ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
elektrik
Kipas Siling Perlahan, Lajukan Kipas Dengan Murah dan Mudah

Kipas Siling Perlahan, Lajukan Kipas Dengan Murah dan Mudah

ZackC August 27, 2016 No Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • 0share
Dunia makin panas dan kipas amat penting untuk keselesaan. Jika baru beli, kipas mungkin laju dan akhirnya kipas semakin perlahan. Jika ia perlahan kebanyakan orang akan menukar kipas baru yang memakan belanja sehingga ratusan ringgit. Tahukah anda, sebenarnya kita boleh menjimatkan ratusan ringgit kita itu dengan hanya menukar salah satu komponen dalam kipas dengan hanya kurang dari RM 10.

Bagaimana untuk melajukan kipas siling?


Membeli kipas baru memang akan menjadikan ianya laju kerana ia serba baru. Jika ingin berjimat, anda boleh lakukan sendiri dirumah dengan menukar kapasitor kipas tersebut. Harga kapasitor sekitar RM 10 malah ada yang lebih murah bergantung kepada jenis kadar keuntungan kedai yang menjualnya.

Apa yang perlu anda lakukan ialah membeli kapasitor di kedai menjual barangan elektronik. Jika anda sukar mencari kedai elekrtonik, anda boleh cuba bertanya kedai yang menjual barangan seperti mentol, kipas, suis, dawai elektrik dan sebagainya. Kebiasaanya kedai yang ada menjual barangan tersebut ada menjual kapasitor kipas.

Apabila berjumpa dengan penjual, anda perlulah bertanya untuk membeli kapasitor kipas siling 3 bilah standart ( jika kipas anda standart ) . Jika anda tidak yakin dengan apa yang bakal anda beli, ada baikny anda mengambil gambar kapasitor asal kipas tersebut.

Sebelum kita bercerita panjang, anda perlu menutup suis utama elektrik rumah anda. Sebenarnya menutup suis kipas pun dah memadai, tetapi kami lebih menggalakkan anda menutup suis utama rumah anda dan suis kipas. Seperti gambar diatas, apa yang perlu anda lakukan ialah membuka cover diatas kipas anda itu, dari situ anda akan nampak kotak kecil yang berwarna hitam. Kotak tersebutlah yang dinamakan kapasitor kipas tersebut. Kebiasaanya anda perlu membuang sedikit skru pemegang kapsitor bekenaan untuk mencabut kapasitor dari tapaknya. Jangan bimbang ia tidak sukar dan tidak berbahaya. Kapasitor tersebut tersambung melalui 2 wayar, cabut wayar tersebut dan gantikan dan sambung wayar tersebut dengan kapasitor yang anda baru beli tadi.

Selepas anda sambungkan, anda mula boleh menutup kembali cover atas kipas dan mula mebuka kemali suis utama dan cuba membuka suis kipas. Jika kipas anda terlalu lama dan perlahan sebelum ini pastinya mula menunjukkan kelajuan seperti kipas baru. Namun demikian ada juga faktor lain yang perlu anda lakukan untuk lebih melajukan kipas anda itu. Faktor lain tersebut ialah habuk pada bilah kipas. Kadangkala habuk bilah kipas boleh mengubah sedikit kelajuan kipas nada, membersih bilah kipas tersebut juga lebih meningkatkan kelajuan kipas anda itu.
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • 0share

About The Author

ZackC
ZackC

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • Avatar Jundullah98 on Cara Memohon Rumah PPR: “Usaha yang baik daripada kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membeli rumah.”
  • Avatar Jundullah98 on Cara Semak Penyata KWSP Online: “Betul tu… Bukan minyak je Segala aspek jimat.”
  • Avatar Jundullah98 on Senarai Filem Marvel Mengikut Turutan: “Semua filem ni sangat menarik dan diminati ramai. Kalau x ikut step release, memang x faham la jawabnya sbb dia…”
  • Avatar Irene on Top 5 Permainan Video Genre Seram Paling Popular: “Boleh²… Paling seram no 2 dlm senarai… Mungkin sebb hantu thailand😆”
  • Avatar Irene on Senarai Makanan Paling Sedap Di Dunia: “Boleh try guna air fryer atau grill… Untuk alternatif yang lebih sihat”
  • Avatar Irene on Senarai Makanan Paling Sedap Di Dunia: “Idea yang menarik”
  • Avatar Irene on Senarai Makanan Paling Sedap Di Dunia: “Haha… Boleh try buat sendiri… Bahan je kene beli🤭”
  • Avatar Irene on 5 Cara Membuat Duit Dengan Bermain Permainan Video: “Tidak dinafikan… Tapi kene lihat juga dari sudut peluang pekerjaan… Sebab ramai yg menjadikan game sebagai sumber pendapatan lagi² developer…”

Terkini

  • Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?
  • Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak
  • 4 Halangan Mengusai Bahasa Arab
  • Wirid Selepas Solat Yang Boleh Anda Lazimi
  • Membebaskan Kesulitan Hutang
  • Cara Membuat Temujanji Klinik Kesihatan Secara Online
  • Cara Mendaftar E-Filing LHDN 2021
  • Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir

Terbaik Bulanan

  • Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?
  • Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan
  • Cara Mendaftar E-Filing LHDN 2021
  • Perlukah PdPR Online diteruskan ?
  • Cara Membuat Temujanji Klinik Kesihatan Secara Online

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz