ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Agama
Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah

Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah

Zul Raihan March 31, 2022 No Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share

Dalam kita bergerak melaksanakan gerak kerja Islam adalah tidak mungkin kita bergerak dengan hanya secara sambilan mahupun sampingan semata-mata,bahkan ianya adalah satu gerak kerja yang perlu menjadi satu keutamaan.

Kita memerlukan jama’ah yang mempunyai ciri-ciri Harakah Islamiah yang sebenar,dan memiliki anggota-anggota yang dapat melengkapkan dirinya dengan sifat-sifat da’i dan mujahid.

kebiasaannya,mereka yang memiliki sifat-sifat seorang da’i mahupun mujahid yang sejati adalah tergolong dalam kalangan mereka yang bergelar ‘jundi majhul’.

Sifat Jundi Majhul

Sifat seorang jundi majhul itu tidaklah mudah sepertimana yang tergambar dalam pemikiran kita.

Untuk menjadi seorang pejuang yang benar-benar ikhlas ia perlu ada kemampuan untuk menekan ego, tidak menganggap paling berjasa,berjiwa kental,tidak mudah kecewa,

berani mengakui salah ketika berhadapan dengan keputusan qiyadah yang berbeda dengan pendapatnya, serta menempatkan tsiqoh (kepercayaan) dan husnu dzhon (sangka baik) kepada qiyadah adalah syarat untuk menjadi jundi majhul.

Umar bin Khatab ra pernah berkata:

“Tidak ada Islam tanpa jama’ah, tidak ada jama’ah tanpa qiyadah (pemimpin), tidak ada qiyadah tanpa jundi, tidak ada jundi tanpa ketaatan, tidak ada ketaatan tanpa keikhlasan.”

Menjadikan Dakwah Sebagai Keutamaan

Mereka yang terlibat dengan perjuangan dakwah sudah semestinya mengetahui risiko yang bakal mereka hadapi.

Risiko yang bakal mereka hadapi bukanlah risiko yang kecil,tetapi sangat besar,bahkan mereka mungkin akan dipenjara,dihina,dibuli,dipermainkan, dan tidak kurang juga akan dibunuh.

Namun,ujian-ujian itu semua tidak akan mampu menggugah tekad mereka.

Waraqah bin Naufal pernah berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W. :

“Engkau pasti akan diusir,didustai dan disiksa.”

Kemudian baginda bersabda :

“Tidak seorangpun yang datang sebagaimana yang aku perjuangkan kecuali ia akan mengalami keadaan serupa dengan apa yang ku alami.”

Info Tambahan :  Adab Melihat Pasangan Ketika Bertunang

Hukum ini berlaku hingga kepada para pewaris-pewarisnya. Tidakkah seorang hamba redha menjadikan hamba Allah yang terbaik sebagai contoh tauladannya.

Mengutamakan Redha Allah

Apabila hidup sebagai seorang pejuang Allah pasti akan terikat dengan pelbagai ujian yang berat.

Walau berat bagaimana sekalipun ujian yang mendatang,mereka tetap teguh mempertahankan Islam.

Ibnu Qayyim Rahimahullah mengatakan:

“Sesungguhnya sifat untuk lebih mengutamakan redha Allah pasti akan berhadapan dengan permusuhan manusia.Siksaan bahkan usaha mereka untuk membunuhnya.Yang demikian adalah sunnahtullah diantara makhluknya”

Jika tidak demikian,lalu apakah dosa para Nabi dan Rasul dalam memerintahkan keadilan di antara manusia dan menegakkan Agama Allah?

Maka barangsiapa yang lebih mengutamakan keredhaan Allah,niscaya ia akan mendapat permusuhan dari:

-Orang Alim yang jahat.

-Manusia yang menyimpang.

-Orang yang jahil.

-Pelaku bida’ah.

-Orang yang berdosa.

-Penguasa yang bathil.

Barangsiapa berpegang teguh pada Islam secara sempurna,ia tidak akan dapat digoyahkan oleh manusia bahkan gunung sekalipun,dihalangi oleh pelbagai ujian,kekerasan dan perasaan takut.

Kehadirannya Tidak Diketahui

Mereka tidak berkehendakkan kepada kemasyhuran dan tidak pula berusaha untuk mencari-carinya.

Mereka khuatir dengan asbab kemasyhuran itu akan menuntut kepada pemiliknya supaya mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam hati manusia.Walhal,cinta akan kedudukan itu merupakan sumber kerosakkan.

Kerana itulah,melarikan diri dari rasa haus akan kemasyhuran,menjadi ciri orang yang ingin mengaplikasikan keikhlasan dalam setiap perbuatan dan perkataan.

Mereka apabila diberikan amanah sebagai pemimpin mereka lakukan dengan penuh keikhlasan.

Jika diletakkan sebagai pekerja, mereka lakukan dengan penuh ketaatan.

Sedikit Cakapnya,Banyak Amalnya

Mereka lebih senang bercakap apabila perlu,berhati-hati ketika melontarkan pandangan,tidak berlebih-lebihan dalam berkata-kata.

lebih banyak berfikir tentang masalah umat berbanding memikirkan tentang perkara-perkara yang menyeronokkan.

Info Tambahan :  Bersabar Ketika Berinteraksi Sesama Manusia

Jika mengalami situasi sulit mereka bersabar. Mereka tidak akan rela sehingga dakwah mencapai tujuannya. Meskipun mereka perlu memeras seluruh kemampuan dan pemikiran mereka habis-habisan.

Apabila mereka memberi perintah, perintah mereka jauh dari sikap memaksa.

Apabila mereka taat kepada perintah, ketaatan mereka terbebas dari sikap merasa hina.

Apabila mereka melontarkan kritikan, kritikan mereka jauh dari sifat merosakkan dan menghancurkan.

Firman Allah S.W.T. :

“Di antara orang-orang mu’min ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya.”

(QS Al-Ahzab : 23)

Kesimpulannya,Hendaklah difahami oleh setiap mukmin,khususnya pendokong harakah Islamiah,

Setiap orang yang melibatkan diri dengan harakah Islamiyyah hendaklah menyedari jalan yang berdasarkan kepada fikrah sahaja tidak mendatangkan hasil yang baik,

Bahkan tidak menjadi pegangan yang kukuh dalam masa yang panjang kalau tidak disertakan dengan amal yang ikhlas kerana Allah.

Iman dan amal soleh merupakan dua perkara yang berlaziman dan tidak boleh dipisahkan.

Boleh jadi asbab kukuhnya sesebuah organisasi atau kesatuan itu adalah disebabkan oleh mereka yang bergelar “jundi majhul”,kerana mereka yang ikhlas ini sentiasa bersama dengan pertolongan Allah.

 

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share
Prev Article

About The Author

Zul Raihan

Related Articles

Pengeluaran KWSP I Sinar 26 Ogos 2021
Facebook Twitter Pinterestshare KWSP i Sinar diumumkan sebagai sebahagian daripada …

Pengeluaran KWSP I Sinar 26 Ogos 2021

Twitter Facebook Pinterest154shares   Anda mesti pernah dengarkan tentang Malam …

5 Petanda Malam Lailatulqadar Yang Perlu Anda Tahu

Twitter Facebook Pinterest154shares Adakah anda tahu apakah Amalan Sunat Ketika …

5 Amalan Sunat Ketika Sahur yang Boleh Anda Lazimi

Twitter Facebook Pinterest154shares Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap …

Persediaan Sebelum Memasuki Alam Perkahwinan

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Sama2, terima kasih yea kerana sudi membaca”
  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Boleh tekan link untuk download pdf Mutabaah Amal https://xtrousnotes.files.wordpress.com/2012/07/mutabaah-amal-bulan-ramadhan.pdf”
  • iAwani on Bantuan Keluarga Malaysia: Semak Status & Tarikh Bayaran 2022: “Wah! Excited juga baca pasal Bantuan Keluarga Malaysia ni. Semoga urusan dipermudahkan.. Amiinn”
  • Move on on Punca Berlakunya Tekanan Dalam Kehidupan Berumahtangga: “Besar betul tanggungjawab lepas kahwin ni yea.”
  • Move on on 5 Langkah Menghafal Al-Quran Yang Boleh Dipraktikkan: “Nice sharing, thank U dear”
  • Move on on Rebat Pengangkutan Grab Selangor ke Pusat Vaksinasi: “Alhamdulillah ringan skit beban rakyat”
  • Move on on Permohonan MARA S3P Untuk Perniagaan Mikro: “Moga ada sinar untuk para usahawan”
  • Move on on Nikmati Potongan Saman 50% Mulai 18 Jun 2021: “Oklah dah ada potongan harga … Banyak lak tu, so bayarlah awal yea”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz