ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Agama
Meminang Dalam Islam

Meminang Dalam Islam

Zul Raihan May 23, 2021 8 Comments
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares

Apabila seseorang lelaki benar-benar yakin dengan sifat-sifat baik pada diri seorang perempuan dan dia juga telah tertarik hati setelah melihatnya,maka tibalah saat untuk meminang perempuan tersebut.Meminang bererti menyatakan keinginan seseorang untuk berkahwin dengan seorang perempuan.

Istilah Syara’

Mengikut istilah syara’,maksud peminangan ialah seseorang lelaki menzahirkan minatnya untuk berkahwin terhadap seorang wanita yang tiada halangan syara’ untuk dikahwini sama ada terhadap dirinya sendiri atau melalui wali-walinya.Syara’ mengizinkan peminangan berdasarkan nas al-quran,al-sunnah,ijma’ dan uruf.

Bilakah Masa Yang Dibolehkan Dan Diharamkan Meminang?

• Peminangan boleh dilakukan secara terus terang ataupun,secara kiasan apabila mendapati seorang perempuan yang bakal dipinang itu tidak bersuami atau tidak berada dalam iddah.Perempuan itu juga bukanlah terdiri daripada perempuan yang haram dikahwini seperti yang dijelaskan sebelum ini.

• Apabila perempuan itu masih dalam iddah sama ada kerana bercerai mati ataupun ba’in,peminangan hendaklah dilakukan secara kiasan sahaja.


Hal ini berdasarkan firman Allah SWT :

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِۦ مِنْ خِطْبَةِ ٱلنِّسَآءِ أَوْ أَكْنَنتُمْ فِىٓ أَنفُسِكُمْ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَٰكِن لَّا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلَّآ أَن تَقُولُوا۟ قَوْلًا مَّعْرُوفًا وَلَا تَعْزِمُوا۟ عُقْدَةَ ٱلنِّكَاحِ حَتَّىٰ يَبْلُغَ ٱلْكِتَٰبُ أَجَلَهُۥ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ فَٱحْذَرُوهُ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ ﴿٢٣٥﴾

Maksudnya : “Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang makruf. Dan janganlah kamu berazam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis iddahnya. Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.”

(Surah al-Baqarah :235)

Dalam nizam al-Usrah menyebut :

Info Tambahan :  Hikmah Keharusan Poligami Dalam Islam

Antara hikmah tidak dibolehkan berterus terang meminang wanita dalam iddah kematian suaminya supaya memelihara perasaan sedihnya atas kematian suaminya.

Adapun bagi yang beriddah dengan sebab perceraian supaya tidak berlaku tohmahan yang mana si lelaki tersebut telah mengadakan pakatan.

• Haram meminang sama ada secara kiasan atau berterus terang kepada perempuan-perempuan selain dari yang dinyatakan tadi.

Haram meminang perempuan yang masih dalam kekuasaan suaminya.Haram juga meminang perempuan yang haram dikahwini sama ada pengharaman itu bersifat kekal atau sementara.

Begitu juga haram meminang perempuan yang dalam iddah raj’ie,sama ada pinangan itu secara kiasan ataupun berterus terang kerana perempuan tersebut masih isteri orang.Hal ini disebabkan suami perempuan tersebut masih boleh rujuk kepada isteri yang diceraikannya.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT :

وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِى ذَٰلِكَ إِنْ أَرَادُوٓا۟ إِصْلَٰحًا

Maksudnya :”Dan suami-suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti itu,jika mereka (para suami)menghendaki islah (rujuk).”

(Surah al-Baqarah :228)

Maksud Peminangan Secara Terus Terang

Lafaz yang digunakan secara pasti bagi menunjukkan keinginan untuk berkahwin.Contohnya:”Aku ingin mengahwinimu” atau “apabila kamu habis iddah,aku akan mengahwinimu.”

Maksud Peminangan Secara Kiasan

Lafaz yang digunakan tidak pasti menunjukkan keinginan lelaki itu untuk berkahwin ataupun tidak.Contohnya,seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan yang masih dalam iddah:”Engkau cantik” atau “Boleh jadi ramai yang tertarik kepada engkau” atau “Siapalah orang yang akan mendapat orang seperti awak” atau seumpamanya.

Pinangan Atas Pinangan

Meminang perempuan yang telah dipinang oleh seseorang yang diketahui pinangannya telah diterima adalah haram melainkan tunangan perempuan itu memberikan keizinan.Sekiranya pinangan itu belum diterima atau ditolak,tidaklah haram meminangnya.

Pengharaman ini tidak membatalkan aqad nikah tetapi perbuatan tersebut berdosa.Hal ini berdasarkan hadith :

Daripada Ibn Umar RA,Rasulullah SAW bersabda :

لاَ يُخْطُبُ الرَّجُلُ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيْهِ حَتَى يَتْرُكَ الخَاطِبُ قَبْلَهُ،أَوْ يَأْذَنَ لَهُ الخَاطِبُ

Maksudnya : “Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudara seagama yang meminangnya,sebelum itu membatalkan pertunangan tersebut atau saudara seagamanya itu sendiri membenarkan dia meminangnya.”

Riwayat al-bukhari (4848) dan Muslim (1412)

Hikmah Peminangan

Antara hikmah peminangan dilakukan ialah :

Info Tambahan :  Ibrah Kisah Nabi Yusuf : Mendepani Fitnah Kaum Hawa

• Memudahkan urusan perkenalan antara lelaki dan bakal isterinya.

• Menyuburkan ruh kasih sayang antara kedua pasangan.

