ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
    • Aplikasi Online
    • Device
    • Gadjet
    • Keselamatan
    • Komputer
    • Laman web
    • Permainan Video
    • Software
    • Telefon
    • Telekomunikasi
  • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Blog
  • Hiburan
  • Automobile
  • Umum
Home
Agama
Kursus Kahwin Online Semasa PKP

Kursus Kahwin Online Semasa PKP

AIDA ANUM ABDULLAH December 20, 2020
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Untuk pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga yang berasal dari Johor, inilah tempat yang anda cari iaitu kursus kahwin online. Tidak dinafikan lagi, sejak berlakunya musibah di negara ketika akibat virus Covid-19, segala program dan majlis atau apa-apa yang telah dirancang terpaksa ditangguhkan. Ada juga yang mengambil keputusan untuk membatalkan terus perancangan tersebut dan menetapkan tarikh lain. Tidak ketinggalan juga untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba tetapi terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu akibat perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasa pada awal tahun ini.

Akibat apa yg berlaku, kursus kahwin online adalah solusi yang mampu mematuhi SOP penjarakan semasa pandemik. Pelbagai pihak terkesan dengan perkara tersebut termasuklah pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum hari pernikahan. Salah satu daripadanya adalah kursus kahwin. Setiap pasangan yang merancang untuk berkahwin diwajibkan untuk menghadiri kursus perkahwinan bagi persediaan sebelum bergelar pasangan suami isteri.

Tetapi di musim perintah kawalan pergerakan ini, pasti ada di antara pusat kursus perkahwinan yang menghadkan peserta setiap satu sesi dan secara tidak langsung ada peserta yang terpaksa menunggu lebih lama sehingga slot kosong dibuka semula.

Sehubungan dengan itu, terdapat pihak yang mewujudkan kursus kahwin online bagi memudahkan urusan bakal mempelai dalam mempersiapkan diri sebelum menjadi pasangan suami dan isteri yang sah. Berikut adalah senarai link website yang menyediakan perkhidmatan kursus kahwin secara atas talian mengikut negeri. Tidak semua negeri menyediakan perkhidmatan tersebut tetapi ini mungkin dapat membantu anda yang memerlukan.

 

Senarai Website Kursus Kahwin Online

Hasil dari tinjauan kami, ada beberapa negeri yang menganjurkan kursus kahwin online termasuk negeri seperti johor, selangor dan sabah. Namun demikian, ada juga negeri lain yang lakukan kursus yang sama. Mungkin perlunya maklumat dari pejabat agama atau lebih kajian melalui internet.

1. Johor

kursus kahwin online

Laman web yang menyediakan perkhidmatan kursus kahwin secara atas talian ini adalah adamkursuskahwin.com. Mereka telah membuka slot penempahan tempat bagi tahun 2021 khas buat pasangan yang berasal dari Johor dan menurut apa yang telah diberitahu di website tersebut, penempahan slot yang dibuka hanya untuk 30 orang sahaja untuk setiap sesi. Sesi itu pula dibuka pada setiap hujung minggu iaitu Jumaat dan Ahad. Anda boleh memilih tarikh mengikut kesesuaian anda tanpa perlu risau mahu mengosongkan jadual anda atau mengambil cuti.

Kursus ini hanya diadakan satu hari sahaja dengan yuran sebanyak RM120 setiap seorang. Yuran tersebut bukan ditetapkan oleh laman web tersebut tetapi sebaliknya ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Johor. Aplikasi yang digunakan untuk menjalankan program atas talian ini adalah Zoom Cloud Meeting. Anda hanya perlu menggunakan komputer riba atau telefon pintar untuk memuat turun aplikasi tersebut. Mengenai penggunaan data, menurut apa yang telah dikatakan di dalam laman web tersebut, anda memerlukan sekurang-kurangnya 6GB internet untuk satu sesi selama beberapa jam bergantung kepada penceramah.

Untuk makluman lanjut, anda boleh menekan link yang disediakan di bawah untuk terus ke page adamkursuskahwin.com.

Link : https://adamkursuskahwin.com/kursus-kahwin-online-johor/?gclid=Cj0KCQiAw_H-BRD-ARIsALQE_2Pi-uJ1T00lqeNbR11gUpo38yalfdbGm07s2h3FfGC0xbS-YJ9-KW0aAsfyEALw_wcB

 

2. Selangor 

Laman web ini pula dinamakan sebagai Pusat Kursus Perkahwinan TTDI Damansara dan Putrajaya. Kursus kahwin ini disediakan untuk pasangan yang berasal dari Selangor. Tempoh kursus perkahwinan atas talian yang disediakan oleh laman web ini selama sehari sahaja dengan yuran sebanyak RM60 untuk satu orang. Platform meeting yang digunakan tidak pula diberitahu tetapi segala pertanyaan boleh diajukan melalui nombor telefon yang telah disediakan.

Link : https://kursuskahwin.webs.com/?gclid=Cj0KCQiAw_H-BRD-ARIsALQE_2OdxHXBp_ESA3Jb2lXBC8XLbhjzTvHuBypn2-AWqmJJ-6mrA_ouzO4aAiWMEALw_wcB

 

3. Sabah

Tiada info tambahan mengenai kursus perkahwinan secara atas talian di negeri Sabah namun terdapat syarat dan cara bagaimana untuk mendaftar kursus perkahwinan secara atas talian untuk pasangan yang berasal dari Sabah. Yuran yang dikenakan kepada peserta adalah sebanyak RM75 bagi setiap seorang. Tempoh kursus ini selama 5 jam sahaja namun ianya bergantung kepada penceramah itu juga.

Anda perlu memohon terdahulu program kursus perkahwinan ini dan akan diberitahu kemudian sama ada anda layak atau pun tidak berdasarkan dokumen yang telah anda berikan. Dokumen tersebut terdiri daripada gambar kad pengenalan diri dan slip bukti pembayaran. Akan tetapi, buat sementara waktu ini borang permohonan yang disediakan di bawah ini telah ditutup buat sementara waktu untuk November dan Disember kerana ramai peserta sudah memenuhi slot tersebut. Namun ianya akan dibuka semula pada awal tahun 2021 nanti.

Untuk mengikuti perkembangan pembukaan semula slot, anda boleh menekan link ini dan simpan untuk kegunaan akan datang.

Link untuk borang permohonan kursus perkahwinan : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSflol6LaD9fa000dIqSBT4iP2k-gY-J_hglXgICj70t3X1Msg/closedform

 

Kelebihan Kursus Kahwin Online

  1. Anda boleh menetapkan tarikh dan masa anda sendiri.
  2. Sijil perkahwinan anda sah seumur hidup walaupun hanya menghadiri program secara atas talian.
  3. Menjimatkan kos dari segi tenaga, masa dan sebagainya. Hanya perlu memerlukan komputer riba atau telefon pintar, internet dan juga coverage internet yang kuat sahaja.
  4. Pihak program tetap menyediakan modul kepada peserta melalui power point slide yang ditayangkan.
  5. Tempoh kursus tidak melebihi 10 jam. Tempoh kursus sekurang-kurangnya diperlukan selama 5 jam sahaja bergantung kepada penceramah dan keadaan.
  6. Tidak perlu bersusah payah mencari parking kereta. Hanya duduk di rumah dan mendengar ceramah dari rumah sahaja.

kursus kahwin online

 

Jika anda sedang mencari jalan penyelesaian untuk menghadiri program kursus kahwin, ini adalah caranya. Seiring dengan norma baharu yang bertukar secara tidak sengaja, bukan sahaja pembelajaran atas talian sahaja yang boleh diketengahkan tetapi program yang melibatkan perkahwinan juga boleh dilaksanakan secara atas talian selagi tidak melanggar hukum syarak.

Semoga berjaya!

 

إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ دِينِهِ؛ فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي

Maksudnya: Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki.

 

Sumber : JAKIM, JAIS, JHEAINS

Prev Article
Next Article

About The Author

AIDA ANUM ABDULLAH

Related Articles

Cara Translate Bahasa Asing dengan Mengambil Gambar
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !FacebookTwitterPrintBahasa memang …

Cara Translate Bahasa Asing dengan Mengambil Gambar

Tarikh Pembayaran BR1M 2017 dan Cara Pembayaran
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !FacebookTwitterPrintKami ada …

Tarikh Pembayaran BR1M 2017 dan Cara Pembayaran

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Semakan Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0
  • 10 Skincare Terbaik Untuk Lelaki
  • 5 Modem WiFi Simcard Unlimited Internet
  • Cara Menabung Menggunakan Tabung Warna
  • Permohonan UTHM Program Eksekutif Dan Profesional

Komen Terkini

  • Mr.Reading on 10 Contoh Online Business Yang Laku Keras
  • ARDEY BIN MOHD SAH on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19
  • Mr.Reading on Tangguhan Moratorium di Belanjawan 2021
  • Mohd ridzuan bin hassa on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19
  • Mohamad sairi on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh