ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Umum
Layanan Suami Terhadap Isteri Dalam Berumahtangga

Layanan Suami Terhadap Isteri Dalam Berumahtangga

Zul Raihan October 24, 2021 No Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share

Dalam melayari kehidupan berumahtangga suami isteri akan berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran.

Cabaran dalam berumahtangga berlaku disebabkan terdapat perbezaan dan kelainan antara mereka baik dari segi sikap,nilai,cara berfikir,kehendak dan cita rasa.

Perbezaan yang tidak diatasi dengan bijaksana boleh menimbulkan pelbagai masalah serta boleh membawa kepada ketegangan dan konflik antara suami isteri.

Mengenali Dan Memahami Sifat Semulajadi Peribadi Isteri

Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan diri selain mempunyai karakter dan peribadi yang berbeza antara satu sama lain.

Apabila seorang lelaki telah bersetuju untuk berkahwin dengan seorang wanita,dengan sendirinya dia telah berjanji untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan diri bakal isterinya.

Pandangan al-Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa wanita itu sendiri sudah mempunyai pelbagai keistimewaan dan kelebihan yang tidak terdapat pada lelaki.

keistimewaan yang kurang positif yang ketara sebagai seorang wanita seperti mempunyai keinginan-keinginan yang banyak dan kecenderungan kecenderungan tertentu yang dimilikinya kadangkala bertentangan dengan kehendak agama.

Ini digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan bahawa wanita itu dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.

Selain hadis yang bermaksud, “Tidak
ada satu fitnah pun yang lebih besar selepas kewafatanku yang lebih memudaratkan kepada para lelaki melainkan fitnah wanita. ”

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Allah S.W.T. memberikan sifat positif yang lebih banyak kepada wanita. Wanita mempunyai sifat pengasuh, penyayang dan pendidik yang baik
terhadap anak-anak di samping banyak lagi sifat-sifat istimewa yang lain sebagai seorang wanita seperti
tekun dan sabar.

Sebab itu, jarang kita dengar seorang guru lelaki boleh mengambil tempat wanita dalam mendidik kanak-kanak pra sekolah dan tidak hairanlah jikalau kebanyakan wanita memilih kerjaya pendidikan kerana sifat semulajadi mereka sememangnya begitu.

Info Tambahan :  3 Resipi Makanan Untuk Diet Seimbang Paling Popular

Sebagai seorang suami menurut pandangan al-Imam al-Nawawi, dia perlu mengkaji dan melihat sifat-sifat positif isterinya agar kasih sayangnya sentiasa tersemat di dalam hatinya.

Pengetahuan ini perlu dan penting untuk dijelmakan selalu ke dalam pemikiran suami terutamanya ketika dalam keadaan marah disebabkan tindak tanduk dan kelakuan isteri.

Rasulullah s.a.w. sendiri bersabda dalam satu Hadis yang bermaksud “Jangan seorang mukmin itu marah kepada isterinya, kerana Jika dia tidak suka kepada satu perangainya, masih banyak perangainya yang dia sukai.”

(Riwayat Muslim)

Justeru,perlu bagi seorang suami memandang dan mengkaji sifat baik isteri agar kasih dan sayangnya sentiasa tersemai di dalam hatinya.

 Memberi Layanan Yang Terbaik Kepada Isteri

Menurut pandangan al-Nawawi, isteri dianggap penolong kepada suami dan bukanlah menjadi hak milik penuhnya.

Melainkan dalam hal memberi khidmat
kepada suami selain menjaga harta suami dan menjaga kesucian diri.

Oleh itu, suami seharusnya perlu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada isteri yang sanggup mengikat janji melalui perkahwinan untuk berbakti kepada suaminya terutamanya dalam menyediakan ruangan yang halal untuk melepaskan keinginan syahwatnya.

Tiada tanda terima kasih yang paling utama kepada isteri menurut beliau untuk kebaktian mereka melainkan dengan memberikan layanan baik, bersikap lemah lembut dan selalu membantunya kerja-kerjanya.

Beliau membawakan satu hadis Rasulullah s.a.w. yang mengecam sikap suami yang tidak tahu malu yang melayan isterinya seperti layanan seorang hamba tetapi pada akhir harinya dia memerlukan isterinya untuk kepuasan nafsunya.

Isteri merupakan orang yang paling rapat dengan suaminya. Justeru itu, menurut pandangan al-Nawawi, orang yang paling layak membuat penilaian terhadap seorang lelaki itu baik atau pun tidak adalah melalui isterinya sendiri.

Info Tambahan :  Geran Start-Up Iskandar Malaysia (IMSTART) 2021

Ini bermaksud isteri yang boleh menghormati suami kerana akhlak dan layanan yang mengembirakan dirinya, suaminya merupakan manusia baik yang sebenar dan tidak berselindung di sebalik topeng kepura-puraan
sebagai manusia baik di khalayak umum.

Perkara ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya, “Orang yang terbaik dari kalangan kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya kepada isterinya.”

Memberikan Didikan Dan Nasihat Kepada Isteri Dengan Lemah Lembut

Memberi didikan agama kepada isteri merupakan asas jangka panjang yang penting dalam membina kebahagiaan rumah tangga.

Didikan agama, nasihat dan teguran dengan kaedah yang lemah lembut menurut al-Nawawi merupakan kaedah terbaik untuk mendidik isteri.

