twitter Pinterest share Facebook Twitter Pinterest share Info Tambahan …

Apa Itu PayDirect Dan Kegunaannya

Twitter Facebook Pinterest 308shares PDPR online bukan perkara asing kini, …

Perlukah PdPR Online diteruskan ?

Pemberitahuan Pengeluaran KWSP i-Sinar
Facebook Twitter Pinterest share Pengeluaran KWSP boleh dibuat pada 11 …

Pemberitahuan Pengeluaran KWSP i-Sinar

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
8 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Aaliyah Bajrai
New Member ( NM ) V
Ahli Baru
Aaliyah Bajrai
13 days ago

Lapar betul baca

1
Reply
Jundullah98
New Member ( NM ) V
Ahli Baru
Jundullah98
13 days ago
Reply to  Aaliyah Bajrai

Mampu telan liur jelah

0
Reply
Irene
Author
New Member ( NM ) III
Ahli Baru
Irene
9 hours ago
Reply to  Aaliyah Bajrai

Haha… Boleh try buat sendiri… Bahan je kene beli🤭

1
Reply
Jundullah98
New Member ( NM ) V
Ahli Baru
Jundullah98
13 days ago

Alhamdulillah…
Bangganya makanan Malaysia termasuk dalam senarai.

Serius rindu nak merasa makanan tradisi ini.

#Lumrahanakperantau

1
Reply
zali abu
New Member ( NM ) I
zali abu
12 days ago

Kalau disertakan resepi ringkas lebih baik.. tak de ke org yg nak tulis resepi ringkas utk mkanan sdap2.

1
Reply
Irene
Author
New Member ( NM ) III
Ahli Baru
Irene
9 hours ago
Reply to  zali abu

Idea yang menarik

1
Reply
ZackC
New Member ( NM ) V
Ahli Baru
ZackC
10 days ago

Sy tengok kebanyakannya bergoreng..hati2.. sebaiknya makanan yg kurang unsur berminyak..

1
Reply
Irene
Author
New Member ( NM ) III
Ahli Baru
Irene
9 hours ago
Reply to  ZackC

Boleh try guna air fryer atau grill… Untuk alternatif yang lebih sihat

1
Reply

Komen Terkini

  • Avatar Jundullah98 on Cara Semak Penyata KWSP Online: “Betul tu… Bukan minyak je Segala aspek jimat.”
  • Avatar Jundullah98 on Senarai Filem Marvel Mengikut Turutan: “Semua filem ni sangat menarik dan diminati ramai. Kalau x ikut step release, memang x faham la jawabnya sbb dia…”
  • Avatar Irene on Top 5 Permainan Video Genre Seram Paling Popular: “Boleh²… Paling seram no 2 dlm senarai… Mungkin sebb hantu thailand😆”
  • Avatar Irene on Senarai Makanan Paling Sedap Di Dunia: “Boleh try guna air fryer atau grill… Untuk alternatif yang lebih sihat”
  • Avatar Irene on Senarai Makanan Paling Sedap Di Dunia: “Idea yang menarik”
  • Avatar Irene on Senarai Makanan Paling Sedap Di Dunia: “Haha… Boleh try buat sendiri… Bahan je kene beli🤭”
  • Avatar Irene on 5 Cara Membuat Duit Dengan Bermain Permainan Video: “Tidak dinafikan… Tapi kene lihat juga dari sudut peluang pekerjaan… Sebab ramai yg menjadikan game sebagai sumber pendapatan lagi² developer…”
  • Avatar Irene on 5 Cara Membuat Duit Dengan Bermain Permainan Video: “Boleh… Lagi² klau jadi pro gamer”

Terkini

  • Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?
  • Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak
  • 4 Halangan Mengusai Bahasa Arab
  • Wirid Selepas Solat Yang Boleh Anda Lazimi
  • Membebaskan Kesulitan Hutang
  • Cara Membuat Temujanji Klinik Kesihatan Secara Online
  • Cara Mendaftar E-Filing LHDN 2021
  • Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir

Terbaik Bulanan

  • Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?
  • Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan
  • Cara Mendaftar E-Filing LHDN 2021
  • Perlukah PdPR Online diteruskan ?
  • Cara Membuat Temujanji Klinik Kesihatan Secara Online

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz