ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Agama
Menyingkap Amalan Puasa Sunat Hari Putih

Menyingkap Amalan Puasa Sunat Hari Putih

Jundullah98 January 26, 2022 No Comments
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 308shares

Pernahkah anda mendengar tentang Puasa Sunat Hari Putih? Apakah sejarah sehingga tersyariatnya Puasa Sunat Hari Putih? Bagaimana pula kaifiat untuk melaksanakan Puasa Sunat Hari Putih ini? Ikuti kupasan di bawah untuk memahami dengan lebih lanjut tentang Puasa Sunat Hari Putih.

 

Firman Allah SWT :

فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا

Terjemahannya :

“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.

[Surat Maryam 26]

 

Sabda Rasulullah SAW :

“Puasa itu adalah perisai. Maka, apabila seseorang sedang berpuasa, maka janganlah ia berkata kotor pada hari itu dan jangan pula bertengkar. Apabila ia dimaki oleh orang lain dan diajak berkelahi, hendaklah ia berkata” : “aku sedang berpuasa” .

(HR. Bukhari dan Muslim).

 

SYARAHAN RINGKAS

 

Ayat al-Quran di atas merupakan kisah Saidatina Maryam yang bernazar untuk berpuasa. Namun, puasa yang dimaksudkan adalah tidak bercakap.

 

Syeikh Ali as-Sobuni mensyarahkan dalam tafsirnya :

 

Saidatina Maryam diperintahkan oleh Allah SWT untuk makan dan minum. Kemudian dia diminta supaya mengekalkan kesihatan diri dan kandungannya serta jangan bersedih. Lantas Saidatina Maryam juga turut diperintahkan untuk diam sekiranya beliau ditanya tentang kandungannya.

 

Hadis di atas pula merupakan perumpaan kepada puasa iaitu perisai, iaitu perisai daripada api neraka. Perumpaan ini senada dengan motif pensyariatan puasa iaitu takwa.

Info Tambahan :  Senarai 15 Inisiatif & Bantuan untuk Rakyat Sarawak dalam BKSS 6.0

 

Kemudian baginda SAW meneruskan sabdanya dengan larangan kepada orang yang berpuasa agar, memelihara lisan mereka daripada menuturkan kata-kata kesat. Sekiranya dimaki atau diajak berkelahi,maka katakanlah : “Aku sedang berpuasa“. Dengan harapan, kalam ini bakal mengendurkan sedikit kemarahan yang membara.

 

PENGENALAN

 

Ibadah puasa adalah sebuah anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hambaNya. Dari sudut kesihatan, berpuasa mampu membuang toksin-toksin yang ada di dalam badan manusia. Kesannya, tubuh badan dapat mengekalkan momentum dan kesihatannya secara semula jadi.

 

Selain puasa wajib  yang disyariatkan selama sebulan pada bulan Ramadan, umat Islam juga dianjurkan untuk menunaikan puasa-puasa sunat. Insya-Allah pada tulisan ini, kita bakal menyingkap secara ringkas salah satu daripada puasa sunat ini iaitu ‘Puasa Sunat Hari-hari Putih’.

 

1.DEFINISI PUASA AYYAMUL BIYD

 

Ayyam adalah lafaz jamak atau banyak iaitu tiga atau lebih, Ianya bererti tiga hari. Manakala biyd pula bererti warna putih. Maka puasa Ayyamul Biyd adalah puasa hari-hari putih iaitu selama tiga hari berturut-turut.

 

Dinamakan Ayyamul Biyd kerana pada hari-hari ini, terjadinya bulan purnama dengan sinar putih iaitu pada 13,14 dan 15 setiap hari bulan hijrah. Fenomena Ini amat berkait rapat dengan Syuhur Qomariah, yang menjadikan Bulan sebagai metode pengiraan bulan-bulan dalam setahun.

 

Bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud :

 

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: “(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji…”

(Surah al-Baqarah ayat : 189 )

 

2..SEJARAH PENSYARIATAN

 

kitab ‘Umdatul Qari`Syarhu Shahihil Bukhari memjelaskan asal usul ayyamul biyd terkait dengan kisah Nabi Adam AS ketika diturunkan ke bumi.

Info Tambahan :  IC Hilang? Cara Penggantian IC Hilang Online

 

Riwayat Ibnu Abbas mengatakan, ketika Nabi Adam AS diturunkan ke muka bumi, seluruh tubuhnya terbakar oleh matahari sehingga menjadi gelap. Kemudian Allah  mewahyukan kepadanya untuk berpuasa selama tiga hari iaitu pada 13, 14 dan 15. hari bulan

 

Ketika berpuasa pada hari pertama, sepertiga badannya menjadi cerah. Puasa hari kedua, sepertiganya lagi menjadi cerah. Puasa hari ketiga, sepertiga sisanya menjadi cerah.

 

Pendapat lain menyatakan bahwa dinamai ayyamul biyd karena malam-malam tersebut terang benderang disinari bulan purnama, dan bulan selalu menyinari bumi sejak matahari terbenam sampai terbit kembali. Fenomena ini, menjadikan malam dan siang seluruhnya menjadi terang.

(Rujuk Badruddin Al-‘Aini Al-Hanafi, ‘Umdatul Qari` Syarhu Shahihil Bukhari, juz XVII, halaman 80).

 

Rasulullah SAW menganjurkan berpuasa pada hari-hari putih melalui nasihatnya kepada Abu Dzar Al-Ghiffari.

 

“Ya Abu Dzar apabila engkau hendak berpuasa sunah pada setiap bulannya. Maka lakukanlah puasa pada tanggal 13, 14 dan 15”.

(Hadis Riwayat Tirmizi)

 

3.KAIFIAT PUASA PUTIH

 

 i.Lafaz niat :

 

نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى

nawaitu souma ayyamul biyd sunnatan lillah hi taala

 

Terjemahannya :

“Saya niat puasa pada hari-hari putih , sunnah karena Allah ta’ala.”

 

Niat ini boleh dihadirkan walaupun selepas subuh asalkan tidak makan,minum atau melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa yang lain. Waktu niat berbeza dengan puasa-puasa wajib yang lain seperti puasa Ramadan,puasa ganti atau puasa nazar yang perlu diniatkan sebelum fajar menyinsing.

 

ii.Syarat-syarat Melaksanakan Puasa Putih

 

Mendapat Keizinan Suami

Seorang isteri tidak boleh menunaikannya jika suami ada bersama,kecuali setelah mendapat keizinan suaminya.Seperti yang disabdakan oleh baginda Nabi SAW :

“Janganlah seorang wanita berpuasa sunnah sedang suaminya ada, kecuali dengan keizinannya.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Info Tambahan :  5 Petua Bangun Pada Awal Pagi

 

Justeru,memenuhi kehendak suami lebih utama dan lebih besar ganjarannya.

 

Tidak Bermusafir

Puasa putih tidak digalakkan sekiranya bermusafir sebagai mana yang dilakukan oleh baginda Nabi SAW :

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada ayyamul biidh ketika tidak bepergian maupun ketika bersafar”.

(Hadis Riwayat Nasai).

 

Bukan Pada Hari Tasyrik

Tanggal 11,12 dan 13 Zulhijjah merupakan hari tasyrik. Pada tanggal ini,umat islam diharamkan untuk melaksanakan puasa sunat.

 

4..GANJARAN PUASA PUTIH

Ganjaran puasa putih pahalanya umapama berpuasa setahun penuh. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abdullah ibn Amr ibn ‘Ash, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepadanya.

“Berpuasalah setiap bulannya tiga hari. Karena sesungguhnya kebaikan pada hari itu dihitung dengan 10 kelipatannya, yang nilainya sama seperti berpuasa sepanjang tahun”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

PENUTUP

Fungsi amalan-amalan sunat adalah pelengkap kepada amalan-amalan fardu. Bahkan melazimi puasa-puasa sunat, bakal menambahbaik kualiti puasa fardu yang ditunaikan. Oleh itu, janganlah lokek untuk memperbanyakkan amalan sunat.

Semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat selain menjadi bekalan untuk hari perhitungan.

 

Wallahualam.

 

Rujukan.

  1. Sofhahtut Tafassir : Syeikh Ali as-Sobuni
  2. Umdatul Qari`Syarhu Shahihil Bukhari
  3. Badruddin Al-‘Aini Al-Hanafi, ‘Umdatul Qari` Syarhu S
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 308shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Jundullah98

Related Articles

Permohonan Geran Khas Prihatin 2021 Dibuka!
Facebook Twitter Pinterestshare Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan …

Permohonan Geran Khas Prihatin 2021 Dibuka!

Facebook Twitter Pinterestshare Waktu mengandung adalah waktu yang paling mencabar …

Kelebihan Membaca Al-Quran Ketika Mengandung

Skim Perantisan Nasional (SPN)
Facebook Twitter Pinterestshare Skim Perantisan Nasional (SPN) adalah program yang …

Program Skim Perantisan Nasional (SPN) Golongan Belia 2021

5 Ganjaran Puasa Pada Bulan Rejab
Twitter Facebook Pinterest154shares Pernahkah anda mendengar tentang Niat Puasa Qada …

3 Perkara Tentang Niat Puasa Qada dan Puasa Sunat

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Sama2, terima kasih yea kerana sudi membaca”
  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Boleh tekan link untuk download pdf Mutabaah Amal https://xtrousnotes.files.wordpress.com/2012/07/mutabaah-amal-bulan-ramadhan.pdf”
  • iAwani on Bantuan Keluarga Malaysia: Semak Status & Tarikh Bayaran 2022: “Wah! Excited juga baca pasal Bantuan Keluarga Malaysia ni. Semoga urusan dipermudahkan.. Amiinn”
  • Move on on Punca Berlakunya Tekanan Dalam Kehidupan Berumahtangga: “Besar betul tanggungjawab lepas kahwin ni yea.”
  • Move on on 5 Langkah Menghafal Al-Quran Yang Boleh Dipraktikkan: “Nice sharing, thank U dear”
  • Move on on Rebat Pengangkutan Grab Selangor ke Pusat Vaksinasi: “Alhamdulillah ringan skit beban rakyat”
  • Move on on Permohonan MARA S3P Untuk Perniagaan Mikro: “Moga ada sinar untuk para usahawan”
  • Move on on Nikmati Potongan Saman 50% Mulai 18 Jun 2021: “Oklah dah ada potongan harga … Banyak lak tu, so bayarlah awal yea”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz