Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak asing lagi di telinga para mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia. Tamat sahaja pengajian di pusat pengajian tinggi mahu pun IPTA, IPTS, kolej atau poliklinik, sudah menjadi carna antara beban terawal yang harus dipikul sebagai seorang mahasiswa yang meminjam dana pinjaman pendidikan PTPTN.
“Bayar balik PTPTN” ibarat sesuatu yang terngiang-ngiang di telinga. Pinjaman tersebut harus diselesaikan secara beransuran-ansur, bulanan atau secara keseluruhan.
Ramai yang mungkin tahu bahawa PTPTN boleh dibayar secara atas talian atau online, tetapi ramai mungkin tidak tahu bahawa PTPTN boleh dibayar melalui akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Untuk membayar PTPTN melalui KWSP, anda harus mengetahui situasi-situasi yang membolehkan anda membayar menggunakan Akaun 2 anda.
Antara situasi yang dibenarkan adalah:
- Anda pernah belajar di kolej kerajaan atau swasta tetapi anda terpaksa berhenti dan bertukar ke kolej lain dan anda terpaksa meminjam PTPTN sekali lagi.
- Jika misalnya ini berlaku, anda akan tidak dibernarkan untuk membuat pinjaman PTPTN sekali lagi tanpa membayar hutang PTPTN yang pertama kali anda pinjam. Kesannya, ramai ibu bapa yang terpaksa membantu membayar dahulu duit anak-anak mereka bagi membolehkan anak mereka untuk meminjam PTPTN sekali lagi untuk pengajian yang baru.
- Mungkin anda tidak suka berhutang dan hendak menjelaskan hutang PTPTN anda dengan segera. Dalam situasi ini kadang kala ibu bapa anda boleh melangsaikan hutang anak mereka menggunakan KWSP
- Jika anda bekerja, anda boleh melangsaikan hutang PTPTN dengan wang KWSP anda.
Maka persoalan akan timbul, Bagaimana mahu membayar balik pinjaman PTPTN menggunakan akaun KWSP?
Sebelum itu mari kita lihat apakah kelebihan membayar pinjaman PTPTN menggunakan akaun KWSP.
Apa kelebihan membayar pinjaman PTPTN mengunakan KWSP?
Berdasarkan laman web rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), terdapat beberapa kelebihan yang dapat diperoleh jika anda membayar hutang PTPTN menerusi akaun KWSP.
- Kelebihan jika anda membayar pinjaman PTPTN menggunakan KWSP adalah:
- Tidak ada had pengeluaran
- Anda boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali (JIKA Akaun 2 anda masih ada bakinya)
- Tidak ada caj pemprosesan dikenakan
- Anda boleh menikmati penjimatan dalam kos upah/pentadbiran dan memendekkan tempoh bayaran balik.
Bagaimana cara bayaran balik PTPTN menggunakan akaun KWSP secara atas talian?
Terdapat beberapa perkara untuk cara bayaran balik PTPTN ini, anda perlulah mengikut seperti yang dinyatakan.
- Anda perlu aktifkan i-Akaun anda
Prosedur ini boleh dilakukan menerusi e-Pengeluaran, tetapi anda perlu mempunyai i-Akaun terlebih dahulu.
Jika anda tidak mempunyai akaun i-Akaun? Tidak perlu risau! Sangat senang untuk mendaftarnya. Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk atau kaunter KWSP yang berdekatan.
Atau jika anda mahu lebih senan anda boleh menghubungi Pusat Pengurusan Hubungan KWSP di talian 03 – 8922 6000 untuk mendaftar.
Setelah anda mendaftar, anda akan mendapat kod pengaktifan sementara menerusi SMS.
Nota: Pengaktifan perlu dilakukan menerusi laman web rasmi di www.kwsp.gov.my dalam tempoh 30 hari sahaja.
2. Jika anda sudah selesai mendapat kod tersebut, anda boleh masuk ke laman web KWSP dan klik di ‘Login Ahli’
- Isikan ID Pengguna Sementara itu di dalam kotak tersedia, kemudia anda perlu klik ‘SETERUSNYA’
- Isikan kata laluan Sementara anda yang kalian dapat melalui SMS, dan kemudian klik ‘LOGIN’
- Pilih ‘SETUJU’ dan kemudian klik ‘SETERUSNYA’
- Untuk lebih memahami, anda boleh tengok video ini,
3. Jika anda selesai dengan Langkah pertama, anda perlu Login ke i-Akaun KWSP
- Cari ‘Tab Pengeluaran’, ‘e-Pengeluaran’ dan klik ‘Permohonan Baru’ untuk anda melakukan transaksi.
4. Anda perlu menyemak status permohonan melalui SMS atau Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun. Selalunya proses kelulusan kurang 1 minggu. Anda akan mendapat mesej seperti berikut jika anda mendapat kelulusan:
Anda perlu pergi ke KWSP, dalam tempoh 14 hari selepas mendapat SMS tersebut untuk mengesahkan ibu jari.
5. Semasa membuat pengesahan, anda perlu membawa dokumen ini:
- Kad pengenalan (dengan salinan),
- Dokumen Pengesahan Permohonan Pengeluaran,
- Sijil / Skrol Ijazah, atau Diploma (dengan salinan)
- Surat tunggakan PTPTN (kalau ada).
6. Semasa di pejabat KWSP, anda akan diberitahu yang boleh permohonan e-Pengeluaran akan di hantar ke PTPTN, prosesnya makan masa selama 2 minggu.
Selepas itu, anda hanya perlu tekan di link yang diberikan oleh pihak PTPTN di emel anda.
Selesai! Selamat membayar