ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Penulis Jemputan
Cadangan Permainan Ringkas Dalam Kelas

Cadangan Permainan Ringkas Dalam Kelas

Irene September 9, 2019 1 Comment
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share

Belajar merupakan sesuatu perkara yang penting untuk menimba ilmu pengetahuan. Tapi itu tidak bermakna murid-murid terpaksa melepaskan keseronokan semasa sesi pembelajaran. Terdapat banyak aktiviti dan permainan yang boleh dilakukan di dalam kelas. Antaranya ialah:

permainan dalam kelas

permainan dalam kelas

1. Bingo

Permainan klasik ini sering dilupakan oleh generasi sekarang. Permainan ini boleh disesuaikan dengan keperluan subjek yang diajar. Selain dari bingo klasik, anda boleh mencipta papan permainan sendiri yang membolehkan pelajar memangkah gambar, peribahasa, persamaan matematik dan lain-lain.

2. Tongue Twisters

Tongue twisters adalah satu permainan yang menarik untuk membuatkan kelas lebih ceria. Ianya boleh dilakukan di awal sesi pengajaran. Ayat boleh dibuat dari tahap yang mudah hingga sukar. Lakukan ini dan anda boleh melihat seluruh pelajar di dalam kelas pasti tertawa. Mulakan dengan melihat senarai tongue twister di sini.

3. I Messed Up

Di dalam Bahasa Melayu ianya boleh diungkap sebagai saya melakukan kesalahan. Permainan ini membolehkan pelajar untuk berkongsi sesuatu tentang kesalahan yang pernah mereka lakukan. Sebagai contoh, tersepak anak kucing, terlupa untuk memberus gigi dan sebagainya. Aktiviti ini secara tidak langsung membantu pelajar untuk membuat refleksi terhadap diri sendiri.

4. Twenty Objects

Di atas sebuah meja, letakkan 20 objek. Selepas itu, berikan beberapa minit untuk pelajar mengingat objek tersebut. Setelah masa tamat, pelajar yang dapat menyenaraikan semua objek dengan betul dikira pemenang. Objek boleh ditukar mengikut kesesuaian modul pembelajaran pada hari tersebut.

5. Taboo

Ini adalah satu permainan yang menarik untuk melatih pelajar bercakap dan meluaskan lagi perbendaharaan kata sama ada dalam Bahasa Melayu atau English. Seorang pelajar akan berkomunikasi dengan pasangannya tanpa menggunakan perkataan yang dilarang. Sebagai contoh, pelajar tersebut harus memastikan pasangannya menyebut perkataan “kipas” tetapi mereka dilarang untuk menyebut perkataan “angin,” “suis,” atau “rumah”. Jika pasangannya dapat meneka dengan betul, pelajar boleh bertukar peranan.

Info Tambahan :  Semakan Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0

6. Pictionary

Permainan ini sangat mudah dan hanya memerlukan papan putih di hadapan. Ianya boleh dilakukan dalam skala yang kecil atau besar. Permainan ini hanya memerlukan pelajar untuk meneka gambar yang dilukis di papan putih. Sebagai contoh, kumpulan dibahagikan kepada dua iaitu lelaki dan perempuan. Wakil setiap kumpulan akan tampil ke hadapan untuk melukis mengikut perkataan yang diberi oleh guru. Kumpulan yang dapat meneka dengan pantas semasa ahli mereka melukis di hadapan dikira pemenang.

 

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • share
Prev Article
Next Article

About The Author

Avatar
Irene

Related Articles

Facebook Twitter Pinterest share Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) …

Bayaran Balik PTPTN Melalui KWSP Online

Facebook Twitter Pinterest share Facebook Twitter Pinterest share Info Tambahan …

Muat Turun Penyata Gaji e-Penyata Gaji 2020

Facebook Twitter Pinterest share Facebook Twitter Pinterest share Info Tambahan …

Senarai Filem Marvel Mengikut Turutan

Facebook Twitter Pinterest share Facebook Twitter Pinterest share Info Tambahan …

Bagaimana Membuat Semakan Wang Tidak Dituntut

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
ZackC
New Member ( NM ) IV
Ahli Baru
ZackC
8 days ago

Bagus juga permainan ni..cuma kalau bleh game yg tak melibatkan bahan..kos dan masa utk sediakan akan menyukarkan

1
Reply

Komen Terkini

  • Avatar Jundullah98 on Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir: “Alhamdulillah…. Sambil-sambil dapat sebarkan manfaat kepada sesama muslim.”
  • ZackC ZackC on Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir: “Wah..bagus saudara.. patut la asyik menulis berkaitan agama..”
  • Zul Raihan Zul Raihan on Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak: “Terima kasih, akhi.inshaa Allah tu.”
  • Avatar Jundullah98 on Tawaran Diskaun Saman Trafik 2020: “Inisiatif yang baik daripada pihak PDRM untuk menyegerakan dan meringankan pembayaran saman. Semoga diskaun ini dapat terus diperkasa kepada pesalah…”
  • Avatar Jundullah98 on Game Android Terbaik Sepanjang Masa: “Semua game ni saya belum cuba lagi sebab risau ketagih. Sekali dah kena bisanya, bukan senang nk rawat. Penulis ada…”
  • Avatar Jundullah98 on Buah-buahan Dan Manfaatnya: “Banyak sebenarnya manfaat melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam Islam sendiri, nabi mengajar umatnya supaya memakan buah-buahan sebelum makan makanan…”
  • Avatar Jundullah98 on Cara Menolong Orang Yang Mengalami “Panic Attack”: “Nak tanyalah.. Kalau orang yang fobia dengan jarum… Bagaimana yea? Boleh tenangkan dengan cara ni x”
  • Avatar Jundullah98 on Cara Mohon BPN Online Fasa 2 (BPN 2.0): “BPN mula diedarkan bulan berapa yea?”

Terkini

  • Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?
  • Mitos atau Realiti : Bunian Wujud atau Tidak
  • 4 Halangan Mengusai Bahasa Arab
  • Wirid Selepas Solat Yang Boleh Anda Lazimi
  • Membebaskan Kesulitan Hutang
  • Cara Membuat Temujanji Klinik Kesihatan Secara Online
  • Cara Mendaftar E-Filing LHDN 2021
  • Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir

Terbaik Bulanan

  • Perlukah PdPR Online diteruskan ?
  • Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan
  • Video Reaksi Pelik Unta Ketika Salji di Padang Pasir
  • Cara Membuat Temujanji Klinik Kesihatan Secara Online
  • Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Jin?

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz