ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Agama
Malu Suatu Kebaikan

Malu Suatu Kebaikan

Zul Raihan February 22, 2021 1 Comment
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 308shares

Malu Suatu Kebaikan

حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي السَّوَّارِ الْعَدَوِيِّ قَالَ سَمِعْتُ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ لَا يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ

Maksudnya :Telah menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Qatadah dari Abu As Sawwar Al ‘Adawi dia berkata; saya mendengar ‘Imran bin Hushain berkata; Nabi SAW bersabda: “Malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan semata-mata.

(HR Bukhari No: 5652) Status: Hadis Sahih

Sifat Malu itu adalah fitrah yang telah wujud dalam diri setiap manusia secara semula jadi.Ianya berfungsi sebagai benteng diri daripada melakukan sesuatu yang tidak elok dan tercela menurut pandangan manusia.

Malu itu pada hakikatnya adalah suatu kebaikan.Sifat malu mengajak pemiliknya agar menghias diri dengan sifat yang mulia dan menjauhkan diri dari sifat-sifat yang tercela.

Malu menurut Islam ialah perasaan malu yang disandarkan kepada Allah.Dengan sifat malu tersebut,ianya mampu menghalang diri seseorang itu daripada melakukan sesuatu perbuatan yang tercela dan haram.

Malu Kepada Allah

Rasa malu yang paling tinggi kedudukannya,paling mulia akan keadaannya,dan yang paling utama untuk kita perhatikan adalah rasa malu kepada Allah SWT.

Rasa malu dari Allah SWT itu adalah akhlak yang mulia yang boleh diperolehi dengan tiga cara :

Pertama,melihat betapa banyak nikmat dan kurniaan Allah yang diberikan kepada kita.

Kedua,melihat betapa kurangnya kita memenuhi hak-Nya dan melaksanakan hal-hal yang diwajibkan-Nya kepada kita,baik melaksanakan perintah-Nya atau menjauhi larangan-Nya.

Ketiga,kita mengetahui dan berusaha memunculkan kesedaran bahawa Allah SWT melihat setiap keadaan dan gerak-geri kita di setiap saat dan dimanapun kita berada.Tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi dari-Nya.

Info Tambahan :  Menyingkap Amalan Puasa Sunat Hari Putih

Apabila perasaan ini telah terkumpul dalam hati sanubari seorang hamba,ia akan merasakan rasa malu yang begitu kuat kepada Allah SWT.Lalu dari sifat malu inilah muncul kebaikan-kebaikan lainnya.

Malu Kepada Manusia

Malu kepada manusia adalah antara perkara utama yang perlu dititik beratkan oleh kita.kerana dengan bersifat sedemikian kita dapat mengawal diri agar tidak melakukan perkara-perkara yang menyalahi syariat.

Malu juga adalah antara salah satu sifat atau perasaan yang mampu membentengi diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak elok atau yang tidak sopan.

Umumnya,Islam memerintahkan umatnya agar dapat memiliki sifat malu kerana ianya dapat meningkatkan akhlak seseorang menjadi lebih tinggi dan berkualiti.

Orang yang tidak memiliki sifat malu, akhlaknya akan menjadi rendah dan tidak akan mampu mengawal hawa nafsunya dengan baik.

Sifat malu perlu ditampilkan dalam semua aktiviti kehidupan.Melaluinya kita dapat menahan diri dari melakukan perbuatan yang tercela,lagi hina dan keji.

Apabila hilang rasa malunya, secara bertahap perilakunya akan menjadi buruk,kemudian menurun kepada yang lebih buruk, dan seterusnya meluncur laju ke bawah dari yang hina kepada yang lebih hina sampailah ke tahap yang paling rendah.

Platform Sosial Bebas, Menghakis Sifat Malu Dan Maruah diri

Kebanyakan Platform seperti ini adalah salah satu medium menggalak pelacuran. Ia dijalankan secara atas talian dengan capaian yang lebih luas seiring dengan perkembangan Teknologi.

Pengasas platform sebegini berminat untuk tujuan  ’empower women’ atau istilah melayunya adalah memperkasakan kaum wanita.

Platform seperti ini dibina bagi membolehkan wanita memilih secara bebas apa yang dikehendaki dalam hubungan yang ideal tanpa sebarang penilaian.

Tambahan lagi mereka tidak memperdagangkan tubuh mereka dengan wang. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti ibu tunggal yang hidup dalam kesusahan, suri rumah, balu dan janda.

Info Tambahan :  5 Langkah Menghafal Al-Quran Yang Boleh Dipraktikkan

Melalui laman web ini, para Sugar Daddy atau Sugar Mummy yang terdiri daripada lelaki dan wanita berusia 35 tahun ke atas dan memiliki status kewangan yang kukuh akan memburu Sugar Baby mereka yang berusia sekitar 30 tahun ke bawah yang memerlukan kewangan.

Platform ini merupakan sebuah laman sosial yang menjadi pemudah cara kepada zina.

Firman Allah SWT:

وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلزِّنَىٰٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فَٰحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلًا

Maksudnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”

(Al-Isra’ : 32)

Ada yang memberi alasan bahawa mereka yang menjadi Sugar Baby ini berada dalam keadaan terdesak dan memerlukan pendapatan untuk menyara hidup.

Apapun sebabnya,cara ini tidak boleh sama sekali diterima oleh Islam dan semua agama serta budaya.

Kaedah fiqh ada menyebutkan:

“الغَايَةُ لَا تُبَرِّرُ الوَسِيلَة”

Maksudnya: “Matlamat tidak menghalalkan cara.”

Nabi Muhammad SAW sudah memberikan peringatan kepada kita akan tibanya suatu hari nanti, normalisasi zina bakal berlaku dan mengundang bala,keburukan dan kehancuran masyarakat.

Sugarbook bukanlah satu perkara yang perlu dinormalisasikan dalam kalangan masyarakat terutamanya, dalam kalangan mahasiswa.

Anak-anak muda kita pada hari ini semakin lama semakin hilang perasaan malu dan harga dirinya sehingga sanggup menggadaikan maruah diri hanya semata-mata kerana wang.

Kesimpulannya,sifat malu penting sebagai benteng untuk memelihara akhlak seseorang dan merupakan antara sumber utama kebaikan.

Maka sifat ini perlu dimiliki dan dipelihara dengan sebaiknya.Sifat malu dapat memelihara iman seseorang daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan salah di sisi Islam.

Masalah yang berlaku di sekitar masyarakat kita pada hari ini, perlulah sentiasa diambil cakna dan diperbetulkan kembali, terutamanya sistem yang ada sekarang ini hendaklah menjadikan Islam sebagai teras utama dalam setiap perkara kerana dengan cara Islamlah semua masalah akan selesai.

Info Tambahan :  Pengeluaran KWSP I Sinar 26 Ogos 2021

Rujukan :

1.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2944842992464233&id=2227686867513186

Ustazah Asma’ Binti Harun

2.https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1607288799464587/

Ustaz Mujahid Ir Fadzil

3.https://khotbahjumat.com/2600-malu-kepada-allah.html

  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 308shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Zul Raihan

Related Articles

Twitter Facebook Pinterest154shares Pada asalnya,Islam mengharuskan poligami dan tidak mewajibkannya.Ini …

Hikmah Keharusan Poligami Dalam Islam

Facebook Twitter Pinterestshare Memilih adalah sebahagian dari usaha manusia. Salah …

Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali

Twitter Facebook Pinterest154shares   عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ …

Ramadan Bulan Ibadah

Facebook Twitter Pinterestshare Matlamat akan sebuah perkahwinan adalah untuk mencapai …

Nasihat Kepada Dua Orang Pengantin

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Jundullah98
Subscriber ( SB ) IV
Ahli Baru
Jundullah98
1 year ago

Sesungguhnya malu itu perisai orang beriman.

1
Reply

Komen Terkini

  • Wan Syaqila on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “rabi raza Btul weii lgipun apps dia tu lgi tersusun dari yg lain hehe.. aku pun mula mula tgk kat…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “lagipun apps dia tu senang nk guna.. mcm guna hiredly company yg aku cari x banyak sngt. course aku pun…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “bgi aku laa mmg best guna jobstreet.. aq pn tau psl tu dri tgk iklan ry dia la weii. lepstu…”
  • Hafiz Abd on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Yg penting mana yg senang and btul2 dpt kerja.. Tpi hritu guna jobstreet siap tgk sekali iklan dia hahahah. Best…”
  • Dinie Razak on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Ya.. Klu nk best mmg guna jobstreet. Apps dia mudah and aku dpt kerja sbb apps tu hihi. Lgi best…”
  • NatrahJamal on Platform #MyDigitalWorkforce: 5000 Peluang Pekerjaan Digital: “2022 ada ke”
  • Puteri Afiqah on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “aku suka guna jobstreet sbb senang gila. aku tau pakai jobstreet ni pun sebab iklan raya dia hehehe. kelakar and…”
  • rabi raza on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “jobstreet memang sng sngt nk guna. search satu perkataan pun beratus laa bleh jumpa kerja.. yg penting kena bnykkan buat…”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz