ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Aplikasi Online
Cara Semak Penyata KWSP Online

Cara Semak Penyata KWSP Online

Irene November 10, 2020 1 Comment
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 308shares

Cara Semak Penyata KWSP Online, Pasti anda merasa gembira setiap kali hujung bulan kerana gaji sudah masuk ke dalam akaun. Tapi tidak disangka-sangka gaji yang masuk telah mengalir keluar seperti air terjun kerana berbelanja sakan.

Mujurlah ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) di Malaysia yang memastikan gaji bersih yang anda perolehi adalah lebih dari yang sepatutnya.

Apa Itu KWSP?

Bagi mereka yang telah menempuh alam pekerjaan, nama KWSP telah pun sinonim dengan kehidupan anda sehari-hari. Jadi, apa itu KWSP?

KWSP merupakan satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu anda menyimpan wang buat hari tua. Menarik bukan? Jadi anda tidak perlu risau berkenaan masalah kewangan selepas pencen.

Apa itu i-Akaun (KWSP)?

Pada zaman sebelum wujudnya teknologi yang serba canggih, anda dikehendaki untuk menunggu giliran di kaunter KWSP jika ada sebarang urusan seperti pengeluaran dan ingin melihat penyata baki.

Tapi dengan adanya perkhidmatan i-Akaun ini, anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke cawangan KWSP terdekat kerana semuanya boleh dibuat secara atas talian termasuklah jika anda ingin membuat pengeluaran tertentu seperti membeli rumah dan untuk menunaikan haji.

Dengan perkhidmatan i-Akaun, ahli KWSP dan majikan boleh mengakses akaun KWSP dan menyemak simpanan KWSP mengikut keselesaan sama ada dari rumah atau pejabat, pada bila-bila masa saja.

Jadi, bagi mereka yang ingin menyemak KWSP secara online, perlulah mendaftar i-Akaun terlebih dahulu. Mari kita lihat butirannya di bawah.

Cara Semak Penyata KWSP Secara Online

1. Kod Pengaktifan

Sebelum menggunakan perkhidmatan i-Akaun ini, anda perlu pergi ke Kios atau mana-mana kaunter KWSP terdekat untuk mendapatkan kod pengaktifan hanya dengan menggunakan Mykad. Jadi, jangan lupa untuk bawa sekali kad pengenalan anda ke cawangan KWSP yang terdekat.

Info Tambahan :  Semakan Yayasan Selangor 2021 "Kita Selangor"

Sejurus selepas anda membuat pendaftaran, anda akan diberi ID sementara iaitu kod pengaktifan anda beserta dengan kata laluan(password). Simpan di tempat yang mudah dicari dan selamat untuk mengelakkan masalah tercicir.

2. Log Masuk Laman Web KWSP

  • Layari laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
  • Klik Log masuk di bahagian i-Akaun (Ahli)
  • Masukkan kod pengaktifan (ID dan password)
  • i-Akaun perlu diaktifkan dalam tempoh 30 hari sejurus selepas anda perolehi kod pengaktifan.

3. Tukar Kata Laluan

Selepas anda berjaya mengaktifkan i-Akaun, anda boleh membuat penukaran kata laluan untuk lebih selamat. Pastikan anda memilih kata laluan yang senang diingat untuk memudahkan urusan log masuk pada masa akan datang.

Setelah anda berjaya menukar kata laluan, anda akan diminta untuk log masuk semula menggunakan kata laluan yang baru.

4. Semak Penyata KWSP / Baki Terkini.

Setelah selesai, anda boleh terus klik di pautan “Akaun Peribadi” dan boleh terus melihat “Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya. Anda juga boleh mencetak penyata tersebut untuk urusan-urusan lain seperti pinjaman perumahan. Mudah bukan?

Pengeluaran

Untuk pengguna yang telah mendaftar i-Akaun, anda bukan sahaja boleh menyemak penyata KWSP malah anda juga boleh memohon pengeluaran atas urusan dan sebab yang dibenarkan.

Sebagai contoh, KWSP membenarkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah pengeluaran perumahan untuk tujuan pembiayaan pembelian rumah, mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan dan ansuran bulanan pinjaman perumahan. Selain itu, ia juga boleh dikeluarkan bagi tujuan pendidikan seperti untuk melangsaikan hutang PTPTN.

Klik sahaja pada “Permohonan Baharu” seperti gambar di bawah.

Di antara kemudahan yang disediakan jika anda menggunakan perkhidmatan i-Akaun KWSP ini ialah:

  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun
Info Tambahan :  Cara Memulakan Bisnes Di Shopee

Kesimpulan

Jadi dengan adanya i-Akaun KWSP, anda tidak perlu bersusah payah mencari cawangan atau Kios KWSP yang terdekat kerana semuanya boleh dilakukan sama ada di rumah ataupun di tempat kerja.

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus pergi ke laman web : https://www.kwsp.gov.my/ms/faq-i-lestari atau anda boleh terus menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000

  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 308shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Avatar
Irene

Related Articles

Facebook Twitter Pinterestshare Facebook Twitter PinterestshareInfo Tambahan :  Faktor-Faktor Penting …

5 Cara Membuat Duit Dengan Bermain Permainan Video

Facebook Twitter PinterestshareGame online adalah salah satu permainan masa kini, …

Cara Membuat Game Sendiri di Komputer

Jadual Imunisasi 2021 KKM
Facebook Twitter PinterestshareKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengubah jadual imunisasi …

Jadual Imunisasi 2021 KKM

Panic Attack
Facebook Twitter PinterestshareMakan lebih banyak buah adalah cara terbaik untuk …

Buah-buahan Dan Manfaatnya

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Jundullah98
New Member ( NM ) IV
Ahli Baru
Jundullah98
2 days ago

Menarik pengkongsian tentang cara menyemak penyata KWSP. Jelas dan terang sekali huraian daripada penulis.

Terima kasih

0
Reply

Komen Terkini

  • Avatar Jundullah98 on Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir: “Alhamdulillah…. Sambil-sambil dapat sebarkan manfaat kepada sesama muslim.”
  • ZackC ZackC on Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir: “Wah..bagus saudara.. patut la asyik menulis berkaitan agama..”
  • Zul Raihan Zul Raihan on Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak: “Terima kasih, akhi.inshaa Allah tu.”
  • Avatar Jundullah98 on Tawaran Diskaun Saman Trafik 2020: “Inisiatif yang baik daripada pihak PDRM untuk menyegerakan dan meringankan pembayaran saman. Semoga diskaun ini dapat terus diperkasa kepada pesalah…”
  • Avatar Jundullah98 on Game Android Terbaik Sepanjang Masa: “Semua game ni saya belum cuba lagi sebab risau ketagih. Sekali dah kena bisanya, bukan senang nk rawat. Penulis ada…”
  • Avatar Jundullah98 on Buah-buahan Dan Manfaatnya: “Banyak sebenarnya manfaat melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam Islam sendiri, nabi mengajar umatnya supaya memakan buah-buahan sebelum makan makanan…”
  • Avatar Jundullah98 on Cara Menolong Orang Yang Mengalami “Panic Attack”: “Nak tanyalah.. Kalau orang yang fobia dengan jarum… Bagaimana yea? Boleh tenangkan dengan cara ni x”
  • Avatar Jundullah98 on Cara Mohon BPN Online Fasa 2 (BPN 2.0): “BPN mula diedarkan bulan berapa yea?”

Terkini

  • Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?
  • Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak
  • 4 Halangan Mengusai Bahasa Arab
  • Wirid Selepas Solat Yang Boleh Anda Lazimi
  • Membebaskan Kesulitan Hutang
  • Cara Membuat Temujanji Klinik Kesihatan Secara Online
  • Cara Mendaftar E-Filing LHDN 2021
  • Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir

Terbaik Bulanan

  • Perlukah PdPR Online diteruskan ?
  • Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan
  • Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir
  • Cara Membuat Temujanji Klinik Kesihatan Secara Online
  • Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz