“Trend” membeli-belah kian berubah dari hari ke hari. Bermula dari membeli terus dari kedai sehinggalah di atas talian.
Pada hari ini, wujud satu penambahbaikan untuk membantu anda berbelanja tanpa rasa ragu.
Penambahbaikan yang dimaksudkan di sini adalah dengan menambah satu platform yang dinamakan Go Shop. Pasti anda pernah mendengarnya bukan?
Go Shop terkenal dengan demonstrasi produknya di kaca televisyen dan membuatkan para penonton tertarik untuk membelinya.
Untuk artikel kali ini, anda akan diberitahu mengenai cara-cara untuk membeli barang di Go Shop.
Terdapat beberapa cara untuk anda membeli barang di Go Shop iaitu melalui talian telefon, laman web, dan aplikasi.
Untuk memudahkan urusan anda, artikel kali ini membincangkan cara berbelanja di Go Shop menggunakan aplikasi yang boleh didapati melalui telefon pintar anda.
1. Install Aplikasi Go Shop di Playstore
2. Pendaftaran
Sebagai langkah pertama, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu. Anda dibolehkan mendaftar menggunakan akaun “Facebook” atau membuat pendaftaran baharu dengan menekan butang “Register” yang terdapat di bahagian bawah.
3. Pilih Produk.
Anda boleh membuat pencarian dengan menekan butang tiga sebaris yang berada di bahagian atas sebelah kiri dan akan muncul beberapa kategori seperti yang ditunjukkan di bawah.
Berbeza dengan platform “online shopping” yang lain, Go Shop hanya menawarkan beberapa produk dan stok adalah terhad. Produk yang mendapat tumpuan di platform ini kebanyakannya terdiri daripada barangan dapur dan pakaian.
Mengapa anda perlu pergi ke bahagian kategori dahulu dan bukan ke bahagian carian? Pelik bukan?
Hal ini kerana Go Shop mempunyai beberapa masalah untuk mengenal pasti produk yang anda inginkan. Sebagai contoh, ibu anda ingin membeli periuk yang disiarkan beberapa hari yang lalu, jadi anda terus membuat carian “periuk” di ruangan carian tersebut. Malangnya, produk yang muncul lain dari jangkaan. Lihat gambar di bawah.
Oleh itu, anda perlu mengingat dengan teliti nama produk tersebut jika ingin membuat carian. Bayangkan produk yang ingin dibeli itu dari seminggu yang lepas, mustahil untuk diingat bukan?.
Tetapi produk seperti “air fryer” akan ditunjukkan kerana hampir semua produk tersebut mempunyai perkataan yang digunakan dalam carian walaupun berlainan jenama.
4. Add To Cart
Setelah berpuas hati dengan produk yang anda mahukan, boleh terus menambah produk tersebut ke dalam troli. Tetapi ingat, baca dahulu komen yang diberikan oleh pembeli supaya anda tidak kecewa jika barang tersebut indah khabar daripada rupa.
5. Pembayaran
Pilih produk anda dan tekan butang “proceed to checkout” di bahagian bawah.
Selepas itu, anda akan dibawa ke page “checkout”. Anda dikehendaki untuk mengisi bahagian alamat dan juga cara pembayaran.
Terdapat 3 jenis cara pembayaran yang diterima di Go Shop iaitu kad kredit, “online banking” dan juga COD (Cash On Delivery). COD merupakan satu keunikan di Go Shop yang tiada pada platform lain.
Setelah selesai mengisi segala butiran yang diperlukan, barulah butang “place my order” yang berada di bahagian bawah menyala. Tekan butang tersebut.
6. Tracking
Untuk melihat di mana barang anda berada, anda boleh menekan bahagian account yang berada di hujung bawah sebelah kiri. Selepas itu, tekan bahagian “My Order”.
Di sini anda boleh melihat di mana barang anda berada dengan menekan butang “Track” seperti gambar di bawah.
Maka, selesailah urusan perbelanjaan anda. Bagi yang tidak berminat untuk berbelanja menggunakan aplikasi ini, boleh terus hubungi mereka secara atas talian.
Bagi yang ingin menggunakan laman web. Sila layari laman web rasmi di https://www.goshop.com.my/. Caranya lebih kurang sama sahaja seperti menggunakan aplikasi di telefon.