ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Agama
Doa Belajar Untuk Peperiksaan

Doa Belajar Untuk Peperiksaan

Zul Raihan February 28, 2022 No Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share

Doa adalah satu perkara yang mesti menjadi keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara.Ia menunjukkan kepada kita bahawa seseorang hamba itu perlu bergantung harap sepenuhnya kepada Allah SWT.

Dalam konteks pelajar di sekolah terutamanya ketika menghadapi peperiksaan,mereka perlu meletakkan sepenuh pengharapan dan tawakalnya kepada Allah setelah dia berusaha bersungguh-sungguh demi untuk meraih kejayaan di dalam peperiksaan.

Maka,doa belajar perlu menjadi satu kelaziman bagi menarik berkat dan rahmat daripada Allah SWT.

Perkara-Perkara Yang Membantu Ingatan Pelajar

Pertama : Perkara pertama yang perlu ditekankan adalah kesungguhan,ketekunan,kegigihan,pengurangan makanan,sembahyang sunat diwaktu malam (sepertiga sembahyang sunat tahajjud ) dan sering membaca Al-Quran.

Ada sebahagian pendapat yang mengatakan :Tiada sesuatu yang lebih menambahkan ingatan selain daripada membaca al-Quran dengan cara melihat apa yang dibacanya.

Kedua : membaca ketika mengangkat kitab (buku) yang dibaca dan ditalaahkannya dengan bacaan :

بِسْمِ اللَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَولَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ الْعَزِيْزِ الْعَلِيْمِ عَدَدَ كُلِّ حَرْفٍ كُتِبَ وَيُكْتَبُ أَبَدَ اْلآ بِدِيْنَ وَدَهْرَ الدَّاهِرِيْنَ.

Maksudnya : “Dengan nama Allah.Maha suci Allah.Segala puji bagi Allah.Tiada tuhan melainkan Allah.Allah maha besar.Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang maha Tinggi,maha Besar,Maha Perkasa,Maha Mengetahui sebanyak bilangan semua huruf yang telah ditulis akan dan akan ditulis sepanjang abad dan sepanjang masa.”

Ketiga :Dibaca selepas sembahyang lima waktu :

آمَنْتُ بِاللَّهِ الْوَاحِدِ اْلأَحَدِ الْحَقِّ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ وَكَفَرْتُ بِمَا سِوَاهُ.

Maksudnya :” Aku beriman kepada Allah yang esa,yang tunggal,yang benar sahaja,tiada sekutu baginya dan aku tidak beriman kepada yang lain daripadanya.”

Keempat : Hendaklah memperbanyakkan selawat keatas nabi SAW ,kerana baginda itu adalah rahmat untuk seluruh alam.Diharapkan dengan berkat selawat keatas nabi SAW itu,diturunkan rahmat dan kekuatan kepada ingatan serta dihindarkan daripada kelupaan.

Info Tambahan :  Tips Pemilihan Pasangan Yang Baik

Kelima : meninggalkan maksiat.sepotong syair pernah menyebutkan :

“Aku telah mengadukan kepada Waqi’ tentang buruknya ingatanku.Lantas beliau menyuruhku meninggalkan perkara maksiat.”

“Kerana sesungguhnya ingatan itu adalah kelebihan ilahi.Kelebihan ilahi tidak dikurniakan kepada orang yang berbuat maksiat.”

🔵Perkara-Perkara Lain Yang Membantu Ingatan

Pertama : Bersugi,minum madu,makan kemenyan kundur (kemenyan Arab) yang bercampur gula dan makan dua puluh satu biji buah anggur merah setiap hari ketika lapar,selain dapat menambahkan ingatan,ia juga dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit dan penderitaan.

Kedua : setiap benda yang boleh mengurangkan lendir dan lembapan dapat membantu dalam menambahkan ingatan,manakala benda yang menambah lendir akan menjadikan seseorang itu cepat lupa.

Perkara Yang Meninggalkan Kelupaan

Pertama : Maksiat banyak,banyak dosa,runsing dan berduka – cinta serta banyak kaitan dan kesibukan mengenai keduniaan.Orang yang berakal sepatutnya tidak berduka mengenai urusan keduniaan kerana ia membawa mudarat dan tidak memberi manfaat.

Berduka kerana keduniaan akan menggelapkan hati,sedangkan berduka kerana akhirat akan memancarkan cahaya di dalam hati dan kesannya dapat dilihat didalam sembahyang.berduka kerana keduniaan akan menyakitkannya daripada kebaikan,sedangkan berduka kerana Akhirat akan membawa kepada kebaikan.

Doa-Doa Pilihan Sewaktu Menghadapi Peperiksaan

1.Baca Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Kecerdasan Otak

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي * وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي * وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي * يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya :”Musa -‘alaihissalām- berkata, “Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku agar aku bersabar dalam mendapatkan berbagai rintangan.Dan mudahkanlah untukku urusanku.Dan berikanlah aku kemampuan untuk berbicara secara fasih,agar mereka memahami perkataanku tatkala menyampaikan risalah-Mu.”

[Surat Taha Ayat 25 – 28]

2.Doa Mula Mentelaah Agar Mudah Mengingat Pelajaran

لَوْ أَنْزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Info Tambahan :  Insentif Untuk PEMERKASA EBelia RM150 Pada Jun 2021

Maksudnya :”Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.”

[Surat Al-Hashr Ayat 21]

3. Doa Selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتـُ فَرُدَّهُ إِلَىَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ،إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya :” Ya Allah!Sesungguhnya daku menyerahkan apa yang daku baca,faham dan hafal kepadaMu.Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika daku memerlukannya kelak.Sesungguhnya Dikau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

4.Doa Mengelak Lupa

اَللَّهُمَّ زِدْنَا وَلاَ تَنْقُصْنَا،وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا،وَأَعْطِنَا وَلاَتَحْرِمْنَا،وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا،وَارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا

Maksudnya :”Ya Allah!Tambahkanlah kami,jangan Dikau kurangkan;Muliakanlah kami,jangan dihina;Berilah kami,jangan ditahannya;Pilihlah kami,jangan Dikau biarkan;Redhailah kami dan redhailah juga usaha kami.”

5.Doa Memulakan Ulangkaji

اَللَّهُمَ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلَائِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ.اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْتِكَ،إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ

Maksudnya :”Ya Allah!Daku memohon padaMu kefahaman para nabi,ingatkan para rasul dan dihampiri malaikat.Ya Allah!Jadikanlah lidahku basah berzikir mengingatiMu dan hatiku dipenuhi dengan gentar padaMu.Sesungguhnya Dikau maha berkuasa di atas segala apa yang Dikau kehendaki.”

6.Doa Mudah Kefahaman Dan Ingat

اَللَهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وَإِلْهَامَ المَلَائِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Maksudnya :”Ya Allah!Kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul,serta ilham daripada para malaikat yang hampir denganMu,kurniakanlah kami kesihatan yang baik;Wahai Tuhan yang Maha Pengasih!”

7.Doa Memohon Kejayaan Cemerlang

اللّهُمِّ إِنْي أَسْأَلُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدَآءِ وَالنِّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

Maksudnya :”Ya Allah!Kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan,tempat para syuhada’ dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

Info Tambahan :  Rayuan Bantuan BPR Bermula 15 Jun 2021

Kesimpulannya,medan peperiksaan adalah tempat untuk kita menguji diri kita akan setara mana kefahaman kita terhadap ilmu yang telah dipelajari.

Maka,untuk menjadikan kefahaman dan ingatan kita itu betul-betul melekat,kita perlulah menjaga perkara-perkara yang boleh membantu ingatan kita serta sentiasa berjaga-jaga dengan perbuatan yang boleh menjadikan kita mudah lupa.

Kemudian,berserah dirilah dan bertawakallah kepada Allah dengan sentiasa berdoa memohon pertolongan daripada Allah SWT.Moga-moga Allah membantu kita serta mempermudahkan segala urusan kita setelah kita berusaha bersungguh-sungguh.

RUJUKAN :

1.KITAB TAA’LIM MUTAALIM

SYEIKH BURHANUDIN AZ-ZARNUJI

2.https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/10/09/tips-doa-persediaan-mengulangkaji-pelajaran/

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share
Prev Article
Next Article

About The Author

Zul Raihan

Related Articles

Pemberitahuan Pengeluaran KWSP i-Sinar
Facebook Twitter Pinterestshare Pengeluaran KWSP boleh dibuat pada 11 Januari …

Pemberitahuan Pengeluaran KWSP i-Sinar

Twitter Facebook Pinterest154shares Dalam hukum Islam, ada pelbagai perkara yang …

Suami Menceraikan Isteri Ketika haid

Twitter Facebook Pinterest308shares حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ …

Berharap Dan Memohon Keampunan Dari Dosa

Easystore VS Shopify Mana Lebih Baik?
Twitter Facebook Pinterest154shares Easystore VS Shopify dicari cari oleh ramai …

Easystore VS Shopify Mana Lebih Baik?

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Sama2, terima kasih yea kerana sudi membaca”
  • Jundullah98 on Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba: “Boleh tekan link untuk download pdf Mutabaah Amal https://xtrousnotes.files.wordpress.com/2012/07/mutabaah-amal-bulan-ramadhan.pdf”
  • iAwani on Bantuan Keluarga Malaysia: Semak Status & Tarikh Bayaran 2022: “Wah! Excited juga baca pasal Bantuan Keluarga Malaysia ni. Semoga urusan dipermudahkan.. Amiinn”
  • Move on on Punca Berlakunya Tekanan Dalam Kehidupan Berumahtangga: “Besar betul tanggungjawab lepas kahwin ni yea.”
  • Move on on 5 Langkah Menghafal Al-Quran Yang Boleh Dipraktikkan: “Nice sharing, thank U dear”
  • Move on on Rebat Pengangkutan Grab Selangor ke Pusat Vaksinasi: “Alhamdulillah ringan skit beban rakyat”
  • Move on on Permohonan MARA S3P Untuk Perniagaan Mikro: “Moga ada sinar untuk para usahawan”
  • Move on on Nikmati Potongan Saman 50% Mulai 18 Jun 2021: “Oklah dah ada potongan harga … Banyak lak tu, so bayarlah awal yea”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz