Sedikit masa lagi, bakal keluar Samsung Galaxy Tab S3 dengan kebolehan pengunaan S-Pen. Menurut tarikhnya ia pada 26 febuari ini di Mobile World Congress. Pada tarikh tersebut ia dijangka memperkenalkan Samsung Galaxy Tab S3. Untuk pengetahuan, kemungkinan peranti ini akan boleh digunakan dengan S-Pen.
Samsung Galaxy Tab S3 |
Kebiasaanya setiap peranti akan disertakan dengan S-Pen seperti keluaran versi Samsung Note, tetapi peranti ini kemungkinan ia tidak dibekalkan. Sebaliknya pengguna perlu membeli secara berasingan S-Pen yang diingini. Yang dimaksudkan, peranti ini mempunyai kebolehan sokongan S-Pen untuk digunakan bersamanya.
Tablet ini dijangka akan menjadi pilihan yang diminati oleh mereka yang gemar menggunakan stylus termasuk mencatat, mengedit gambar menggunakan pen.
Spesifikasi Samsung Galaxy Tab S3
Oleh kerana ia masih belum dikeluarkan, spesifikasi peranti ini masih menjadi tanda tanya. Namun demikian, peranti ini boleh digambarkan dengan spesifikasi berikut :
- Saiz 9.6 inci
- Paparan 2048×1536 pixel
- Cip snapdragon 820
- Saiz memori 4GB RAM
- Android 7.0 Nougat