• Mentahqiqkan tenang dan harapan bagi kedua-dua pasangan.

Kesimpulannya,peminangan yang ingin dilakukan perlulah mengikut garis panduan serta adab-adab yang telah disarankan oleh Islam.peminangan yang berteraskan Islam sebagai keutamaan akan melahirkan kebahagian kepada individu muslim.

Kebahagian yang ingin dikecapi oleh manusia yang terbit dari hati nurani tidak dapat diluahkan jika hidup secara bersendirian tetapi harus dikongsi bersama pasangan masing-masing yang hak mengikut lunas-lunas peraturan tertentu.

RUJUKAN :

AL FIQH AL-MANHAJI
KEKELUARGAAN ISLAM DALAM FIQH AL SYAFI’I

DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Zul Raihan

Related Articles

cara bayar zakat online
Twitter Facebook Pinterest154shares Sebagai salah satu rukun Islam, zakat adalah …

Cara Membayar Zakat Secara Online

Twitter Facebook Pinterest924shares   Bunian merupakan salah satu makhluk Allah …

Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak

Facebook Twitter Pinterestshare Doa adalah satu perkara yang mesti menjadi …

Doa Belajar Untuk Peperiksaan

Facebook Twitter Pinterestshare Dalam kita bergerak melaksanakan gerak kerja Islam …

Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
8 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Jundullah98
Subscriber ( SB ) IV
Ahli Baru
Jundullah98
1 year ago

Boleh cerita x kenapa Islam larang hebahkan pertunangan yea?

1
Reply
Zul Raihan
Author
Subscriber ( SB ) III
Ahli Baru
Zul Raihan
1 year ago
Reply to  Jundullah98

Secara umumnya, Islam tidak melarang untuk kita menghebahkannya, cuma tidak digalakan.tiada masalah untuk seseorang itu menghebahkan pertunangannya.

Namun janganlah berlebih-lebihan
dalam menghebahkannya serta menyambutnya seolah-olah seperti berlangsungnya majlis perkahwinan kerana pertunangan itu adalah perjanjian menuju perkahwinan dan boleh sahaja sesuatu pertunangan itu dibatalkan.

1
Reply
Zul Raihan
Author
Subscriber ( SB ) III
Ahli Baru
Zul Raihan
1 year ago
Reply to  Zul Raihan

bersederhana dalam pertunangan itu adalah lebih dituntut dan sangat baik untuk merahsiakan pertunangannya untuk mengelakkan dari berlakunya hasad dengki dan sebagainya selagi mana tidak timbulnya fitnah.

1
Reply
Zul Raihan
Author
Subscriber ( SB ) III
Ahli Baru
Zul Raihan
1 year ago
Reply to  Zul Raihan

hadis daripada Ummu Salamah R.Anha yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:

أظهروا النكاح، وأخفوا الخطبة

Maksudnya: Zahirkan (iklankan) pernikahan dan sembunyikan pertunangan.

Riwayat al-Imam al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus (1/1/27)

1
Reply
Jundullah98
Subscriber ( SB ) IV
Ahli Baru
Jundullah98
1 year ago
Reply to  Zul Raihan

Alhamdulillah…
Terima kasih penulis atas syarahan nya.

Semoga Allah SWT mengurniakan kita pasangan hidup yang Solehah.

1
Reply
Zul Raihan
Author
Subscriber ( SB ) III
Ahli Baru
Zul Raihan
1 year ago
Reply to  Jundullah98

Sama².inshaa Allah, moga² kita dikurniakan isteri yang solehah, amin ya rabb

1
Reply
Tiadanoktah
Guest
Tiadanoktah
1 year ago

Alhamdulillah jelas dah persoalan selama ni 😁 Tapi saya ada satu soalan… Manakah lebih baik, sama ada meminang bakal pengantinnya atau melalui walinya ?

2
Reply
Zul Raihan
Author
Subscriber ( SB ) III
Ahli Baru
Zul Raihan
1 year ago
Reply to  Tiadanoktah

Dua2 baik, tetapi, Seeloknya, pikatlah seseorang wanita itu melalui walinya, kerana kita bukan hanya sekadar berkahwin dengan anaknya, tetapi juga berkahwin dengan seluruh ahli keluarganya.

1
Reply

Komen Terkini

  • Wan Syaqila on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “rabi raza Btul weii lgipun apps dia tu lgi tersusun dari yg lain hehe.. aku pun mula mula tgk kat…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “lagipun apps dia tu senang nk guna.. mcm guna hiredly company yg aku cari x banyak sngt. course aku pun…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “bgi aku laa mmg best guna jobstreet.. aq pn tau psl tu dri tgk iklan ry dia la weii. lepstu…”
  • Hafiz Abd on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Yg penting mana yg senang and btul2 dpt kerja.. Tpi hritu guna jobstreet siap tgk sekali iklan dia hahahah. Best…”
  • Dinie Razak on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Ya.. Klu nk best mmg guna jobstreet. Apps dia mudah and aku dpt kerja sbb apps tu hihi. Lgi best…”
  • NatrahJamal on Platform #MyDigitalWorkforce: 5000 Peluang Pekerjaan Digital: “2022 ada ke”
  • Puteri Afiqah on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “aku suka guna jobstreet sbb senang gila. aku tau pakai jobstreet ni pun sebab iklan raya dia hehehe. kelakar and…”
  • rabi raza on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “jobstreet memang sng sngt nk guna. search satu perkataan pun beratus laa bleh jumpa kerja.. yg penting kena bnykkan buat…”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz