Permohonan terbuka kepada semua ahli KWSP yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.
Had pengeluaran i-Sinar dari RM4,000 sehingga maksimum RM60,000 bergantung kepada jumlah baki akaun 1 anda.
Berikut adalah perincian serta syarat kelayakan bagi memohon pengeluaran akaun 1 KWSP ini.
Syarat Kelayakan
Berbeza dengan i-Lestari yang membolehkan ahli mengeluarkan RM500 sebulan dari akaun 2, i-Sinar membolehkan ahli mengeluarkan 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.
Manakala ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000.
Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%.
Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000.
Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
Sebagai contoh:
Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan.
Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula.
SITUASI 1
Jika Akaun 1ada RM3,500
Jumlah maximum yang boleh dikeluarkan ialah RM3,400 (perlu tinggalkan baki RM10)
Bayaran pertama RM3,400
SITUASI 2
Jika akaun 1 melebihi RM9,500
Jumlah maximum yang boleh dikeluarkan ialah RM9,000
Bayaran pertama maximum RM4,000
Baki RM5,000 dibayar dalam tempoh 5 bulan (5 kali bayaran)
SITUASI 3
Jika akaun 1 melebihi RM90,000 (90k)
Jumlah yang boleh dikeluarkan 10% daripada jumlah akaun 1. Tetapi maximum RM60k. Bayaran pertama bulan pertama maximum sehingga RM10k
PERHATIAN!!
Jumlah yang dikeluarkan perlu diganti semula
Jika selepas ini mencarum semula. Semua caruman (100%) akan dimasukkan ke dalam akaun 1, sehingga selesai atau bersamaan amaun yang dikeluarkan untuk i-Sinar.
Cara login i-Sinar (direct link)
Kami cuma mengandaikan bahawa pautan i-Sinar adalah sama dengan i-Lestari sebelum ini. Jadi, anda boleh ikuti langkah-langkah yang ringkas seperti di bawah:
- Layari direct link untuk Log Masuk i-Sinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
- Ada beberapa pautan yang boleh dipilih seperti:
- Permohonan Baharu
- Semak Permohonan
- Kemaskini Pengeluaran
- Batal Pengeluaran
- Panduan Pengguna (Infografik)
- FAQ
- Sila klik Permohonan Baharu untuk membuat permohonan i-Sinar
- Sekiranya anda sudah mendaftar dan buat permohonan, boleh terus klik Semak Permohonan untuk melihat status kelulusan.
Soalan Lazim
Soalan: Bilakah pengeluaran i-Sinar boleh dibuat?
Permohonan boleh dibuat mulai Disember 2020.
Soalan: Berapakah had pengeluaran Akaun 1 KWSP?
Bergantung kepada jumlah baki akaun 1 ahli. Had maksimum adalah RM60,000 sahaja.
Soalan: Adakah saya layak memohon?
Sekiranya memenuhi syarat kelayakan KWSP i-Sinar, maka anda layak membuat pengeluaran Akaun 1.
Soalan: Bilakah wang akan dikreditkan ke akaun saya?
Pembayaran pertama akan dibuat mulai Januari 2021.
Soalan: Permohonan i-Lestari saya sudah pun lulus, bolehkan saya memohon i-Sinar?
Boleh.
Alhamdulillah, terima kasih atas pencerahan ini. Semoga kelonggaran yang diberikan dapat meringankan beban kewangan era covid-19.