Sifat isteri yang dicipta oleh Allah S.W.T. sememangnya istimewa untuk kesenangan suami sebagaimana firman Allah S.W.T. :

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”

Namun Rasulullah s.a.w. mengingatkan disamping kamu bersenang-senang dengan isterimu jangan lupa sifat istimewa wanita yang mempunyai kecenderungan dan keinginan-keinginan yang banyak yang tidak boleh dibiarkan dan tidak boleh pula diperbaiki dan dididik dengan kasar.Kerana kekasaran akan memecahkan tali ikatan perkahwinan.

Al-Nawawi menjelaskan bahawa suami disuruh oleh Allah S.W.T. untuk mendidik isteri bagi meningkatkan pengetahuan dan pengamalan agama supaya terselamat dari azab api neraka di akhirat.

Ini adalah kerana dengan pengetahuan agama, kedua-dua suami dan
isteri boleh memahami tanggungjawab masing-masing.

Apatah lagi jika isteri melanggar perintah agama, menjadi tanggungjawab suami untuk menunjukkan rasa marah kepada isteri
tetapi menasihati dengan cara yang lembut.

Info Tambahan :  Johor Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan 3.0

Jika isteri ingkarkan nasihat yang baik itu,Rasulullah s.a.w. menyuruh untuk mendidik isteri itu dengan memboikot perbuatan isterinya yang melanggar perintah agama iaitu dengan menghindarkan diri daripada tempat tidur isteri.

Tetapi boikot ini janganlah sampai tidak bertegur sapa melebih tiga hari dan suami tidak dibenarkan meninggalkan rumah.

Jika isteri masih tidak mengendahkan nasihat suami, barulah suami
dibenarkan memukul isteri dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan mengelak dari memukul bahagian muka.

Suami sekali-kali tidak diharuskan menghalau isteri keluar daripada rumah tempat tinggal mereka melainkan dengan keizinan syarak atau mahkamah.

Layanan yang baik menurut pandangan al-Nawawi perlu dititikberatkan di samping sifat adil terutamanya bagi mereka yang mempunyai isteri yang lebih daripada seorang. Kedua-dua sifat ini menjadi asas kebahagiaan rumahtangga bagi golongan yang berpoligami.

Poligami tidak menjadi masalah dalam perlaksanaan undang-undang.Tetapi kesan daripada poligami terhadap lelaki yang tidak memberi layanan dan keadilan yang sewajarnya kepada isteri,terutamanya kepada isteri yang tertua merupakan salah satu faktor yang mendorong perpecahan rumahtangga yang sedia ada.

Kesimpulannya,suami yang cemerlang adalah mereka yang sentiasa menjaga ibadah mereka dan sentiasa memastikan perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam tidak berlaku di dalam rumah tangga mereka.

Suami yang berjaya juga adalah mereka yang sentiasa mengamalkan akhlak yang baik dalam rumahtangga seperti bekerjasama,bantu membantu,hormat menghormati,menunjukkan kasih sayang dan bertimbang rasa.Begitu juga mereka hendaklah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas,jujur dan amanah.

RUJUKAN :

ASAS KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA MENGIKUTI PARADIGMA AL-NAWAWI

KAMARUL AZMI JASMI
AZHAR MOHAMMAD
AHMAD KILANI MOHAMED

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share
Prev Article
Next Article

About The Author

Zul Raihan

Related Articles

Skim Perantisan Nasional (SPN)
Facebook Twitter Pinterestshare Skim Perantisan Nasional (SPN) adalah program yang …

Program Skim Perantisan Nasional (SPN) Golongan Belia 2021

Semak saman
Twitter Facebook Pinterest154shares Twitter Facebook Pinterest154sharesInfo Tambahan :  Geran Start-Up …

Bagaimana Semak Saman Polis Online

5 Filem Animasi Tempatan yang Memenangi Anugerah Di Luar Negara
Twitter Facebook Pinterest154shares Terdapat banyak filem Malaysia yang telah memenangi …

5 Filem Animasi Tempatan yang Memenangi Anugerah Di Luar Negara

Cara Daftar Mengundi Secara Online MySPR
Twitter Facebook Pinterest154shares Apabila musim mengundi pastinya ramai mencari cara …

Cara Daftar Mengundi Secara Online MySPR

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Sama2, terima kasih yea kerana sudi membaca”
  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Boleh tekan link untuk download pdf Mutabaah Amal https://xtrousnotes.files.wordpress.com/2012/07/mutabaah-amal-bulan-ramadhan.pdf”
  • iAwani on Bantuan Keluarga Malaysia: Semak Status & Tarikh Bayaran 2022: “Wah! Excited juga baca pasal Bantuan Keluarga Malaysia ni. Semoga urusan dipermudahkan.. Amiinn”
  • Move on on Punca Berlakunya Tekanan Dalam Kehidupan Berumahtangga: “Besar betul tanggungjawab lepas kahwin ni yea.”
  • Move on on 5 Langkah Menghafal Al-Quran Yang Boleh Dipraktikkan: “Nice sharing, thank U dear”
  • Move on on Rebat Pengangkutan Grab Selangor ke Pusat Vaksinasi: “Alhamdulillah ringan skit beban rakyat”
  • Move on on Permohonan MARA S3P Untuk Perniagaan Mikro: “Moga ada sinar untuk para usahawan”
  • Move on on Nikmati Potongan Saman 50% Mulai 18 Jun 2021: “Oklah dah ada potongan harga … Banyak lak tu, so bayarlah awal yea”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz