Apabila musim mengundi pastinya ramai mencari cara daftar mengundi secara online. Sebelum itu, politik negara Malaysia menjadi satu perbualan hangat dalam beberapa bulan ini. Sebagai negara yang mengamalkan Demokrasi, Pilihan Raya Umum (PRU) membolehkan rakyat untuk memilih kerajaan untuk menerajui negara.
Pada hari ini, mereka yang berumur 21 tahun sudah boleh mengundi di PRU. Anda berusia 18 tahun? Belum lagi mendaftar untuk mengundi?
MySPR Daftar ialah aplikasi yang dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong
Jangan berlengah! Jom gunakan MySPR Daftar sahaja. Lakukan permulaan tanggungjawab di atas talian. Kini anda tidak perlu untuk beratur dan mengisi borang untuk mendaftar. Tidak perlu ke pejabat pos dan beratur panjang. Semuannya online sahaja.
Cara Daftar Mengundi Secara Online dengan SPR Daftar
Maklumat kami berkenaan cara daftar mengundi secara online ini perlu mengikut maklumat-maklumat penting serta syarat pendafatran. Untuk pendaftaran, hanya tiga (3) langkah mudah yang perlu anda ikuti:
- Permohonan akaun pengguna
- Pengaktifan akaun pengguna
- Isi borang A (Pendaftaran Akaun)
Syarat Kelayakan Untuk Pendaftaran Mengundi
- Warganegara Malaysia
- Mencapai usia 21 tahun
- Tinggal atau bermastautin di bahadia pilihan raya yang mahu didaftarkan
- Tidak hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa
Langkah 1: Permohonan Akaun Baru
- Layari laman web spr.gov.my dan tekan butang MYSPR DAFTAR
- Klik pada Permohonan Akaun Baru
- Isikan maklumat yang diperlukan
Maklumat yang diperlukan:
- Kad Pengenalan
- Nama seperti dalam kad pengenalan
- Telefon Bimbit
- Alamat E-mel
- Katalaluan dan Pengesahan Katalaluan
- Soalan Keselamatan dan Jawapan Keselamatan
- Jika anda tidak tahu cara mengisi alamat, anda boleh klik butang Contoh Alamat
- Masukkan alamat seperti di dalam kad pengenalan
- Anda perlu memuatnaik gambar kad pengenalan dan swafoto anda bersama kad pengenalan
- Klik Contoh Gambar untuk melihat contoh gambar kad pengenalan dan gambar and berswafoto bersama kad pengenalan yang dibenarkan
- Muat naik gambar kad pengenalan anda
- Muat naik gambar swafoto anda bersama kad pengenalan
- Masukkan Captcha
- Tanda ‘Saya telah membaca syarat-syarat kelayakan’
- Pastikan anda baca syaratnya terlebih dahulu
- Klik Hantar
- Notifikasi akan dipaparkan.
Langkah 2: Pengaktifan Akaun Pengguna
Pengaktifan akaun pengguna perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum anda mendaftar diri anda sebagai seorang pengundi
- Setelah pegawai SPR membuat pengesahan terhadap semua butiran anda, satu emel akan dihantar kepada anda yang memerlukan anda untuk membuat pengesahan akaun.
- Klik pada link pengaktifan yang diberikan. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan.
- Masukkan kata laluan yang telah anda tetapkan sebelum ini.
Langkah 3: Permohonan Pendaftaran Baru
- Log masuk akaun anda di mysprdaftar.spr.gov.my
- Klik menu Status Saya
- Skrin Status Saya akan di paparkan
- Tekan butang ‘Borang A (Pendaftaran Baru/Pertukaran Alamat)’
- Borang A akan dipaparkan. Masukkan segala butiran yang di perlukan.
- Masukkan segala informasi anda,
- Alamat rumah
- Klik Daftar Alamat Lain jika alamat anda tidak sama seperti di dalam kad pengenalan
- Pilihan Jantina, Bangsa dan Agama anda
- Tandakan kepada ‘Saya mengawa bahawa…’
- Tandakan juga kepada ‘Saya sedar bahawa penalti….’
- Klik kepada Syarat-Syarat Saksi untuk melihat syarat saksi:
- Masukkan No Kad Pengenalan Saksi
- Nama penuh saksi seperti di dalam kad pengenalan saksi
- Alamat saksi seperti di dalam kad pengenalan saksi
- Tandakan di ‘Saya mengaku bahawa saksi telah dimaklumkan…’
- Tekan butang Hantar
- Notifikasi dipaparkan
- Masukkan No Kad Pengenalan anda dan Kata Laluan
- Mohon TAC
- Sistem akan menghantar SMS ke telefon bimbit pengguna dan ruangan input No. TAC akan dipaparkan jika No Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda betul.
- Sistem membuat verifikasi dan skrin Status Saya akan dipaparkan
- Tekan butang Hantar/Cetak Borang A
- SELESAI
Cara Menukar Alamat Mengundi
Jika anda menukar alamat pula,
- Login ke MySPR Daftar
- Klik Status Saya
- Tekan Borang A (Pendaftaran Baru/Pertukaran Alamat)
- Klik ‘Contoh Alamat’ untuk melihat bagaimana cara mengisi alamat
- Buat pengesahan alamat baru anda
- Hantar permohonan dan tekan butang Mohon TAC
- Sistem akan menghantar SMS kepada anda
- Masukkan nombor TAC
- Tekan butang Hantar