ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Aplikasi
Cara dan Syarat Permohonan eBiz SSM

Cara dan Syarat Permohonan eBiz SSM

Aaliyah Bajrai November 15, 2020 1 Comment
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share

Kepada anda yang baru memulakan perniagaan dan ingin serius melakukan perniagaan tersebut, kini anda boleh mendaftar perniagaan anda melalui ezBiz SSM. Suruhanjaya Syarikat Malaysia ialah badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002.

Perniagaan Yang Boleh Didaftarkan Di SSM

EBIZ SSM

Menurut laman web SSM, perniagaan adalah meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).

Ini bermakna, selain bisnes penjualan barang-barang atau makanan, servis tertentu seperti khidmat rider atau freelance juga termasuk antara perniagaan yang boleh didaftarkan.

Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan beroperasi di Malaysia Barat iaitu meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan dan
bentuk perniagaan adalah seperti berikut:

  • Perniagaan Milik Tunggal – perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh
    seorang pemilik.
  • Perniagaan Perkongsian – perniagaan dimiliki oleh sekurangkurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi

Syarat Pendaftaran Perniagaan

  1. Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
  2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas
  3. Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.

Lain-lain panduan / syarat yang berkaitan:

  • Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
  • Jenis perniagaan yang didaftarkan hendaklah mematuhi keperluan undang-undang, keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
  • Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
  • Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.
Info Tambahan :  Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Dengan Mudah

Cara register/mendaftar SSM adalah melalui prosedur berikut:

  1. Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Sila tekan butang SIGN UP untuk pengguna kali pertama.
  3. Pada ruangan ID TYPE, pilih NRIC iaitu kad pengenalan.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruang ID NO dan isikan nama penuh pada ruang NAME AS PER IC.
  5. Tekan butang REGISTER.
  6. Anda kini telah berdaftar sebagai pengguna EzBiz, tetapi belum lagi mendaftar perniagaan di SSM.
  7. Untuk meneruskan pendaftaran, anda perlu hadir di mana-mana kaunter SSM dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di emel pengguna.
  8. Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup).
  9. Setelah ID anda diaktifkan, sila login semula ke laman web tadi.
  10. Kemudian, untuk daftar SSM online, sila pilih MY BUSINESS SERVICE.
  11. Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
    • Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
      a) Nama perniagaan
      b) Tarikh permulaan perniagaan
      c) Alamat utama perniagaan
      d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
      e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
      f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
      g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
  12. Setelah selesai, buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan.
  13. Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.
  14. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.

Bayaran Pendaftaran ezBiz SSM

Bayaran yang dikenakan untuk mendaftar syarikat di SSM adalah seperti berikut:

  • Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan: RM30
  • Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred: RM60
  • Pendaftaran cawangan RM5 setiap cawangan.
  • Cetakan Maklumat Perniagaan RM10
Info Tambahan :  Harga Minyak Terkini Malaysia 2021

Panduan Memilih Nama Perniagaan

Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama ‘Tred’.

  • Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Ali bin Ahmad, Lee Minho, Ramasamy a/l Mutusamy :RM30
  • Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh: Kedai Otak-otak Ain : RM60

 

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share
Prev Article
Next Article

About The Author

Avatar
Aaliyah Bajrai

Related Articles

Ketahui Cara kenalpasti Kualiti Browser Anda
Facebook Twitter PinterestshareBila melayari internet pastinya Web browser digunakan. Setiap …

Ketahui Cara kenalpasti Kualiti Browser Anda

Cara Daftar Yonder Music Celcom
Facebook Twitter PinterestshareYonder music mungkin asing bagi sesetengah orang, untuk …

Cara Daftar Yonder Music Celcom

10 Penyunting Video Percuma Terbaik untuk Android tanpa Watermark
Facebook Twitter PinterestshareDengan kelas online dan hidup dizaman ‘telefon pintar’, …

10 Penyunting Video Percuma Terbaik untuk Android tanpa Watermark

WhatsApp Bermasalah Open Error Android
Facebook Twitter PinterestshareWhatsApp merupakan salah satu aplikasi perhubungan popular kini. …

WhatsApp Bermasalah Open Error Android

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Jundullah98
New Member ( NM ) IV
Ahli Baru
Jundullah98
3 days ago

Terima kasih atas info yang dikongsikan.
Alhamdulillah ianya sangat membantu peniaga yang ingin membuat pendaftaran.

0
Reply

Komen Terkini

  • Avatar Jundullah98 on Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir: “Alhamdulillah…. Sambil-sambil dapat sebarkan manfaat kepada sesama muslim.”
  • ZackC ZackC on Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir: “Wah..bagus saudara.. patut la asyik menulis berkaitan agama..”
  • Zul Raihan Zul Raihan on Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak: “Terima kasih, akhi.inshaa Allah tu.”
  • Avatar Jundullah98 on Tawaran Diskaun Saman Trafik 2020: “Inisiatif yang baik daripada pihak PDRM untuk menyegerakan dan meringankan pembayaran saman. Semoga diskaun ini dapat terus diperkasa kepada pesalah…”
  • Avatar Jundullah98 on Game Android Terbaik Sepanjang Masa: “Semua game ni saya belum cuba lagi sebab risau ketagih. Sekali dah kena bisanya, bukan senang nk rawat. Penulis ada…”
  • Avatar Jundullah98 on Buah-buahan Dan Manfaatnya: “Banyak sebenarnya manfaat melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam Islam sendiri, nabi mengajar umatnya supaya memakan buah-buahan sebelum makan makanan…”
  • Avatar Jundullah98 on Cara Menolong Orang Yang Mengalami “Panic Attack”: “Nak tanyalah.. Kalau orang yang fobia dengan jarum… Bagaimana yea? Boleh tenangkan dengan cara ni x”
  • Avatar Jundullah98 on Cara Mohon BPN Online Fasa 2 (BPN 2.0): “BPN mula diedarkan bulan berapa yea?”

Terkini

  • Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?
  • Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak
  • 4 Halangan Mengusai Bahasa Arab
  • Wirid Selepas Solat Yang Boleh Anda Lazimi
  • Membebaskan Kesulitan Hutang
  • Cara Membuat Temujanji Klinik Kesihatan Secara Online
  • Cara Mendaftar E-Filing LHDN 2021
  • Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir

Terbaik Bulanan

  • Perlukah PdPR Online diteruskan ?
  • Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan
  • Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir
  • Cara Membuat Temujanji Klinik Kesihatan Secara Online
  • Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz