ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Aplikasi Online
Cara Memulakan Bisnes Di Shopee

Cara Memulakan Bisnes Di Shopee

AIDA ANUM ABDULLAH December 8, 2020 2 Comments
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares

Memulakan bisnes di Shopee tidak mudah. Lebih-lebih lagi apabila terdapat beberapa lagi marketplace yang ditubuhkan khas untuk peniaga mengembangkan perniagaan mereka, bukan sahaja di kedai atau premis tetapi di atas talian. Kebanyakkan peniaga yang berniaga menggunakan platform ini tiada premis sendiri. Mereka sepenuhnya bergantung kepada marketplace tersebut untuk menarik perhatian pelanggan. Tiada premis tidak bermakna produk itu tidak popular. Malah populariti itu lebih daripada produk yang sudah berpuluh tahun bertapak dan mempunyai kedai sendiri. Ini adalah kuasa teknologi. Betapa pantasnya teknologi menyebarkan maklumat pada abad ini.

Sebelum anda mengetahui cara memulakan bisnes di shopee, terlebih dahulu anda perlu tahu apa itu Marketplace. Marketplace ialah platform khas untuk peniaga menjual produk mereka. Berpuluh ribu peniaga mengambil tempat di marketplace untuk mengembangkan perniagaan mereka. Antara marketplace yang popular pada masa ini adalah Lazada, Shopee, Ebay, Mudah.my dan banyak lagi. Berjuta-juta jenis produk yang dipromosikan melalui aplikasi tersebut. Salah satu marketplace yang sangat popular adalah Shopee. Anda pasti pernah membeli sesuatu produk di Shopee, bukan?

Kadang-kala anda turut sama terpengaruh dengan harga dan produk yang ada di marketplace tersebut. Harga yang berpatutan, unik, produk yang anda tidak pernah tahu sebelum ini, produk yang sangat berguna, siapa yang tidak mahu? Perkara itulah yang membuatkan hampir 38 juta kali aplikasi Shopee dilawati oleh pengguna dari Malaysia pada tahun ini. Anda bayangkan, betapa besarnya pasaran Shopee sehingga dilawati oleh ramai orang sebanyak 38 juta kali. Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana peniaga boleh mengambil tempat berniaga di Shopee. Bagaimana cara memulakan bisnes di Shopee?

Tutorial Cara Memulakan Bisnes Di Shopee

Bagi cara memulakan bisnes di shopee seharusnya bersedia dengan tujuan dan matlamat penjualan kita. Seharusnya setiap kedai yang ingin kita buka mempunyai tema tersendiri. Ada penjual yang mencampur aduk barangan jualan, tetapi ia menurunkan kadar kepercayaan pembeli.

Info Tambahan :  Pengeluaran KWSP I-sinar

1. Pastikan anda tahu anda nak jual apa.

Anda mahu mengambil bahagian berniaga di Shopee, jadi perkara pertama yang anda perlu fikirkan adalah produk apa yang anda mahu jual. Jangan pening kepala memikirkan modal jika anda mahu berniaga tanpa modal yang besar atau mungkin anda tiada modal langsung untuk memulakan bisnes. Anda boleh menggunakan konsep ‘dropship‘ sebagai permulaan anda mahu berbisnes. Jika anda kurang faham tentang maksud dropship, anda letak di kepala anda, dropship ialah orang tengah.

Anda tidak perlu memegang stok, tidak perlu pening kepala pegang duit, tidak perlu bersusah payah pergi ke cawangan pengeposan barang untuk pos ke alamat pembeli. Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya perlu membuat promosi sahaja untuk mencari pelanggan. Keuntungan anda datang dari pelanggan yang anda mampu raih. Jika terdapat pesanan dari pelanggan yang anda sendiri dapat, anda perlu menghantar pesanan tersebut kepada bos anda dan dialah yang akan menyelesaikan pesanan tersebut. Tentang komisyen, bergantung kepada bos anda mahu memberikan anda berapa peratus dari harga asal.

2. Daftar sebagai penjual di Shopee.

Anda sudah memilih jenis perniagaan apa yang anda mahu lakukan, kini tiba masanya anda mendaftarkan diri anda di Shopee sebagai peniaga.

  • Anda buka website Shopee.

 

  • Untuk pengguna kali pertama, anda di minta untuk ‘Sign Up’ terlebih dahulu.

 

  • Masukkan perkara yang di minta seperti alamat email, nombor telefon dan kata laluan akaun anda. Anda tetapkan sendiri kata laluan anda dan pastikan anda ingat sampai bila-bila!
  • Kemudian setelah anda berjaya mendaftar akaun, anda perlu cari ‘Seller Center’ di bahagian atas website dan tekan pada bahagian tersebut.
Info Tambahan :  Apa Maksud STEM Dan Kaitan Dengan Pembelajaran

 

  • Anda akan dibawa ke bahagian ini. Jangan pening kepala. Untuk permulaan, pasti anda merasa sedikit serabut dengan pelbagai perkara di website tersebut tetapi setelah anda memahaminya satu per satu, pasti anda akan merasakan ianya lebih mudah dari anda sangka selama ini.

 

  • Setelah itu, anda daftarkan perniagaan anda di bahagian ‘Shop Profile’. Isikan nama bisnes anda, masukkan gambar logo bisnes anda dan juga sedikit huraian tentang perniagaan anda. Jangan anggap perkara ini remeh kerana jika anda mengambil serius tentang perkara sekecil ini, anda akan lebih mudah mendapat kepercayaan dari pelanggan anda.

 

  • Setelah itu, anda perlu mengisi ke semua perkara dibawah. Ianya perlu diisi sebelum memasukkan produk.

   

 

3. Masukkan produk anda.

Setelah anda selesai mengisi maklumat penting, tiba masanya untuk anda memasukkan produk jualan anda.

  • Pergi ke bahagian ‘Add new product‘.

 

  • Anda akan dibawa ke bahagian ini. Di sinilah anda perlu mengisi produk anda. Isikan dahulu kategori produk anda. Jika anda menjual baju kurung moden, anda letak kategori produk anda sebagai ‘Women Clothes.’ Mudah, bukan?

 

  • Setelah anda selesai mengisi tentang jenis produk tersebut, anda boleh ‘Publish‘ produk anda.

 

  • Jadi pengguna Shopee akan melihat produk anda seperti gambar contoh di bawah!

bisnes di shopee

 

Dengan 3 langkah mudah, anda kini sudah pun bertapak sebagai peniaga atas talian di Shopee. Tetapi ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu tentang konsep jual beli di Shopee.

Pertama, anda perlu tahu bahawa apabila pelanggan anda sudah membuat pembayaran kepada anda, duit tersebut belum lagi berada di tangan anda. Duit tersebut berada di ‘wallet’ akaun anda. Senang cerita, masih di ‘atas angin’. Setelah barangan sudah dipos dan sudah selamat sampai di tangan pelanggan, barulah anda mendapat duit anda.

Info Tambahan :  12 Kraf dan Aktiviti Ramadan untuk Kanak-kanak

Kedua, anda perlu menanggung pelbagai risiko, antaranya barang hilang atas barang tidak sampai kepada penerima pada waktu yang ditetapkan. Anda perlu tahu, sekiranya anda sudah pos barang tersebut tetapi pelanggan anda mahu ‘refund/return’ produk yang mereka sudah pun bayar, namun anda tidak memberikan apa-apa respon kepada perkara itu selama tiga hari, duit dari ‘wallet’ anda akan diambil semula untuk dipulangkan kepada pelanggan. Jadi sebagai peniaga, anda perlu respon dengan pantas perkara tersebut dan sebolehnya mendapatkan kepercayaan dari pelanggan anda semula.

Ketiga, anda juga perlu tahu, jika pelanggan anda memberi tiga bintang ke bawah atau mungkin satu bintang tentang kualiti produk dan servis anda, anda akan sukar mendapat pelanggan yang seterusnya. Pastikan anda memberikan servis yang terbaik dan pengeposan yang berkualiti kepada pelanggan anda.

Tiada pekerjaan yang mudah termasuklah berniaga. Anda perlu bersabar dan sentiasa belajar walau sesusah apa pun perkara tersebut.

 

إِنَّ التُّجَّارَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ فُجَّارًا، إِلَّا مَنْ اتَّقَى اللَّهَ، وَبَرَّ، وَصَدَقَ

Maksudnya: “Sesungguhnya para peniaga ini akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan yang berdosa melainkan orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebaikan dan jujur.” [Riwayat al-Tirmizi (1210)][Hadith ini adalah hasan sahih menurut Imam al-Tirmizi dan hadith ini disahihkan oleh Imam Ibn Hibban di dalam sahihnya]

 

Sumber : Shopee Malaysia

  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Avatar
AIDA ANUM ABDULLAH

Related Articles

al quran hijrah
Twitter Facebook Pinterest154shares Twitter Facebook Pinterest154sharesInfo Tambahan :  Kemana Arah …

Perkara Sunat Hijrah Dan Bacaan Awal Akhir Tahun Hijrah

Twitter Facebook Pinterest154sharesSatu yang menarik untuk dikongsi, satu permainan baru …

Permainan Baru Battle Bay Untuk Pengguna Android

Twitter Facebook Pinterest308sharesKomputer riba terbaik untuk pelajar dapat membantu lebih …

10 Komputer Riba Terbaik Untuk Pelajar Universiti

tabung warna
Twitter Facebook Pinterest154sharesApa itu tabung warna? Anda pasti tertanya-tanya, bagaimana …

Cara Menabung Menggunakan Tabung Warna

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Jundullah98
Member ( MM ) III
Ahli Baru
Jundullah98
1 month ago

Terima kasih penulis atas tunjuk ajar yang dikongsikan.Sangat bermanfaat bagi mahasiswa seperti kami.

0
Reply
ZackC
Member ( MM ) I
Ahli Baru
ZackC
1 month ago

Kalau sy nak bisnes online..sy suka guna platform sendiri..sbb barang kita tak bersaing harga dgn org lain..

1
Reply

Komen Terkini

  • Jundullah98 Jundullah98 on 3 Langkah Mudah Daftar Undi dengan MYSPR: “Betulkan statistik mengatakan orang Melayu x ramai yang daftar mengundi?”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Menolong Saudara Yang Zalim Dan Dizalimi: “Wah, baru tahulah orang zalim pon kita boleh bantu yea. Terima kasih penulis”
  • Jundullah98 Jundullah98 on 5 Aplikasi Islamik Yang Boleh Anda Cuba: “Alhamdulillah, sama2. Terima kasih kerana sudi membaca coretan santai ini. Moga-moga beroleh manfaat.”
  • Avatar Tiadanoktah on 5 Aplikasi Islamik Yang Boleh Anda Cuba: “Terima kasih atas cadangan aplikasi tersebut. Memang dah lama cari aplikasi islamik yg bagus dan dipercayai.”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Cara Guna Gear Automatik Kenderaan: “Camne nk neutral kan gear kemudian matikan enjin yea? Sbb kereta sekarang, selagi x P tombol gearnya, maka xleh matikan…”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Penjagaan Laptop Supaya Tidak Mudah Rosak: “Menarik info yang dikongsikan… Mohon izin share yea.”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Cara Kenalpasti Galaxy Note 7 Selamat: “Untuk versi lain masih sama ke kaedahnya?”
  • Jundullah98 Jundullah98 on Cara Main Game Menggunakan Telegram: “Wah menarik dan banyak betul yea fungsi Telegram ni.”

Terkini

  • 12 Kraf dan Aktiviti Ramadan untuk Kanak-kanak
  • 5 Drama Ramadhan Best Untuk Ditonton Kembali!
  • 6 Aplikasi Membuatkan Akan Anda Multitasking!
  • Senarai Semak Ramadan Yang Boleh Anda Cuba
  • Menolong Saudara Yang Zalim Dan Dizalimi
  • 5 Rancangan Televisyen Islamik yang Boleh Ditonton
  • 3 Langkah Mudah Daftar Undi dengan MYSPR
  • Websites Terbaik Mendapatkan Templat Slide Pembentangan PowerPoint Percuma

Terbaik Bulanan

  • Apa Sebenarnya Berlaku Saat Tubuh “Ditindih”?
  • 6 Filem Netflix 2021 Yang Wajib Anda Tonton
  • 8 Produk Xiaomi Terbaik Selain Telefon!
  • 4 Websites Membuat EPortfolio Terbaik
  • 3 Tablet Lukisan Terbaik pada Abad ke-21

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz