Jom daftar Protege SSM sebelum 30 November! Protege SSM Ambilan Terkini. Peluang permohonan adalah terbuka kepada seluruh garduan warganegara Malaysia yang masih belum mendapat peluang pekerjaan untuk menjalani latihan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Menurut Portal Rasmi Protege, Prote ge adalah sebuah program yang bertujuan untuk membentuk dan membimbing para belia menerusi latihan keusahawanan dan kebolehpasaran. Berbekalkan kerjasama pakar industri, Protege berusaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan (job creators) yang kompetitif serta bersedia menempuhi pasaran global di samping melahirkan pencari kerja yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri semasa.
Kumpulan sasaran adalah golongan:
- Lepasan Sijil, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, dan PhD
- Berasal dari keluarga berpendapatan rendah (B40) atau tinggal di kawasan pedalaman
- Ingin mendapatkan latihan dalam bidang usahawan dan pekerjaan
Bagaimana Cara Membuat Permohonan Protege Atau Pendaftaran Secara Online?
Syarat Kelayakan Protege
Peserta mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut sebelum mengisi borangpendaftaran:-
- Seorang warganegara Malaysia yang memiliki keperibadian positif serta komited.
- Pemohon mestilah menghadiri temuduga Protege. Sekiranya graduan tidak memberi maklumbalas atau tidak menghadiri temuduga, graduan dianggap tidak berminat dan tidak memerlukan bantuan menerusi Program Protege. Maka butiran peserta akan dikeluarkan daripada senarai peserta aktif bagi tujuan suai padan dengan syarikat.
- Berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma dan ke atas (untuk Protege RTWCSR) dan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (untuk Protege RTW1PP/PK1.2)
- Graduan merupakan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dari dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain dari Kerajaan Malaysia (untuk RTW sahaja)
- Telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima (untuk Protege RTW 1PP/PK1.2)
Cara Mendaftar Peserta Protege (Permohonan Protege Online)
Jika anda tergolong dalam kumpulan sasaran seperti syarat kelayakan diatas, andaboleh membuat pendaftaran sebagai peserta Protege seperti berikut :-
- Memahami terma dan syarat yang telah ditetapkan
- Isi maklumat lengkap dan sila sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
- Pautan:
https://www.surveymonkey.com/r/PROTEGESSM
Apa yang anda akan dapat jika sertai Protégé?
- Elaun bulanan RM2000
- SOCSO
- Cuti Tahunan
Tarikh Tutup Permohonan: 30 November 2020
Terima kasih atas info yang dikongsikan. Walaupun program sudah tamat, pembaca dapat jadikan penulisan ini sebagai rujukan pada masa hadapan.