Penyata gaji pencen penjawat awam kadang kala menjadi persoalan yang timbul dalam kalangan rakyat Malaysia? Adakah anda merupakan pesara yang berpencen dari sektor awam? Sebenarnya penyata gaji pencen penjawat awam boleh disemak secara atas talian atau online.
Disini, kami ingin berkongsi panduan berkaitan semakan penyata gaji pencen penjawat awam yang boleh dilakukan secara atas talian.
Portal Rasmi Bahagian Pasca Parkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan sebuah portal rasmi kerajaan yang diwujudkan khas untuk semua penjawat awam kerajaan, pesara dan orang awam.
Salah satu fungsi Portal rasmi JPA adalah pesara kerajaan Malaysia boleh membuat semakan penyata gaji pencen penjawat awam secara online menerusi aplikasi Cetakan Penyata Pencen.
Cara Menyemak Penyata Gaji Pencen Penjawat Awam Secara Atas Talian
Terdapat cara bagaimana menyemak Penyata Gaji Pencen Penjawat Awam, Bemula 1 November 2015, kerajaan telah melantik Kumpulan Wang Pesaraan (KWAP) sebagi ejen bagi pihak kerajaan bagi untuk menguruskan hal-hal dokumentasi fail persaraan, pengiraan faedah, bayaran faedah persaraan dan perkhidmatan pelanggan.
Walau bagaimanapun, dasar persaraan serta kelulusan faedah persaraan masih diuruskan oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.
Cara membuat semakan:
- Pertama sekali anda perlu layari Portal Rasmi Pasca Perkhidmatan JPA
- Klik ‘Cetakan Penyata Pencen’ di bahagian aplikasi
- Isikan Nombor Kad Pengenalan tanpa (-)
- Isikan Nombor Akaun Pencen anda dan pilih tahun
- Klik ‘I’m not a robot’
- Klik ‘Hantar’
- Maklumat penyata pencen anda akan dipaparkan.
Perkhidmatan lain yang di sedikan di aplikasi online ini adalah:
- Pemakluman Pembayaran Faedah Persaraan
- Semakan Status Permohonan Persaraan
- Bantuan Mengurus Jenazah
- Semakan Persaraan Pilihan
- Semakan Pemberian Taraf Berpencen
- Semakan Kelulusan Faedah Bersaraan
- Semakan Pindaan Potongan
- Cetakan Surat Kelulusan Skim A Berwakil
Skim pencen di Malaysia juga memberikan faedah pencen kepada tanggungan pesara yang meninggal dunia ketika masih dalam perkhidmatan Kerajaan atau selepas bersara. Manfaat ini dikenali sebagai Derivative Gratuity dan Derivative Pension.
Jenis Manfaat Pencen
Pegawai berpencen yang bersara atau diminta untuk bersara dari perkhidmatan Kerajaan layak mendapat faedah pencen berikut:
- Pencen Perkhidmatan (pembayaran bulanan)
- Ganjaran Perkhidmatan (pembayaran sekaligus)
- Anugerah Tunai sebagai pengganti Cuti, jika berlaku (pembayaran sekaligus)
Perkara Yang Perlu Di Ambil Maklum oleh Penerima Pencen
Sekiranya pesara mempunyai masalah seperti berikut, anda perlulah memaklumkan Bahagian Pencen JPA dengan segera:
- Pertukaran alamat
- Perubahan status perkahwinan seperti bercerai, kematian suami atau isteri atau anda berkahwin semula
- Sekiranya pesara pencen meninggal dunia, wakil sila kemukakan dengan segera borang BP.SPT.B01d (Borang Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Persaraan)
- Jika pesara ingin ke luar negara melebihi 3 bulan tidak perlu lagi memohon pengecualian syarat bermastautin di Malaysia
- Pesara dinasihatkan agar menghubungi Jabatan Perkhidmatan Awam untuk memastikan sebagai perubahan gaji akhir akibat dari pergerakan daji atau kenaikan pangkat hendaklah segera dimaklumkan kepada Bahagian Pencen JPA dengan mengemukakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini agar tindakan penghitungan semula faedah persaraan boleh dilakukan.
Maklumat dan dokumen yang lengkap mengenai pelbagai masalah boleh merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam di:
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 5, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.
ATAU
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan),
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 2, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor.
BUTIRAN LANJUT:
Telefon : 03-8887 8777
Fax : 03-8887 8770