ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
    • Aplikasi Online
    • Device
    • Gadjet
    • Keselamatan
    • Komputer
    • Laman web
    • Permainan Video
    • Software
    • Telefon
    • Telekomunikasi
  • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Blog
  • Hiburan
  • Automobile
  • Umum
Home
Penulis Jemputan
Faktor-Faktor Penting Dalam Memilih Sekolah Anak

Faktor-Faktor Penting Dalam Memilih Sekolah Anak

Irene October 4, 2019
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Menimba ilmu merupakan suatu kewajipan dari kecil sehinggalah ke akhir hayat. Bak kata pepatah menuntut ilmu biarlah sampai ke negara China.

Sudah tentunya menuntut ilmu secara formal bermula di sekolah. Oleh itu, pemilihan sekolah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan diri anak-anak baik dari segi jasmani dan rohani.

Faktor-Faktor Memilih Sekolah Anak

1. Jarak Sekolah

Faktor ini memainkan peranan yang sangat penting terutamanya bagi golongan ibu bapa yang bekerja. Mereka harus memilih sekolah yang berdekatan dengan tempat mereka bekerja supaya urusan menghantar dan mengambil menjadi lebih mudah lebih-lebih lagi jika tiada kenderaan alternatif yang lain. Bagi suri rumah pula, mereka lebih senang memilih sekolah yang berdekatan dengan rumah supaya lebih senang dan tidak mengganggu kerja harian. Memilih sekolah yang berdekatan juga dapat mengurangkan kos pengangkutan.

 

2. Pencapaian Akademik

Tidak dinafikan, memilih sekolah yang tinggi pencapaian akademiknya membuat ibu bapa berasa lega untuk mendaftarkan anak mereka. Hal ini kerana sekolah yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi biasanya akan mengadakan kelas-kelas tambahan yang diuruskan oleh pihak sekolah. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau untuk mencari kelas tuisyen di luar yang sudah semestinya mahal.

3. Persekitaran

Persekitaran di sini termasuklah infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah. Persekitaran yang nyaman dan selesa sudah semestinya dapat membantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran anak-anak. Persekitaran sekolah yang dipilih haruslah bebas dari unsur-unsur negatif seperti buli, vandalisme, gangsterisme dan sebagainya. Sekolah yang cemerlang adalah sekolah yang mempunyai masalah disiplin yang sangat rendah.

4. Sekolah Kerajaan atau Swasta?

Perkara ini juga sering dibahaskan oleh sesetengah ibu bapa. Tidak kurang juga ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah swasta kerana sistem pendidikan yang lebih berkualiti walaupun terpaksa membayar yuran yang mahal berbanding dengan sekolah kerajaan. Kebiasaan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah swasta terdiri daripada pekerja golongan profesional dan mampu untuk membayar segala yuran fasiliti. Sekolah swasta tidak mendapat sebarang peruntukan. Disebabkan itu, yuran yang dikenakan agak mahal.

5. Nisbah Guru Dan Pelajar

Sesetengah ibu bapa memilih sekolah yang mempunyai nisbah murid yang kecil bagi memastikan anak-anak mereka mendapat perhatian yang secukupnya oleh guru di dalam satu kelas. Keadaan seperti ini biasanya didapati di sekolah-sekolah swasta kerana kebanyakan sekolah awam mempunyai jumlah murid antara 30-40 pelajar dalam satu bilik darjah terutamanya sekolah di kawasan bandar. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya memantau aktiviti harian anak mereka supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran

 

Secara keseluruhan, memilih sekolah yang baik amatlah penting bagi anak-anak. Namun begitu, jika para ibu bapa tidak mendapat sekolah yang diingini tidak bermakna anak-anak tidak dapat menimba ilmu dengan baik. Sekolah yang wujud pada hari ini sentiasa komited dalam menyediakan pembelajaran yang sempurna bagi menjayakan anak-anak untuk menjadi modal insan yang berkualiti pada masa hadapan.

Prev Article
Next Article

About The Author

Irene

Related Articles

Permohonan UTHM Program Eksekutif Dan Profesional
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda ! Facebook …

Permohonan UTHM Program Eksekutif Dan Profesional

Jenis Penyata Pencen
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda ! Facebook …

Jenis Pencen Dan Cara Mendapatkan Penyata Pencen

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Semakan Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0
  • 10 Skincare Terbaik Untuk Lelaki
  • 5 Modem WiFi Simcard Unlimited Internet
  • Cara Menabung Menggunakan Tabung Warna
  • Permohonan UTHM Program Eksekutif Dan Profesional

Komen Terkini

  • Mr.Reading on 10 Contoh Online Business Yang Laku Keras
  • ARDEY BIN MOHD SAH on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19
  • Mr.Reading on Tangguhan Moratorium di Belanjawan 2021
  • Mohd ridzuan bin hassa on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19
  • Mohamad sairi on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh