ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Agama
Ibrah Kisah Nabi Yusuf : Mendepani Fitnah Kaum Hawa

Ibrah Kisah Nabi Yusuf : Mendepani Fitnah Kaum Hawa

Zul Raihan March 31, 2022 No Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share

Wanita adalah makhluk Allah yang sangat menarik dan unik.Wanita juga memiliki keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri sehingga menjadi makhluk Allah yang mulia di dalam Al-Quran.

Dalam diri wanita ada sifat dan karakter yang sangat khas.Dengan adanya sifat dan karakter ini,wanita mampu membawa keperibadian yang berbeza dengan lawan jenisnya.

Namun begitu,wanita juga mampu membawa api fitnah yang sangat dahsyat dan mengerikan bagi kaum Adam jika ianya tidak diimbangi dengan iman dan takwa.

Reaksi Iman Ketika Diuji Godaan Syahwat

Ujian yang ditimpakan keatas Nabi Yusuf AS berupa godaan dari wanita yang kaya lagi cantik adalah merupakan ujian yang sangat berat.

Umur yusuf dan umur Siti Zulaikha yang hidup bersama dibawah satu bumbung istana di sepanjang masa itu mempunyai nilai dalam menentukan sejauh mana besarnya godaan-godaan itu.

Seandainya ujian kali ini merupakan satu-satunya ujian yang datang mendadak tanpa didahului oleh godaan yang lama tentulah tidak payah dan sulit kepada Nabi yusuf untuk mempertahankan dirinya dari godaan itu.

وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ

serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”.

(Surah Yusuf Ayat 23)

Pelawaan yang dilakukan secara terbuka ini membuktikan bahawa tentulah ianya bukan pelawaan yang pertama kali dari perempuan (Al-Aziz) itu,malah pelawaan ini merupakan pelawaan yang terakhir.

Sebelum berlakunya kemuncak akan peristiwa ini,telah wujud berbagai-bagai godaan secara halus yang telah dilakukan sebelum berlakunya peristiwa yang mendadak dan kasar ini.

Lelaki yang berhadapan dengan situasi sebegini pasti akan berhadapan dengan dua keadaan,sama ada mengikut hawa nafsu yang sedang marak terbakar atau mengikuti landasan Iman.

Pada waktu ini hanya Iman dan Taqwa sahaja yang menjadi benteng paling utama.

Info Tambahan :  Kursus Kahwin Online Semasa PKP

Hamba Allah yang benar-benar beriman,akan memandang ujian yang sedang menimpa dirinya itu adalah sebagai peluang untuknya membuktikan kesungguhannya berpegang dengan agama.

Cemerlang atau jatuhnya kita,boleh diukur berdasarkan kepada reaksi iman kita terhadap ujian yang sedang menimpa diri kita.

Bermain Falasi Ketika Berhujjah

Ketikamana berlakunya adegan kemuncak sewaktu Siti Zulaikha cuba untuk mendapatkan Nabi Yusuf secara paksa, tiba-tiba,Al-Aziz telah berada di depan pintu bilik ketika Nabi Yusof ingin keluar.

Lalu demi untuk menjaga imej dan kehormatan dirinya,Siti Zulaikha telah menuduh Nabi Yusuf dengan tuduhan yang palsu.

Siti Zulaikha cuba untuk mengeksploitasi persepsi orang sekelilingnya dengan memutar belit fakta supaya kemenangan berpihak kepadanya.

Ia cuba untuk membunuh karakter Nabi Yusuf dengan memburuk-burukkannya bahkan memfitnahnya dengan jangkaan-jangkaan yang melampau.

Sikap Siti Zulaikha telah memunculkan perilaku ‘Escapisme’ yang tidak bertanggungjawab,dengan cubaan untuk melarikan diri dari terhukum kerana kesalahannya yang telah terdedah dan terbongkar.

Respon Politikus Terhadap Isu

Al-Aziz mengetahui bahawa Nabi Yusof telah dianiaya dan kebenaran telah berpihak kepadanya,dengan bukti dan dalil yang jelas melalui tanda koyakan baju di belakangnya.

Namun, demi menjaga reputasi dan kredibilitinya sebagai orang yang berpengaruh pada masa itu,

Beliau telah meminta kepada Nabi Yusof untuk melupakan perkara tersebut dan telah menyumbatnya ke dalam penjara supaya situasi yang berlaku benar-benar menampakkan bahawa yang bersalah adalah Nabi Yusof bukannya Siti Zulaikha demi untuk menjaga imej dirinya dari terus tercalar.

Karakter dan perilaku politikus yang sebegini sememangnya wujud demi untuk kelangsungan politiknya dan demi untuk kepentingan tertentu.

Mereka tidak peduli siapa yang benar atau siapa yang salah,apa yang paling penting bagi mereka adalah imej dan reputasi mereka kekal terjaga dan kekal bersih.

Info Tambahan :  Nadhir Al-Harith : Hedonisme Di Zaman Rasulullah SAW

 Mendepani Fitnah Yang Berlegar Di sekeliling Kita

Ketika mana suatu berita itu sampai kepada kita perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah dengan bersangka baik terlebih dahulu.

Inilah didikan al-Quran dan tuntutan hidup bagi orang-orang yang beriman.Satu saranan yang indah yang mengajarkan kita agar tenang dahulu ketika menerima sesuatu berita buruk terutamanya yang menyentuh tentang kehormatan orang lain.

Firman Allah SWT :

لَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنْفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَٰذَا إِفْكٌ مُبِينٌ

Maksudnya :”Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata”.

( Surah Nur ayat 12 )

Mukmin yang benar hendaklah berhati-hati dalam membicarakan kehormatan orang lain.

Jangan mudah terikut-ikut dengan lidah-lidah yang keji dalam menyebarkan berita yang memalukan atau terus mempercayai isu-isu yang dimuatkan dalam media massa.

Akibatnya tanpa disedari ia akan terjebak dalam perangkap sangka buruk terhadap saudaranya dan akhirnya boleh mengheretnya kepada dosa besar iaitu menfitnah dan menuduh tanpa bukti.

Kesimpulannya,inilah perjalanan sunnatullah apabila para rasul-Nya hampir-hampir putus harapan sebagaimana yang dirasakan oleh Nabi Yusuf AS dalam penderitaannya yang lama itu.

Itulah isyarat ilahi yang menerangkan jalan keluar yang menyusahkan tetapi akhirnya akan membawa kepada keselamatan yang dicita-citakan mereka.

Setiap insan atau manusia yang mampu mengawal nafsu dan syahwatnya akan terselamat daripada fitnah wanita.

Kerana itu, agama Islam telah mengajar atau meletakkan beberapa garis panduan kepada kaum lelaki apabila berinteraksi dengan wanita dan begitu juga sebaliknya.

Semoga Allah SWT memelihara kita daripada fitnah wanita ini serta menjadikan wanita-wanita Islam sebagai wanita yang solehah.

Info Tambahan :  Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan

RUJUKAN :

1.TAFSIR FI ZILAL QURAN
2.QASASUL ANBIA
3.AJARKAN WANITAMU SURAH AL-NUR
4.TULISAN USTAZ ABDUL MU’IZZ MUHAMMAD

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share
Prev Article
Next Article

About The Author

Zul Raihan

Related Articles

Twitter Facebook Pinterest308shares Apabila seseorang lelaki benar-benar yakin dengan sifat-sifat …

Meminang Dalam Islam

Twitter Facebook Pinterest154shares     Adakah anda tahu tentang aplikasi …

5 Aplikasi Islamik Yang Boleh Anda Cuba

Twitter Facebook Pinterest154shares Dalam hukum Islam, ada pelbagai perkara yang …

Suami Menceraikan Isteri Ketika haid

Twitter Facebook Pinterest308shares حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ …

Berharap Dan Memohon Keampunan Dari Dosa

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • iAwani on Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022: “Pengeluaran KWSP yang ini betul-betul banyak membantu kehidupan.. Harga barang semakin naik dan harga perkhidmatan juga semakin naik. Dengan duit…”
  • Amar on Apa Itu Jurusan Pengurusan Maklumat?: “Laptop apa yg sesuai ye untuk digunakan dalam course ni?”
  • Fida on 3 Kelebihan Membaca al-Quran Sebelum Subuh yang Perlu Anda Tahu: “Assalamualaikum ustaz maknanya lagi afdal ke baca quran sebelum subuh sebab selama ni saya ngaji lepas subuh.”
  • Wan Syaqila on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “rabi raza Btul weii lgipun apps dia tu lgi tersusun dari yg lain hehe.. aku pun mula mula tgk kat…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “lagipun apps dia tu senang nk guna.. mcm guna hiredly company yg aku cari x banyak sngt. course aku pun…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “bgi aku laa mmg best guna jobstreet.. aq pn tau psl tu dri tgk iklan ry dia la weii. lepstu…”
  • Hafiz Abd on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Yg penting mana yg senang and btul2 dpt kerja.. Tpi hritu guna jobstreet siap tgk sekali iklan dia hahahah. Best…”
  • Dinie Razak on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Ya.. Klu nk best mmg guna jobstreet. Apps dia mudah and aku dpt kerja sbb apps tu hihi. Lgi best…”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2023 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz