Graphic Card merupakan perkara yang paling penting jika anda mahu membeli PC baru pada tahun 2021. Tidak kiralah anda mahu meggunakannya untuk bermain permainan video ataupun perkara lain, GPU(Graphic Processing Unit) yang terdapat di dalam peranti anda dapat mempercepat hampir semua kerja yang anda lakukan.
Untuk pengetahuan anda, kita berada di tengah-tengah persaingan paling sengit antara AMD dan Nvidia selama bertahun-tahun. Oleh itu, anda perlu memilih sama ada anda ingin pergi bersama pasukan merah(AMD) atau pasukan hijau(Nvidia).
Isu untuk membeli graphic card ini merupakan perkara yang sering dibincangkan bagi seseorang yang mempunyai PC sama ada ingin menaik taraf atau ingin menambahnya ke dalam sistem. Oleh itu, kita akan melihat beberapa senarai graphic card yang ada supaya anda boleh memilih sesuai mengikut spesifikasi yang anda mahukan.
Senarai Graphic Card :
- Nvidia GeForce RTX 3060 Ti
- Nvidia GeForce RTX 3080
- Nvidia GeForce RTX 3090
- AMD Radeon RX 5600 XT
- AMD Radeon RX 5700
Di atas merupakan beberapa senarai graphic card yang akan dibincangkan dengan lebih terperinci.
1. Nvidia GeForce RTX 3060 Ti
Kemunculan terbaru dalam barisan RTX 3000, kad grafik ini jauh lebih baik dan memberikan prestasi yang dapat menyaingi RTX 2080 Super sambil mengekalkan harga yang sangat berpatutan bagi kebanyakan orang, dan itu termasuk dengan pengesanan ray yang mengagumkan. Permainan video dengan resolusi 1080p boleh diperolehi dengan mudah dan mampu dimiliki.
Spesifikasi : Stream Processors: 4,864
Core Clock: 1.41 GHz (1.67 GHz boost)
Memory: 8 GB GDDR6
Memory Clock: 14Gbps
Outputs: HDMI 2.1, 3x DisplayPort 1.4a
Power Connectors: 1x PCIe 8-pin (adapter to 1x 12-pin included)
Kelebihan : – Resolusi 1080p yang sangat baik
– Pengesanan ray(ray tracing) yang sangat kukuh
Kekurangan : Mempunyai resolusi 4K pada tahap minimum
2. Nvidia GeForce RTX 3080
Dengan Nvidia GeForce RTX 3080, permainan video beresolusi 4K menjadi lebih mudah diakses.
Spesifikasi : Stream Processors: 8,704
Core Clock: 1.44 GHz (1,71 GHz boost)
Memory: 10 GB GDDR6X
Memory Clock: 19Gbps
Power Connectors: 2x PCIe 8-pin
Outputs: HDMI 2.1, 3x DisplayPort 1.4a
Kelebihan : – Resolusi 4K untuk gaming yang hebat
– Suhu rendah
Kekurangan : Harga yang agak mahal.
3. Nvidia GeForce RTX 3090
Anda tidak dapat mengalahkan Nvidia GeForce RTX 3090 dari sudut prestasinya. Dengan RAM sebanyak 24GB, tidak ada permainan atau yang lebih penting lagi, projek grafik yang berskala besar akan mengalami masalah dari segi sistem itu berjalan. Sebenarnya, anda bahkan boleh memperoleh resolusi 8K pada 60 fps daripada 3090.
Spesifikasi : Stream Processors: 10,496
Core Clock: 1.40 GHz (1,70 GHz boost)
Memory: 24 GB GDDR6X
Memory Clock: 19.5Gbps
Outputs: HDMI 2.1, 3x DisplayPort 1.4a
Kelebihan : Resolusi sehingga 8K
Kekurangan : – Harganya yang sangat mahal
– Saiz yang besar
4. AMD Radeon RX 5600 XT
Sekiranya anda mencari kad grafik terbaik untuk permainan video 1080p, anda mungkin ingin melihat apa yang ditawarkan oleh AMD Radeon RX 5600 XT ini . Kad grafik AMD ini mengalahkan Nvidia GeForce RTX 2060 dengan label harganya yang lebih berpatutan, “frame rates” yang tinggi dan banyak lagi perisian lain disamping memerlukan kuasa yang rendah.
Spesifikasi : Stream processors: 3,584
Core clock: 1,506
Memory: 11GB GDDR5X
Memory clock: 10Gbps
Power connectors: 2 x 8-pin
Outputs: 1.4 with DSC DisplayPort, HDMI with 4K60 Support
Kelebihan : Harga yang berpatutan
Kekurangan : – Tiada pengesanan ray
– Hanya mempunyai VRAM sebanyak 6GB
5. AMD Radeon RX 5700
Kad grafik ini membawa permainan video 1440p pada tetapan Ultra atau Max sekaligus menjadikannya berpatutan dan dapat diakses oleh semua orang. Pada harga yang mampu milik ini, pasti terdapat kekurangannya. Kepada mereka yang mencari pengesanan ray, anda harus menunggu. Tetapi, untuk apa yang ditawarkannya dan berapa harganya, ia layak mendapat gelaran sebagai kad grafik terbaik tahun 2021 untuk kebanyakan orang.
Spesifikasi : Stream Processors: 2,304
Core Clock: 1,465 MHz (1,725 MHz boost)
Memory: 8GB GDDR6
Memory Clock: 14Gbps
Power Connectors: 1 x 8-pin and 1 x 6-pin
Outputs: 1 x DisplayPort 1.4 with DSC, 1 x HDMI with 4K60 Support
Kelebihan : – Prestasi yang mengagumkan
– Harga yang sangat murah
Kekurangan : Tiada pengesanan ray
Kesimpulan
Terdapat banyak jenis kad grafik yang ditawarkan di pasaran daripada yang murah sehinggalah yang termahal. Oleh itu, anda perlulah bijak memilih dengan melihat spesifikasi yang sesuai dengan kerja yang ingin anda lakukan.