ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Umum
Kelebihan Membaca Al-Quran Ketika Mengandung

Kelebihan Membaca Al-Quran Ketika Mengandung

Zul Raihan October 22, 2021 No Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share

Waktu mengandung adalah waktu yang paling mencabar bagi para ibu kerana pada ketika ini mereka akan mengalami perubahan dari sudut emosi dan fizikal.

Disamping itu,mengandung juga adalah salah satu harapan dan cita-cita akan sebuah perkahwinan.Oleh itu,banyak amalan-amalan sunat yang perlu diamalkan ketika mengandung supaya zuriat yang akan dilahirkan kelak menjadi generasi yang cemerlang,baik di dunia mahupun di akhirat.

Penyesuaian Diri

Ketika mengandung,para ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku kepada dirinya.

Pada waktu begini,sememangnya keadaan para ibu agak berbeza dari waktu-waktu biasa,terutamanya bagi ibu yang akan melahirkan anak yang pertama.

Berkemungkinan selera makannya akan hilang,perasaannya agak terganggu (sensitif) dan hatinya mudah berdebar-debar kerana bayi di dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya.

Pada ketika ini para suami perlu memainkan peranan masing-masing dan perlu lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang sepenuhnya kepada mereka.

Pesanan Khas Untuk Ibu Mengandung

• Membaca surah-surah atau ayat-ayat al-Quran secara konsisten mampu memberikan kesan yang positif kepada ibu yang sedang bersalin pada saat menjelang kelahiran bayi,yang mana pada ketika itu keadaan wanita cukup sulit ataupun berat bagi membacanya.

• Lebih baik membaca berulang kali pelbagai ayat dan doa perlindungan ( Tiga kali ataupun tujuh kali ),sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis Nabi,yang demikian ini lebih layak dan lebih dekat untuk dikabulkan,apa lagi jika sekiranya ditambah dengan kesungguhan dan ketulusan dalam memanjatkan doa.

Perlu dicatat disini bahawa bacaan wirid itu perlu dimulakan dari awal bulan ke sembilan bulan dari usia kandungan,bukan sebelum, itu kecuali jika sekiranya akan terjadi kelahiran pra matang dan dapat diyakini akan terjadi hal sedemikian,sehingga wirid-wirid tersebut mesti dibaca sejak itu pula.

Info Tambahan :  Tukar Kad Pengenalan Baru Sistem Online

• Dalam memanjatkan doa,kita harus meresapi dan menghadirkan makna dari apa yang kita baca,baik ayat mahupun doa-doa lainnya,disertai dengan keyakinan akan pengaruhnya tanpa keraguan di dalamnya,sehingga apa yang dimaksudkan itu akan terwujud dengan izin Allah.

• Sebaiknya ditekankan seboleh mungkin,pada detik-detik persalinan digalakkan membaca dan meniupkan ayat-ayat berkenaan persalinan serta hadis-hadis yang dikhususkan untuk itu,lebih-lebih lagi doa-doa berkenaan kesusahan ketika melahirkan.Hal ini lebih cepat mendatangkan jalan keluar,dengan izin Allah.

Kelebihan Membaca Al-Quran Ketika Hamil

• Kecerdasan bayi dari sudut emosional

Ibu hamil yang sering membaca ayat al-quran ketika mengandung akan memberi impak positif pada bayi yang sedang dikandungkan.

Bacaan Al-Quran mampu memberikan ketenangan kepada janin yang sedang berada di dalam kandungan.Secara kebiasaannya seseorang wanita itu akan mengalami perasaan yang lebih sensitif dari kebiasaannya.

Untuk itu,ibu hamil akan mengalami ketidakstabilan dari sudut emosi.Apabila hal ini berlaku maka ia akan memberikan kesan negatif kepada janin yang sedang dikandungkannya.

Membaca al-Quran mampu memberikan ketenangan kepada si ibu dan si anak.Hal ini kerana saraf pendengaran dan saraf emosi akan tumbuh pertama kalinya ketika janin berada di dalam rahim.

• Cerdas dalam berkomunikasi

Ayat-ayat yang sering kali diperdengarkan kepada si anak akan membuatkan si anak mempunyai tingkat kecerdasan berkomunikasi yang baik.

Dari sudut sosial pula,mereka mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dalam menyampaikan buah fikirannya terhadap orang sekeliling.Petah dalam berbicara bijak dalam berfikir.

• Mudah taat pada perintah Agama

Anak-anak yang secara rutinnya diperdengarkan ayat-ayat quran selama di dalam kandungan akan mempunyai tahap kenakalan yang rendah.

Bahkan anak-anak ini amat mudah cenderung untuk melakukan hal-hal yang berkaitan dengan agama.Terutama ketika mana kita mengarahkan mereka untuk beribadah seperti solat dan mengaji.Ibu hamil yang rutinnya membaca al-quran ketika hamil akan melahirkan anak yang taat kepada perintah Allah SWT.

Info Tambahan :  Tiktok 3 Langkah Menambah Akaun

• Mudah menghafal

Anak-anak yang sudah terbiasa mendengarkan bacaan al-Quran akan mempunyai daya ingatan yang tinggi.Ingatan atau memori yang tajam menjadikan anak ini mudah untuk menghafal,terutamanya hafalan al-quran.

Selain kecerdasan dalam hal hafalan,anak-anak yang terbiasa diperdengarkan bacaan al-quran semenjak di dalam kandungan juga mempunyai tingkat kreativiti yang tinggi.

Kesimpulannya,bagi ibu-ibu yang mengandung adalah digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan al-quran terutama surah Yusuf,Mariam,Luqman dan At-Taubah.

Para Ibu perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar anak yang akan dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh,berilmu,beriman,bertaqwa dan berakhlak mulia.

Ibubapa juga perlulah mencari rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang akan dilahirkan itu nanti terhasil daripada darah daging yang halal.

Ibu adalah madrasah terbaik dalam mendidik anak-anak.Ibu yang yang sudah terbiasa dididik dan ditarbiah dengan roh Islam,sudah pasti akan melahirkan generasi pelapis yang rabbani dalam memberikan manfaat untuk ummah.

RUJUKAN :

1.AMALAN IBU MENGANDUNG & NAMA-NAMA ISLAM

PUTRI MAISARA TAMAR

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share
Prev Article
Next Article

About The Author

Zul Raihan

Related Articles

Penyata Gaji Pencen Penjawat Awam
Twitter Facebook Pinterest154shares Penyata gaji pencen penjawat awam kadang kala …

Penyata Gaji Pencen Penjawat Awam

Pinjaman Komputer dan Kenderaan untuk Pekerja Sektor Awam
Facebook Twitter Pinterestshare Kerajaan ada menyediakan Perkhidmatan Pembiayaan Pinjaman Komputer. …

Pinjaman Komputer dan Kenderaan untuk Pekerja Sektor Awam

Memilih Sekolah Anak
Twitter Facebook Pinterest308shares Twitter Facebook Pinterest308sharesInfo Tambahan :  Cara Keluarkan …

Faktor-Faktor Penting Dalam Memilih Sekolah Anak

Facebook Twitter Pinterestshare Sepertimana yang kita sedia maklum setiap kali …

Surah Untuk Pelajar Cemerlang

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Sama2, terima kasih yea kerana sudi membaca”
  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Boleh tekan link untuk download pdf Mutabaah Amal https://xtrousnotes.files.wordpress.com/2012/07/mutabaah-amal-bulan-ramadhan.pdf”
  • iAwani on Bantuan Keluarga Malaysia: Semak Status & Tarikh Bayaran 2022: “Wah! Excited juga baca pasal Bantuan Keluarga Malaysia ni. Semoga urusan dipermudahkan.. Amiinn”
  • Move on on Punca Berlakunya Tekanan Dalam Kehidupan Berumahtangga: “Besar betul tanggungjawab lepas kahwin ni yea.”
  • Move on on 5 Langkah Menghafal Al-Quran Yang Boleh Dipraktikkan: “Nice sharing, thank U dear”
  • Move on on Rebat Pengangkutan Grab Selangor ke Pusat Vaksinasi: “Alhamdulillah ringan skit beban rakyat”
  • Move on on Permohonan MARA S3P Untuk Perniagaan Mikro: “Moga ada sinar untuk para usahawan”
  • Move on on Nikmati Potongan Saman 50% Mulai 18 Jun 2021: “Oklah dah ada potongan harga … Banyak lak tu, so bayarlah awal yea”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz