ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Aplikasi Online
Cara Memohon Rumah PPR

Cara Memohon Rumah PPR

Itawrah April 15, 2020 No Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share

Rakyat Malaysia yang belum mempunyai sebuah rumah sendiri dan berpendapatan rendah, masih berpeluang untuk memilikinya. Melalui Program Perumahan Rakyat (PPR), rakyat Malaysia boleh membeli sebuah rumah yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk golongan berpendapatan rendah.

Program yang diperkenalkan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki sebuah rumah kerana harga rumah kian melonjak naik pada hari ini menyukarkan golongan ini memiliki rumah sendiri terutamanya di bandar besar. Dengan adanya program seperti ini, kewujudan rumah – rumah setinggan dapat dikurangkan. ). 

Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.

Kategori Rumah PPR

Kerajaan memperkenalkan dua kategori Rumah PPR iaitu :

  • Projek PPR Dimiliki (PPRM)
  • Projek PPR Disewa (PPRS)

Projek PPR (Dimiliki)

Golongan berpendapatan rendah berpeluang membeli serta memiliki sebuah rumah sendiri anjuran kerajaan yang dikenali sebagai Projek PPR (Dimiliki). Projek ini menawarkan harga rumah RM 35,000 seunit untuk semenanjung Malaysia dan RM 42,000 untuk Sabah dan Sarawak.

Projek PPR (Disewa)

Projek PPR (Disewa) ini membolehkan penyewa tinggal di rumah sewa yang dianjurkan kerajaan dengan kadar sewa bulanan RM 124.00 sahaja. Ia bagi menggalakkan golongan berpendapatan rendah untuk tinggal di sebuah rumah yang selesa berbanding rumah setinggan yang serba kekurangan. Projek PPR (Disewa) telah diperkenalkan sejak tahun 2002 lagi begitu mendapat sambutan dari golongan berpendapatan rendah.

Ciri – Ciri Rumah PPR

  • Rumah PPR kawasan pinggir bandar merupakan rumah teres
  • Rumah PPR kawasan bandar besar merupakan rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Saiz rumah berkeluasan 700 kaki persegi atau lebih
  • Memiliki 3 buah bilik tidur, sebuah ruang tamu, dapur dan dua buah bilik air
  • Mempunyai kemudahan asas seperti surau, ruang niaga, taman permainan, kemudahan OKU, tadika, tempat buang sampah dan dewan komuniti untuk orang ramai
Info Tambahan :  Pengeluaran KWSP I-sinar

Syarat Memohon Rumah PPR Online

  • Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia
  • Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Bekerja atau berpendapatan tetap setiap bulan tidak kurang RM 2500 sebulan untuk seisi rumah
  • Belum memiliki sebarang rumah sendiri
  • Memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri

Cara – Cara Memohon Rumah PPR Online 

Pemohon yang berminat untuk memiliki rumah PPR, boleh membuat permohonan secara online, namun ianya bergantung kepada lokasi negeri projek PPR tersebut. Ini kerana di sesetengah negeri perlu membuat permohonan secara manual yang menggunakan borang. Permohonan perlu dibuat dengan menghadirkan diri ke Bahagian Perumahan negeri yang berkenaan. Anda boleh membuat permohonan PPR secara online berdasarkan Bahagian Perumahan negeri seperti berikut :

  • Selangor : http://lphs.selangor.gov.my/index.php/pages/view/49
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : http://eperumahan.dbkl.gov.my/eRumah/index.php
  • Johor : https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/hartanah/prr.htm?q=1
  • Pulau Pinang : https://erumah.penang.gov.my/
  • Terengganu : http://perumahan.terengganu.gov.my/
  • Pahang : https://eperumahan.pahang.gov.my/frame/spapfp.php
  • Perak : http://lphp.perak.gov.my/
  • Sabah : http://www.sabah.gov.my/mlgh/PPR1.html
  • Sarawak : https://hdc.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?lang=bm&mod=webpage&sub=page&menu_id=0&sub_id=113&id=63&title=PPR-Program-Perumahan-Rakyat
  • Bagi negeri Perlis, Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan boleh membuat permohonan melalui laman web https://ehome.kpkt.gov.my/index.php/
  • Bagi membuat pendaftaran permohonan baru, klik butang Permohonan Baru untuk mendaftar PPR Pendaftaran Pendaftaran Baru dan Permohonan Baru

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan perlu disertakan semasa membuat permohonan online dan perlu dimuat naik ke dalam sistem menggunakan format samada pdf atau jpeg. Senarai dokumen yang diperlu dimuat naik adalah seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri pemohon
  • Salinan sijil kelahiran / myKid / kad pengenalan / anak tanggungan
  • Salinan slip gaji / surat pengesahan pendapatan (suami / isteri)
  • Salinan kad OKU (sekiranya berkenaan)

Semakan Pendaftaran

Pemohon boleh membuat semakan segala maklumat yang dimasukkan ke dalam sistem setelah berdaftar di dalam sistem. Walau bagaimana pun, sekiranya pemohon memerlukan bantuan atau sebarang persoalan boleh menghubungi sekretariat PPR di alamat berikut :

Info Tambahan :  Senarai Makanan Paling Sedap Di Dunia

Pengarah
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 35, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Tel     : 603 – 8891 4356

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share
Prev Article
Next Article

About The Author

Avatar
Itawrah

Related Articles

Cara mudah memahami KWSP i-Sinar Login
Facebook Twitter Pinterest share i-Sinar Login (Log Masuk Direct Link …

i-sinar Kwsp Permohonan dan Syarat Kelayakan

Panic Attack
Facebook Twitter Pinterest share Makan lebih banyak buah adalah cara …

Buah-buahan Dan Manfaatnya

Facebook Twitter Pinterest share Kakitangan Awam pastinya perlu kenal e-penyata …

Semakan E Penyata Gaji Kakitangan Awam

Tukar Kad Pengenalan Baru Sistem Online
Facebook Twitter Pinterest share Tukar Kad  Pengenalan Baru Sistem Online. …

Tukar Kad Pengenalan Baru Sistem Online

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Komen Terkini

  • Avatar Jundullah98 on Buah-buahan Dan Manfaatnya: “Banyak sebenarnya manfaat melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam Islam sendiri, nabi mengajar umatnya supaya memakan buah-buahan sebelum makan makanan…”
  • Avatar Jundullah98 on Cara Menolong Orang Yang Mengalami “Panic Attack”: “Nak tanyalah.. Kalau orang yang fobia dengan jarum… Bagaimana yea? Boleh tenangkan dengan cara ni x”
  • Avatar Jundullah98 on Cara Mohon BPN Online Fasa 2 (BPN 2.0): “BPN mula diedarkan bulan berapa yea?”
  • Avatar Jundullah98 on Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak: “Alhamdulillah… Seronoknya baca penulisan Akhi tentang bunian. Semoga terus bersemangat menulis tentang bidang alam ghaib ini.”
  • Zul Raihan Zul Raihan on Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?: “Sila² akhi,artikel di atas itu berkaitan masalah di sekitar masyarakat kita yang berkaitan dengan gangguan jin yang memerlukan kepada jawapan…”
  • Avatar Jundullah98 on Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?: “Awesome sekali pengkongsian Akhi roihan tentang perkahwinan. Mohon izin share”
  • Avatar Jundullah98 on Banci 2020 : Cara Pengisian Online Melalui e-Census: “Alhamdulillah makin moden sistem negara kita selaras dengan perkembangan industri 4.0 Semoga perkhidmatan ini berjalan dengan lancar.”
  • Avatar Jundullah98 on Tukar Kad Pengenalan Baru Sistem Online: “Alhamdulillah.. Usaha yang baik daripada kerajaan demi membumikan norma baharu di samping memudahkan urusan rakyat.”

Terkini

  • Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?
  • Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak
  • 4 Halangan Mengusai Bahasa Arab
  • Wirid Selepas Solat Yang Boleh Anda Lazimi
  • Membebaskan Kesulitan Hutang
  • Cara Membuat Temujanji Klinik Kesihatan Secara Online
  • Cara Mendaftar E-Filing LHDN 2021
  • Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir

Terbaik Bulanan

  • Perlukah PdPR Online diteruskan ?
    February 18, 2021
  • Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan
    February 9, 2021
  • 3 Cara Mudah Buat GIF Online
    January 30, 2021
  • 5 Filem Animasi Tempatan yang Memenangi Anugerah …
    February 13, 2021
  • Jadual Imunisasi 2021 KKM
    February 8, 2021

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz