Selalunya bila tiba hari raya Aidilfitri, solat sunat apa yang akan ditunaikan ya? Bagaimana Kaifiat solat sunat tersebut? Bagaimana pula dengan bacaan zikir yang bakal digumamkan semasa solat sunat itu?
Pengenalan
Tibanya Syawal adalah suatu mercu kemenangan bagi umat Islam. Setelah sebulan berpuasa memerangi nafsu liar yang berterusan mendorong ke arah kejahatan dan kemaksiatan, kini tibalah masanya untuk meraikan kemenangan melawan nafsu itu.
Oleh yang demikian, satu solat sunat yang dianjurkan pada hari 1 syawal adalah solat sunat Aidilfitri. Satu ritual ibadah yang melambangkan syiar kemenangan dan keutuhan ikatan persaudaraan sesama Islam, Sebagaimana firman Allah SWT :
(إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةࣱ فَأَصۡلِحُوا۟ بَیۡنَ أَخَوَیۡكُمۡۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ)
Terjemahan :
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
[Surah Al-Hujurat 10]
Melalui tafsiran ini, jelaslah kepada kita bahawa sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah SWT, kita wajib memelihara ikatan persaudaraan khasnya sesama pertalian darah, amnya sesama pertalian akidah yang sangat mahal.
Justeru, hari raya Aidilfitri sangat sinonim dengan hari untuk menghubungkan semula tali persaudaraan sesama muslim. Bahkan mengeratkan dan mengukuhkan lagi kasih sayang yang sedia terjalin.
Maka, solat sunat Aidilfitri yang ditunaikan dilihat sesuai menjadi indikator penghubung ikatan itu. Persoalannya, bagaimanakah kaifiatnya? Ikuti cerakinan di bawah akan kaifiat dan caranya.
1. Lafaz Takbir Hari Raya
Sebelum solat sunat Aidilfitri ditunaikan, kebiasaannya imam akan mengumamkan takbir hari raya sementara menanti ketibaan jemaah. Lafaz takbir adalah seperti berikut :
الله أكبر الله (٣كالي)، لا إله إلا الله والله أكبر، الله أكبر ولله الحمد
Allahuakbar (3 kali), la Ila ha illal lah hu wal lah hu akbar, Allah Hu Akbar Walillahil hamd.
Kebiasaannya lafaz takbir di atas dibaca sebanyak 3 kali kemudian disambut oleh para makmun. Setelah itu disusuli dengan bacaan berikut :
الله أكبر كبيرا، والحمد لله كثيرا، وسبحن الله بكرة وأصيلا، لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه، مخلصين له الدين، ولو كره المشرقون.
Allahuakbar kabiro, walhamdu Lillah hi kasiro, wasubhanallah hi bukrotau wasasila, la ila ha illah hu wala nak’ budu illah iyyah, mukhlisina lahuddin, walau karihal musyriqun.
لا إله إلا الله وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده، لا إله إلا الله والله أكبر، الله أكبر ولله الحمد.
La ila ha illah hu wahdah, sodaqo wak’ dah, wanasoro ab’dah, wa a a’z za ju dahu wahazamal ahzaaa ba wahdah, laaa ilaa ha illah hu wallah hu akbar, Allah Hu Akbar Walillahil hamd.
Teruslah bertakbir sehingga makmun sudah ramai hadir, setelah itu bolehlah mulakan solat sunat hari raya Aidilfitri.
2. Niat Solat
“أصلي سنة عيد الفطر ركعتين إماما/مأموما لله تعالى”
Usolli sunnatan idul Fitri roka’taini imaman/makmuman lillahi taala
Terjemahannya:
Sahaja aku solat sunat ‘Idulfitri dua rakaat sebagai imam / makmum kerana Allah Ta’ala.
Setelah selesai melafazkan niat, mulalah mengangkat ‘Takbiratul ihram’ disertai niat di dalam hati. Kemudian diteruskan dengan bacaan doa iftitah yang menjadi kelaziman.
3. Takbir Zawaid (Tambahan)
Setelah selesai membaca doa iftitah, lakukanlah ‘Takbir Zawaid (tambahan)’ sebanyak 7 kali pada rakaat pertama, bilangan ini tidak termasuk takbiratul ihram. Manakala pada rakaat kedua pula, bilangannya sebanyak 5 kali sahaja.
Selain itu, kita disunatkan pada setiap kali takbir Zawaid diselangi dengan bacaan zikir.
Lafaz zikirnya adalah seperti berikut :
‘سبحن الله والحمد لله ولا إله إلا الله الله أكبر’
Subhanallah walhamdu Lillah Wala Ila ha illallah Allahhu akbar
4. Bacaan Surah
- Rakaat Pertama :
Mulakan dengan membaca surah al-Fatihah. Kemudian, semasa rakaat pertama, kita dianjurkan membaca surah al-A’la. Surahnya seperti berikut :
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ
سَبِّحِ ٱسۡمَ رَبِّكَ ٱلۡأَعۡلَى ٱلَّذِی خَلَقَ فَسَوَّىٰ وَٱلَّذِی قَدَّرَ فَهَدَىٰ وَٱلَّذِیۤ أَخۡرَجَ ٱلۡمَرۡعَىٰ فَجَعَلَهُۥ غُثَاۤءً أَحۡوَىٰ سَنُقۡرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰۤ إِلَّا مَا شَاۤءَ ٱللَّهُۚ إِنَّهُۥ یَعۡلَمُ ٱلۡجَهۡرَ وَمَا یَخۡفَىٰ وَنُیَسِّرُكَ لِلۡیُسۡرَىٰ فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكۡرَىٰ سَیَذَّكَّرُ مَن یَخۡشَىٰ وَیَتَجَنَّبُهَا ٱلۡأَشۡقَى ٱلَّذِی یَصۡلَى ٱلنَّارَ ٱلۡكُبۡرَىٰ ثُمَّ لَا یَمُوتُ فِیهَا وَلَا یَحۡیَىٰ قَدۡ أَفۡلَحَ مَن تَزَكَّىٰ وَذَكَرَ ٱسۡمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ بَلۡ تُؤۡثِرُونَ ٱلۡحَیَوٰةَ ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةُ خَیۡرࣱ وَأَبۡقَىٰۤ إِنَّ هَـٰذَا لَفِی ٱلصُّحُفِ ٱلۡأُولَىٰ صُحُفِ إِبۡرَ ٰهِیمَ وَمُوسَىٰ
[Surah Al-A’la 1 – 19]
Setelah itu, sempurnakanlah rakaat pertama dengan rukun solat yang seterusnya seperti ruku’, sujud, iktidal dan lain-lain.
-
Rakaat kedua :
Rakaat ini dimulai dengan ‘Takbir Zawaid’ sebanyak ‘5 kali’ berselitkan bacaan zikir seperti di atas. Selepas membaca suratul fatihah, lanjutkan pula dengan surah anjuran iaitu surah al-Ghasyiah. Surahnya seperti berikut :
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ
هَلۡ أَتَىٰكَ حَدِیثُ ٱلۡغَـٰشِیَةِ وُجُوهࣱ یَوۡمَىِٕذٍ خَـٰشِعَةٌ عَامِلَةࣱ نَّاصِبَةࣱ تَصۡلَىٰ نَارًا حَامِیَةࣰ تُسۡقَىٰ مِنۡ عَیۡنٍ ءَانِیَةࣲ لَّیۡسَ لَهُمۡ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِیعࣲ لَّا یُسۡمِنُ وَلَا یُغۡنِی مِن جُوعࣲ وُجُوهࣱ یَوۡمَىِٕذࣲ نَّاعِمَةࣱ لِّسَعۡیِهَا رَاضِیَةࣱ فِی جَنَّةٍ عَالِیَةࣲ لَّا تَسۡمَعُ فِیهَا لَـٰغِیَةࣰ فِیهَا عَیۡنࣱ جَارِیَةࣱ فِیهَا سُرُرࣱ مَّرۡفُوعَةࣱ وَأَكۡوَابࣱ مَّوۡضُوعَةࣱ وَنَمَارِقُ مَصۡفُوفَةࣱ وَزَرَابِیُّ مَبۡثُوثَةٌ أَفَلَا یَنظُرُونَ إِلَى ٱلۡإِبِلِ كَیۡفَ خُلِقَتۡ وَإِلَى ٱلسَّمَاۤءِ كَیۡفَ رُفِعَتۡ وَإِلَى ٱلۡجِبَالِ كَیۡفَ نُصِبَتۡ وَإِلَى ٱلۡأَرۡضِ كَیۡفَ سُطِحَتۡ فَذَكِّرۡ إِنَّمَاۤ أَنتَ مُذَكِّرࣱ لَّسۡتَ عَلَیۡهِم بِمُصَیۡطِرٍ إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ فَیُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَكۡبَرَ إِنَّ إِلَیۡنَاۤ إِیَابَهُمۡ ثُمَّ إِنَّ عَلَیۡنَا حِسَابَهُم
[Surah Al-Ghashiyah 1 – 26]
Sekiranya tidak mampu membaca kedua surah di atas, bacalah sebarang surah yang dihafal sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Muzammil :
(… فَٱقۡرَءُوا۟ مَا تَیَسَّرَ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِۚ …)
Terjemahannya :
…Oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang)…
[Surah Al-Muzzammil 20]
4. Khutbah Hari Raya
Hukum berkhutbah atau mendengar khutbah adalah sunat sebaik sahaja selesai mengerjakan solat sunat Aidilfitri. Namun, hukumnya berbeza dengan mendengar khutbah pada solat jumaat. Ini kerana, sebelum menunaikan solat jumaat, kita diwajibkan mendengar khutbah.
Perbezaan ini juga boleh dikenalpasti melalui waktu bacaan khutbah itu sendiri. Bagi solat sunat hari raya Aidilfitri, khutbah dibaca selepas solat ditunaikan. Manakala solat fardu Jumaat pula, khutbah dibaca sebelum solat dilaksanakan.
Teks khutbah boleh didapati melalui laman web rasmi Majlis Agama Islam mengikut negeri masing-masing. Namun, bagi mereka yang mampu berkhutbah, tiada masalah untuk berbuat demikian asalkan sempurna rukun khutbahnya.
Penutup
Semenjak pandemik covid – 19 merebak di seantero dunia, masyarakat dunia telah dicelikkan dengan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan yang lebih rapi. Implikasi ini turut dirasai oleh umat Islam sejagat, melalui kemungkinan penangguhan untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid, termasuklah juga solat sunat hari raya Aidilfitri dalam skala besar seperti kebiasaannya.
Ibadah lain yang melibatkan pengumpulan seperti menunaikan haji dan umrah juga turut terkena tempiasnya. Semoga Allah SWT mengurniakan belas ihsanNya kepada kita semua, lantas mengangkat wabak yang sedang melanda ini dengan kadar segera.
اللهم اكشف عن البلاء والوباء والفحشاء مالايكشفه أحد غيرك
“Ya Allah, singkaplah daripada kami bala bencana, wabak penyakit dan keburukan yang tidak mampu disingkapkan melainkan olehMu”
Wallahualam.
Sumber dan Rujukan
1.Nota Poket Takbir & Solat Sunat Aidilfitri Dalam Tempoh PKPB : Jabatan Mufti Negeri Selangor