ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Dalam Negara
Cara Mohon BPN Online Fasa 2 (BPN 2.0)

Cara Mohon BPN Online Fasa 2 (BPN 2.0)

Irene October 19, 2020 2 Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share

Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2 ataupun lebih dikenali sebagai BPN 2.0 merupakan satu bantuan kewangan tambahan bagi membantu rakyat Malaysia menangani masalah kekurangan pendapatan kerana serangan wabak yang masih melanda negara kita pada masa ini.

Terdapat pelbagai pakej ransangan yang telah diumumkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan baik dari segi individu, keluarga, syarikat dan lain-lain.

Cara Permohonan BPN

  1. Bagi individu yang telah menerima BPN sebelum ini, anda tidak perlu membuat permohonan baru untuk BPN 2.0. Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan tersebut kepada individu yang telah mendapatkan status lulus di portal BPN sebelum ini.
  2. Bagi individu yang layak tetapi tidak mendapat bantuan BPN sebelum ini, anda boleh membuat rayuan dan permohonan baru.
  3. Harus diingatkan bahawa, permohonan baharu hanya dibuka dalam tempoh 1 bulan iaitu dari 15 Oktober – 15 November 2020.
  4. Anda boleh membuat permohonan secara atas talian di laman web https://bpn.hasil.gov.my/
  5. Atau secara manual melalui penghantaran borang ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM. https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2020/10/BorangPermohonanBaharuBPN-2.0.pdf
  6. Sangat digalakkan untuk anda membuat permohonan secara atas talian kerana ianya lebih mudah dan menjimatkan masa.

Semak BPN

Bagi individu yang layak menerima BPN 2.0, anda boleh terus menyemak status permohonan anda di https://bpn.hasil.gov.my/

Jumlah Bantuan

  1. RM1000 Kepada 3.7 juta isi rumah B40
  2. RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 Bujang
  3. RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40
  4. RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 Bujang

Tarikh Pembayaran BPN 2.0

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat sebanyak dua ansuran iaitu pada hujung bulan oktober 2020 dan yang kedua adalah pada bulan Januari 2021.

Info Tambahan :  Permohonan Insentif MYFutureJobs 2021

Menurut Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, untuk penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran akan dibuat secara terus melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Menteri Kewangan juga turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan individu yang digelar “scammers”. Individu seperti ini sangat berani dalam menipu anda semua mengenai BPN 2.0. Oleh itu, anda perlulah mendapatkan maklumat dari sumber-sumber rasmi dan elakkan memberi maklumat diri anda kepada individu yang tidak dikenali.

Jumlah Bayaran BPN 2.0 Fasa 1 dan 2

Di bawah merupakan gambarajah pecahan BPN 2.0 fasa pertama dan kedua.

Kesimpulan

BPN 2.0 merupakan salah satu usaha kerajaan dalam membantu rakyat yang memerlukan. Oleh itu, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk membuat permohonan dan semakan dalam tempoh yang ditetapkan untuk kelancaran usaha tersebut.

Bagi pemohon yang mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh merujuk kepada soalan lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my/

 

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share
Prev Article
Next Article

About The Author

Irene

Related Articles

Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0
Facebook Twitter Pinterestshare Kerajaan Johor akan meminta semua penerima inisiatif …

Johor Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan 3.0

Pengeluaran KWSP RM10,000 Permohonan Bermula 1 April 2022
Facebook Twitter Pinterestshare Rakyat Malaysia berasa lega kerana kerajaan telah …

Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022

#MyDigitalWorkforce
Twitter Facebook Pinterest154shares Malaysia Digital Economy Corp (MDEC) akan mengadakan …

Platform #MyDigitalWorkforce: 5000 Peluang Pekerjaan Digital

Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2021
Facebook Twitter Pinterestshare Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2021 3.0. Menurut …

Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2021 3.0

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Jundullah98
Subscriber ( SB ) IV
Ahli Baru
Jundullah98
1 year ago

BPN mula diedarkan bulan berapa yea?

0
Reply
Irene
Author
New Member ( NM ) III
Ahli Baru
Irene
1 year ago
Reply to  Jundullah98

Ni yang lama punya… Sekarang panggil BPR… akhir bulan 2 haritu dia dah start buat pembayaran secara berperingkat.

0
Reply

Komen Terkini

  • Wan Syaqila on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “rabi raza Btul weii lgipun apps dia tu lgi tersusun dari yg lain hehe.. aku pun mula mula tgk kat…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “lagipun apps dia tu senang nk guna.. mcm guna hiredly company yg aku cari x banyak sngt. course aku pun…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “bgi aku laa mmg best guna jobstreet.. aq pn tau psl tu dri tgk iklan ry dia la weii. lepstu…”
  • Hafiz Abd on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Yg penting mana yg senang and btul2 dpt kerja.. Tpi hritu guna jobstreet siap tgk sekali iklan dia hahahah. Best…”
  • Dinie Razak on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Ya.. Klu nk best mmg guna jobstreet. Apps dia mudah and aku dpt kerja sbb apps tu hihi. Lgi best…”
  • NatrahJamal on Platform #MyDigitalWorkforce: 5000 Peluang Pekerjaan Digital: “2022 ada ke”
  • Puteri Afiqah on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “aku suka guna jobstreet sbb senang gila. aku tau pakai jobstreet ni pun sebab iklan raya dia hehehe. kelakar and…”
  • rabi raza on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “jobstreet memang sng sngt nk guna. search satu perkataan pun beratus laa bleh jumpa kerja.. yg penting kena bnykkan buat…”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz