Maklumat Berkaitan KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditubuhkan bagi membantu para pekerja yang berkhidmat dengan syarikat swasta dan berkanun membuat simpanan wajib setiap bulan dari jumlah gaji yang diterima. Penubuhan KWSP ini juga sebagai persediaan semasa persaraan setelah genap tempoh umur yang ditetapkan. Namun begitu, pihak KWSP tetap membenarkan pencarum untuk membuat pengeluaran wang sebelum cukup tempoh persaraan, namun dibolehkan untuk dikeluarkan bagi tujuan tertentu.
KWSP turut menyediakan kemudahan pengeluaran yang terdiri dari Pengeluaran Sebelum Persaraan dan juga Pengeluaran Persaraan. Pengeluaran Sebelum Persaraan membolehkan pencarum mengeluarkan wang simpanan sebelum mencapai umur persaraan. Ia bertujuan untuk membantu pencarum membuat persediaan untuk persaraan. Bagi Pengeluaran Persaraan pula ia hanya boleh dikeluarkan setelah pencarum mencapai umur persaraan sahaja. KWSP juga turut menyediakan kemudahan pengeluaran pelaburan untuk ahli KWSP. Antara pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah seperti berikut :
1. Pengeluaran Bagi Individu Berumur 50 Tahun
Terdapat 2 jenis pengeluaran bagi individu yang telah mencapai umur 50 tahun iaitu:
- Pengeluaran penuh caruman bagi Akaun 2
- Pengeluaran sebahagian caruman bagi Akaun 2
Syarat – syarat untuk membuat pengeluaran wang simpanan adalah seperti berikut:
- Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
- Kad pengenalan diperlukan bagi tujuan pengesahan
- Pembayaran wang caruman akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar
2. Pengeluaran Bagi Individu Berumur 55 Tahun
Terdapat 4 jenis pengeluaran bagi individu yang telah mencapai umur 55 tahun iaitu:
- Pengeluaran penuh simpanan
- Pengeluaran sebahagian daripada simpanan dengan jumlah minimum sebanyak RM2,000.00 dan boleh dikeluarkan pada setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran yang terdahulu
- Pengeluaran secara bulanan dengan jumlah minimum sebanyak RM3,000.00, dan diberikan sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan
- Kombinasi pengeluaran sebahagian simpanan dan bayaran bulanan
- Pembayaran wang caruman akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar
3. Pengeluaran Bagi Individu Berumur 60 Tahun
Terdapat 4 jenis pengeluaran bagi individu yang telah mencapai umur 60 tahun iaitu:
- Pengeluaran penuh simpanan
- Pengeluaran sebahagian daripada simpanan dengan jumlah minimum sebanyak RM2,000.00 dan boleh dikeluarkan pada setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran yang terdahulu
- Pengeluaran secara bulanan dengan jumlah minimum sebanyak RM3,000.00, dan diberikan sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan
- Kombinasi pengeluaran sebahagian simpanan dan bayaran bulanan
- Pembayaran wang caruman akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar
4. Pengeluaran Bagi Mengurangkan Atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Pengeluaran wang simpanan boleh dibuat bagi mengurangkan atau menyelesaikan bagi pinjaman berdasarkan penyata baki pinjaman terkini dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Syarat – syarat untuk membuat pengeluaran wang simpanan adalah seperti berikut:
- Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL) dan bawa bersama kad pengenalan
- Sila bawa bersama penyata baki pinjaman perumahan dari LPPSA atau penyata baki pinjaman perumahan terkini mengikut format yang diberikan oleh KWSP (Tarikh penyata tidak melebihi tiga bulan dari tempoh permohonan)
- Sekiranya pengeluaran dibuat bagi membantu pasangan, sila bawa bersama sijil nikah / sijil perkahwinan / sijil kelahiran anak
- Pembayaran wang caruman akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar
5. Pengeluaran Kerana Hilang Keupayaan
Pencarum yang disahkan hilang keupayaan secara fizikal atau mental atau fungsional kekal serta tidak berupaya memperoleh pekerjaan, boleh mengeluarkan kesemua wang simpanan KWSP.
Syarat – syarat untuk membuat pengeluaran wang simpanan adalah seperti berikut:
- Pemohon perlu mengemukakan laporan perubatan asal yang diperolehi dari Institut Perubatan Pakar / Bukan Pakar samada dari Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta
- Bagi pemohon yang telah berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan perlu mendapatkan surat pemberhentian kerja daripada majikan (sekiranya ada)
- Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar
6. Pengeluaran Bagi Individu Yang Ingin Meninggalkan Negara
Pengeluaran ini boleh dibuat sekiranya pencarum telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaan kerana ingin berhijrah ke negara lain, atau pencarum tidak memiliki kewarganegaraan Malaysia dan telah berhenti kerja serta akan meninggalkan negara Malaysia
Syarat – syarat untuk membuat pengeluaran wang simpanan adalah seperti berikut:
- Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan KWSP 9K (AHL) dan bawa bersama kad pengenalan
- Pemohon perlu membawa permit kerja, passport serta bukti penamatan kerja
- Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar
7. Pengeluaran Pendidikan
Pengeluaran wang simpanan bagi tujuan pendidikan membolehkan pencarum mengeluarkan sebahagian wang simpanan dari Akaun 2 bagi membiayai yuran pengajian samada bagi keperluan ahli caruman atau anak ahli (ia termasuklah anak angkat serta anak tiri di bawah tanggungan ahli) dan mendapat pendidikan di mana – mana institut pengajian tinggi (IPT) sama ada di dalam atau di luar negara.
Syarat – syarat pengeluaran adalah seperti berikut:
- Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL) dan bawa myKad sebagai pengesahan
- Mestilah membawa Laporan Perubatan Asal dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
- Surat Tawaran Belajar
- Surat Asal Pengesahan Pendaftaran Pelajar
- Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian
- Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan)
- Borang Temuduga
- Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian
- Sekiranya membuat pengeluaran pendidikan bagi anak ahli mestilah kemukakan kad pengenalan anak ahli dan dokumen bukti pertalian
- Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar
8. Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Pesara Pilihan
Syarat – syarat pengeluaran adalah seperti berikut:
- MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
- Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan Berhubung Dengan Pengeluaran Pekerja Berpencen
- Bukti Pengesahan Taraf Pesara
- Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar
10. Skim Pelaburan Ahli
Sebahagian wang simpanan pencarum KWSP yang terdapat dalam Akaun 1 boleh dilaburkan bagi menambah serta meningkatkan jumlah simpanan bagi menyara kehidupan selepas persaraan. Pengeluaran boleh dibuat tidak melebihi 30% dari jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
Syarat – syarat pengeluaran adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah mengisi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
- Pemohon yang berwarganegara Malaysia mestilah membawa MyKad bagi tujuan pengesahan
- Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar
11. Pengeluaran Membeli / Membina Rumah
Pencarum boleh membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah. Pengeluaran ini membolehkan pencarum memiliki sebuah rumah sebagai tempat tinggal selepas bersara. Pembinaan rumah mestilah di atas tanah milik sendiri ataupun milik pasangan; atau ahli membina rumah panjang (Sabah dan Sarawak); atau ahli membina rumah di atas tanah FELDA atau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktiraf dan telah mendapat pengesahan dari agensi yang berkenaan bagi menentukan status pemilikan tanah.
Syarat – syarat pengeluaran adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah mengisi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
- Membawa bersama MyKad bagi Warganegara Malaysia
- Surat Perjanjian Jual Beli (mestilah tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
- Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (bagi kelulusan pinjaman yang kurang daripada setahun)
- Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian hendaklah tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
- Surat Hakmilik Tanah atas nama penjual / pemilik tanah
12. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
Pencarum berhak menguruskan sendiri wang simpanan mereka sekiranya ia melebihi RM 1.05 juta dan boleh mengeluarkan wang simpanan tersebut.
Syarat – syarat pengeluaran adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah mengisi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
- Mestilah membawa MyKad bagi Warganegara Malaysia sebagai tujuan pengesahan
- Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar
13. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Wang simpanan dari Akaun 2 boleh dikeluarkan bagi membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan.
Syarat – syarat pengeluaran adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah mengisi Borang Permohonan KWSP 9P (AHL)
- Membawa bersama myKad bagi Warganegara Malaysia
- Penyata baki pinjaman perumahan terkini dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) / Penyata baki pinjaman perumahan terkini mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP (Penyata baki mestilah tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
14. Pengeluaran Kematian
Penama / Waris / Wasi / Pentadbir Pusaka boleh membuat pengeluaran penuh caruman ahli yang telah meninggal dunia.
Syarat – syarat pengeluaran adalah seperti berikut:
- Perlu membawa Sijil Kematian Ahli
- Borang Permohonan KWSP 9KM (AHL) yang telah lengkap diisi serta myKad pemohon
- Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar
15. Pengeluaran Perumahan Fleksibel
Pengeluaran Perumahan Fleksibel membolehkan ahli caruman mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli atau membina rumah. Ini kerana caruman bulanan dianggap sebagai pendapatan tambahan. Pencarum boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP.
16. Pengeluaran Kesihatan
Pengeluaran ini membolehkan pencarum mengeluarkan wang simpanan dari Akaun 2 bagi mendapatkan rawatan perubatan yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga bagi penyakit kritikal dan atau membeli peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh pihak lembaga KWSP.
Syarat – syarat pengeluaran adalah seperti berikut :
- Pemohon mestilah mengisi Borang Permohonan KWSP 9D (AHL)
- Membawa bersama myKad bagi Warganegara Malaysia
- Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan
- Surat Pengesahan Majikan Mengenai Tanggungan Kos Rawatan
- myKad pesakit
- Bukti Pertalian di antara pemohon dan pesakit (sekiranya pemohon bukan pesakit)
- Bil Rawatan Pesakit Luar / Discaj Wad danResit Bayaran Asal dari Pusat Perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat)
- Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar
17. Pengeluaran Haji
Pencarum boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi menunaikan fadhu Haji.
18. Pengeluaran Perumahan PR1MA
Pemohon yang ingin membeli rumah di bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2.
19. Permohonan Secara Hassle Free
KWSP telah memperkenalkan sistem hassle free di mana para pemegang myKad tidak lagi perlu mengisi borang permohonan di kaunter. Pengeluaran yang boleh dilakukan secara hassle free hanya bagi pengeluaran berikut:
- Pengeluaran bagi pencarum berumur 50, 55 atau 60 tahun dan simpanan melebihi RM1Juta
- Pengeluaran Bagi Pekerja Berpencen Atau Pesara Pilihan
- Pengeluaran Bagi Menyelesaikan Atau Mengurangkan Baki Pinjaman Perumahan
- Pengeluaran Ansuran Bulanan Bagi Pinjaman Perumahan
- Pengiraan Awal Syer Kerajaan (Pre-PEN)
Walau bagaimana pun, setiap keperluan dokumen sokongan adalah tertakluk kepada syarat – syarat serta prosedur semasa yang telah ditetapkan oleh KWSP.