عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ
Daripada Anas RA mengatakan, Rasulullah SAW bersabda: “‘Tolonglah saudaramu baik ia berbuat zalim atau dizalimi.” Ada seorang laki-laki bertanya; ‘ya Rasulullah, saya maklum jika ia dizalimi, namun bagaimana saya menolong saudara yang melakukan kezaliman? ‘ Nabi menjawab; “engkau mencegahnya atau menahannya dari kezaliman, itulah cara menolongnya.”
(HR Bukhari No: 6438) Status: Hadis Sahih
Hadis diatas memberi gambaran kepada kita untuk tetap membantu saudara-saudara kita yang telah dizalimi dan saudara-saudara kita yang telah melakukan kezaliman.
Nabi muhammad SAW memberi penekanan kepada kita, untuk sentiasa menjaga persaudaraan walau dalam keadaan apa cara sekalipun.
Falsafah persaudaraan menghendaki agar seseorang saudara itu harus ditolong, sama ada dia itu orang yang menganiaya atau orang yang dianiaya.
Membantu Saudara Seislam Yang Dizalimi
Seseorang muslim wajib membantu dan menyelamatkan saudara seaqidahnya yang berada dalam kesusahan tanpa “memilih bulu”.Sikap “memilih bulu” dalam membantu seseorang yang berada dalam kesusahan adalah salah satu sifat yang tercela.
Begitu juga jika seseorang yang telah menjadi saudara kita sedang berada dalam kesulitan atau dalam keadaan apa pun,dia berhak untuk mendapatkan pertolongan dari kita.Sama ada dia berada pada pihak yang bersalah atau pada pihak yang teraniaya,keduanya itu tidak akan mempengaruhi haknya untuk menerima pertolongan dari kita.
Kita juga tidak dibenarkan untuk berbuat aniaya terhadap seseorang meskipun dia itu bukan saudara kita, demikian juga kita tidak diperbolehkan untuk membantu atau bersekutu dengan seseorang yang berada dalam kemungkaran meskipun dia itu saudara kita.
Membantu Saudara Islam Yang Menzalimi
Sikap bertoleransi dan saling bekerjasama dalam perkara kezaliman dan kebathilan akan menatijahkan kerosakan yang menghancurkan.
Saudara kita itu perlu diberikan pertolongan sama ada baik atau buruk,suci atau jahat, menzalimi atau dizalimi, dia masih tetap saudara kita,dan tidak boleh sama sekali untuk kita memutuskan tali persaudaran dengan dia.
Allah SWT tidak mengizinkan kita untuk melakukan perbuatan aniaya,dan memerintahkan kepada kita supaya berlaku adil walaupun terhadap musuh kita sendiri.Oleh kerana itu dua perkara ini harus diberikan pertolongan,tetapi apabila saudara kita itu zalim, maka sifat dan cara menolongnya harus kita ubah dan sesuaikan dengan keadaan pada waktu itu.
Jika orang itu telah dianiaya, kita harus ikut serta kepadanya untuk menghadapi orang yang berbuat zalim itu.jika dia sendiri pula seorang yang zalim,maka kita harus mendekatinya,kemudian dengan sekuat tenaga mencegah dan menghalangi tangannya dari berbuat zalim.
Saudara kita yang dizalimi berhak untuk menerima pertolongan dari kita, kezaliman harus dilawan, dan jika kezaliman itu dilakukan oleh saudara kita sendiri,kita perlu mendekatinya, kemudian dengan sekuat tenaga mencegah dirinya dari bersikap zalim untuk berhenti,supaya persaudaraan tetap terpelihara dan kezaliman dapat dilenyapkan.
Bersikap Perkauman Dalam Kebenaran
Sikap mempertahankan seseorang yang terbukti salah adalah zalim dan dilarang sama sekali dalam Islam.Islam melarang sebarang bentuk perkauman yang menindas kaum atau etnik yang lain.
Kita membutakan mata kita terhadap kebenaran hanya disebabkan kita ingin menyokong individu daripada kaum yang sama.Amalan dan sikap perkauman seperti ini sememangnya salah.
Kebenaran atau perkara yang haq mengatasi warna kulit dan bangsa seseorang.Namun, jika kita membantu kaum kita tanpa menindas individu daripada kaum lain, ia dibenarkan dalam Islam.
Sebagai contoh, kita menyokong perniagaan orang-orang Islam dengan niat mengukuhkan pegangan ekonomi sehingga akhirnya memberikan kebaikan kepada orang Islam itu sendiri.
Sikap seperti ini tidak menzalimi mana-mana pihak dan ia juga memberikan manfaat kepada orang-orang Islam.Selagi mana sifat perkauman itu tidak melanggar etika dalam menegakkan kebenaran, maka ia bukanlah satu masalah.
Sikap perkauman yang membuta tuli sehingga menolak kebenaran dan membela kezaliman adalah sikap perkauman yang dilarang dalam Islam.Sikap yang sedemikian telah menzalimi hak orang lain sehingga menatijahkan kesan yang buruk terhadap individu yang teraniaya.
Kesimpulannya,Islam sangat menentang sebarang bentuk jenis kezaliman sama ada ia datang daripada diri sendiri atau terhadap orang lain.Islam juga sangat adil dalam merungkaikan satu-satu permasalahan.
Pertahankanlah kebenaran walau dalam apa jua keadaan sekalipun.Janganlah kita bersifat perkauman dalam membela kebenaran.
Kebenaran itu tidaklah sukar untuk kita fahami.Ia adalah fitrah yang sesuai mengikut naluri manusia.Namun mengapa manusia sukar untuk mengikuti?Kerana manusia lebih suka mengabdikan diri kepada kepentingan diri sendiri,lalu mengabaikan prinsip kebenaran yang serba pahit.
Rujukan :
1.https://udakwah.com/asabiyah-dalam-islam/
2.https://www.ahmaditalk.com/hadits-tolonglah-saudaramu-yang-zalim-bukan-saja-yang-dizalimi/
3.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1677446502286119&id=100000623571778
Ustaz Abdul Muizz
Wah, baru tahulah orang zalim pon kita boleh bantu yea.
Terima kasih penulis
Benar itu sahabat,berikanlah teguran, kemudian, perbaikilah, kemudian, bimbinglah dia ke jalan yang benar.Moga² kita sama² dipandu oleh hidayah-Nya.
Menusuk kalbu sekali
Alhamdulillah…moga² kita sama² perbaiki diri kearah yang lebih baik.Aminn ya rabb
” Adakah kita dikira berdosa jika kita hanya tengok ja kezaliman yang berlaku
Iya, kita dikira berdosa jika kita hanya melihat kezaliman yang berlaku tanpa mengambil apa² tindakan untuk membantunya.
” Adakah kita dikira berdosa jika kita hanya tengok ja kezaliman yang berlaku di depan kita tapi kita tak tolong?”
Tetap dikira berdosa jika tiada usaha dari kita untuk mendorongnya supaya tidak lagi melakukan kezaliman terhadap orang lain,seperti memberi teguran, menghentikan kezalimannya dengan kekuatan kita jika mampu, cara ini adalah sebaik² jalan untuk membantunya menghentikan kezaliman.
Aiman mint masuk dlm page ni dan komen ” Adakah kita dikira berdosa jika kita hanya tengok ja kezaliman yang berlaku di depan kita tapi kita tak tolong?”
Saya dah komen untuk dua komen diatas ya,inshaa Allah.
Nak tanya … Ada tak cara nak tegur mereka yang bersikap zalim ni ye?
Ada inshaa Allah, antaranya kita berikan teguran dan nasihat dengan bahasa yang baik, perbetulkan kesilapannya dan bimbingnya supaya dia tidak melakukan kezaliman yang sama secara berulang².tunjukkanlah akhlak yang baik ketika mana kita ingin menegur seseorang yang melakukan kesilapan, moga Allah terima Amal kita.
Seelok-eloknya kita bantulah kedua-duannya, sama ada yang menzalimi atau yang sedang dizalimi.kerana pada mereka ada hak kita untuk membantu mereka.Inshaa Allah.