PDPR online bukan perkara asing kini, dunia kini termasuk Malaysia menghadapi masalah yang sama iaitu masalah covid 19. Oleh kerana perlukan penjarakan sosial sekolah mengalami kesan dengan pengubahsuaian sistem pembelajaran secara online PDPR.
Pada mulanya pelaksanaan PDPR online ni diterima baik oleh masyarakat namun pada ketika itu hanya kumpulan kecil sahaja yang menjalankan PdPR secara online. Bermula pada awal Januari tahun 2021 setelah dua bulan ianya berlaku banyak rungutan dan komen daripada ibubapa dan guru.
Menurut komen-komen di Facebook, ramai ibubapa yang terkesan dengan PDPR online ini, Hal ini kerana perlukan lebih masa untuk fokus pembelajaran anak di rumah. Selain daripada itu banyak isu seperti kekurangan kemudahan, kelajuan Internet dan juga kos Internet termasuk dengan kos peranti dalam menjalankan PDPR online ni.
Baru-baru ini pihak NUTP juga telah memohon supaya PDPR online ini ditangguhkan dan terbaru juga pihak CUEPACS memberi saranan supaya PDPR online ini juga ditangguhkan. Menurut sumber setiausaha Agung CUEPACS menyatakan kajian dan juga sebab yang kukuh untuk menyarankan penangguhan PDPR online ini. Menurut mereka, telah mendapat pendapat dari pelbagai pihak termasuk ibu bapa dan guru dalam kajian mereka tersebut.
Pihak CUEPACS menyarankan untuk menggunakan kaedah PDPR seperti tahun lepas kerana pelbagai faktor seperti capaian Internet gajet untuk pembelajaran serta keadaan yang tidak selesa
Menurut mereka, keadaan di kawasan pedalaman mempunyai masalah capaian Internet dan guru terpaksa mencari alternatif lain seperti terpaksa meredah kawasan hutan untuk memberi tugasan kepada murid. Menurut mereka juga dengan keadaan ekonomi sekarang ramai penjawat awam tidak mampu menyediakan gajet untuk anak-anak mereka yang mana harga gadget juga kini agak mahal oleh kerana permintaan yang tinggi pada ketika ini.
Masalah PDPR Online
Seperti yang sedia maklum, PDPR online ini mempunyai masalah-masalah tersendiri Yang pastinya apa yang berlaku kini adalah merupakan perkara baru dalam Norma baru Malaysia dan juga dunia.
Pelajar
Masalah gajet dan juga Internet.
Kebanyakannya mempunyai masalah keterbatasan kuota Internet dan juga kelajuan Internet mengikut kawasan
Ibu Bapa
Pihak ibu bapa pula mereka kekurangan masa kerana diwaktu siang hari ramai yang bekerja untuk mencari rezeki dan jika tidak bekerja sekalipun mereka memerlukan lebih masa untuk mengawal anak-anak mereka yang kecil terutama yang berada di sekolah rendah.
Selain daripada itu juga penggunaan WhatsApp atau telegram ibubapa menyebabkan kebanjiran maklumat dan informasi,ini belum dikira lagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak lebih daripada dua orang yang terpaksa menguruskan kesemua informasi yang sampai.
Guru
Bagi pihak guru pula tidak semua guru mempunyai kemahiran teknologi terkini dan ada juga guru yang telah lama berkhidmat dan tidak biasa dengan penggunaan teknologi. Selain itu juga tidak ada seorangpun guru di Malaysia ini dilatih untuk pembelajaran dan pengajaran secara online.
Guru kini terpaksa belajar macam mana untuk menggunakan teknologi dan meningkatkan akses pelajar mereka, Selain daripada itu juga kehadiran pelajar sukar dikawal kerana pelajar di rumah boleh membuat keputusan sendiri untuk menyertai kelas ataupun sekadar hadir kelas tanpa memberikan perhatian kepada pengajaran.
Keadaan ini menyebabkan moral guru akan jatuh, semangat guru akan lemah apabila sambutan yang kurang menggalakkan dari pelajar dan juga masalah-masalah lain yang perlu diselesaikan dahulu sebelum membuat pengajaran.
Moral guru akan jatuh, semangat guru akan lemah apabila sambutan yang kurang menggalakkan dari pelajar
Kesimpulannya, semua pihak seharusnya memahami keadaan yang berlaku sekarang tidak kira dari pihak pentadbir sekolah pihak sekolah ataupun ibu bapa serta pelajar. Dengan keadaan kekurangan yang ada sekarang pihak sekolah juga tidak perlu memberikan tekanan yang melampau terutama kepada ibu bapa berkenaan dengan kehadiran ataupun proses penghantaran kerja rumah
Sesuatu interversi perlu dilakukan untuk memberikan kemudahan kepada semua pihak dan mungkin satu hari nanti kesemua pihak akan mula terbiasa dengannorma baru ini dan langkah yang lebih baik dapat dirangka.
Lama dah tak menulis.. Kali ni dah semangat balik utk menulis..tq admin
Bagus…
Sentiasa semangat menyebarkan kebaikan dan manfaat kepada orang ramai.
Sama2.. inilah yg dpt sy bantu setakat ni..semoga dapat manfaat berkongsi yg baik2 dan juga mendapat sedikit saguhati..
Biar sy buka topik.. Sokong ke tak sokong PDPR online kat rumah ditunda? pendapat sy perlu tunda..sbb kdg2 keliru dgn banyak perkara..susah menjadi org tengah.. nk kurang terlibat pun tetap kena terlibat sbb ibu bapa kna sediakan kemudahan..anak plk depan mata..xkan nak biarkan je anak tak fokus dan buat benda lain..selain tu kat rumah mmg anak sekolah rendah pantang dapat tab…ada guru tak selesa ibu bapa terlibat masa sesi belajar..masalahnya kat rumah mmg ibu bapa yg kena awasi kanak2 ni..di tab ada segalanya..kejap nanti buka Youtube la..buka game la..uninstall pun dia pandai install sendiri..huhu
Jika PDPR ditunda,adakah saluran lain yang boleh diketengahkan?
Tidak dinafikan Gen Alpha sekarang memang mahir selok belok gadget.Namun ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi mengawasi mereka.
Tanamkan kesedaran dan kefahaman yang sebaiknya tentang penggunaan gadget dan kepentingannya.
Sy pun ada dengar keluhan ramai ibu bapa.. tapi jika ditangguh mmg kna ada satu altenatif spy anak2 xketinggalan..kita serahkan pd yg pakar atau jika idea boleh terus email pd pihak berwajib.
Betul…
Idea yang baik boleh diusulkan sebagai penambahbaikan bagi kedua-dua pihak.
Menarik pengkongsian tentang PDPR.Tidak dinafikan proses awal perjalanan ini mempunyai cabarannya yang tersendiri.Bahkan semua lapisan masyarakat merasainya.
Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan dan melancarkan proses P&P di rumah.
perkongsian yang menarik.. pdpr sangat terkesan kepada pelajar dan keluarga yang tidak ada akses internet dan peralatan-peralatan, juga akses ke ebook juga untuk tujuan tesis dsb juga terhad
Mungkin pihak berwajib boleh perkasakan lagi agihan bantuan yang dapat memudahkan lagi proses P&P
Pdpr ni okay tapi ramai keluhan dari ibu bapa yang mempunyai anak² di peringkat sekolah rendah kerana kebanyakan murid tidak faham dan jelas dengan arahan yang diberikan oleh guru secara online
Betul tu..sy ada anak sekolah rendah.. sy ada depan anak masa belajar..itu pun masih ketinggalan..kdg2 kerja sekolah diberi kat wasap..kdg diberi masa belajar.. anak kadang terleka tak catat..atau sy tak terbaca wasap banyak2..last2 ketinggalan..
Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan.
Risau juga kalau pelajar x dpt pendedahan sewajarnya.
KPM dah umum sekolah buka..
Alhamdulillah. Tapi perlu SOP yg ketat terutama anak kecil. Dari aspek pembelajaran bagus bersemuka. Tapi dr aspek kesihatan merisaukan jg. Tapi tawakal je la.
Betul tu…
Yang penting jangan lupa…
Adab sebelum bertawakal adalah berusaha.Bila kita dh jaga SOP sebaik mungkin,maka tawakkallah kepadaNya.
insya-Allah,semoga ada sinar untuk Malaysia kembali pulih
Alhamdulillah…
Semoga proses P&P berjalan dengan lebih baik dan lancar