ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
    • Aplikasi Online
    • Device
    • Gadjet
    • Keselamatan
    • Komputer
    • Laman web
    • Permainan Video
    • Software
    • Telefon
    • Telekomunikasi
  • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Blog
  • Hiburan
  • Automobile
  • Umum
Home
Aplikasi Online
Bagaimana Semak Saman Polis Online

Bagaimana Semak Saman Polis Online

Itawrah October 21, 2019
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Sebagai seorang pengguna jalan raya, kita seharusnya menanamkan sikap bertanggungjawab semasa memandu dan mematuhi segala peraturan jalan raya. Namun, mungkin juga sesetengah pengguna mengingkari peraturan yang tersedia dan kebarangkalian dikenakan saman oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah tinggi. Mungkin sesetengah pengguna tidak menyedari bahawa mereka telah dikenakan saman oleh kerana berlakunya perlanggaran undang – undang. Oleh yang demikian, sebagai seorang pengguna jalan raya, anda seharusnya sentiasa menyemak status saman anda dan ianya boleh disemak secara online yang begitu mudah sekali.

Semak saman

Semak saman

Terdapat empat kaedah yang membolehkan pengguna membuat semakan saman trafik PDRM secara online dan percuma. Anda boleh membuat semakan saman trafik menggunakan salah kaedah berikut :

  1. Sistem Semakan Online (SSO)
  2. MyEg Services
  3. Sistem Rilek e-Services
  4. SMS

Sistem Semakan Online (SSO)

  1. Layari laman web berikut https://sso.rmp.gov.my.
  2. Sekiranya anda pengguna baharu, sila membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu.
  3. Bagi pengguna sedia ada, Log masuk ke akaun pengguna.
  4. Setelah berjaya Log masuk, klik ikon Status Saman untuk menyemak saman trafik sekiranya ada.
  5. Semakan boleh dibuat menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran kenderaan pengguna.

MyEG Services

Pengguna boleh menyemak saman dari PDRM dan JPJ melalui sistem MyEG Services ini. Berikut merupakan cara untuk menyemak saman menggunakan perkhidmatan MyEG Services ini yang dibuat secara percuma untuk orang ramai :

  1. Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.gov.my.
  2. Pengguna perlu membuat permohonan akaun terlebih dahulu sekiranya tidak mempunyai akaun MyEG.
  3. Sekiranya telah mendaftar, Log masuk ke dalam sistem menggunakan id serta kata  laluan yang telah didaftarkan.
  4. Setelah Log masuk, klik butang eServices pada menu dan pilih Jabatan yang berkaitan samada PDRM atau JPJ
  5. Masukkan nombor kad pengenalan anda untuk disemak.
  6. Sekiranya anda memiliki saman PDRM, skrin paparan akan menunjukkan butiran tarikh saman, masa, lokasi dan caj saman yang dikenakan.
  7. MyEG Services turut menyediakan perkhidmatan menghantar peringatan secara emel sekiranya pengguna memiliki saman terbaru.

Sistem Rilek e-Services

  1. Layari laman web RILEK di https://rilek.com.my/
  2. Pengguna perlu membuat permohonan akaun terlebih dahulu sekiranya tidak mempunyai akaun RILEK.
  3. Sekiranya telah mendaftar, Log masuk ke dalam sistem menggunakan id serta kata laluan yang telah didaftarkan.
  4. Klik butang “Search By” untuk memilih kaedah semakan.
  5. Masukkan maklumat yang dikehendaki dan klik butang NEXT.
  6. Sekiranya terdapat saman, skrin akan memaparkan butiran saman yang lengkap.
  7. Pengguna boleh membuat bayaran saman menggunakan perbankan internet seperti       Maybank, CIMB dan juga RHB.

Semakan Saman Secara SMS

Antara kaedah lain yang boleh digunakan untuk menyemak saman PDRM adalah menggunakan perkhidmatan SMS yang begitu mudah. Caranya adalah seperti berikut :

  1. Taip mesej berikut menggunakan telefon bimbit anda;
  • POLIS<jarak>SAMAN<jarak>NO KAD PENGENALAN ATAU NO PENDAFTARAN KENDERAAN dan hantar ke nombor 15888 atau 32728.
  • Contoh : POLIS SAMAN 890101105659 atau POLIS SAMAN WKK4982
  1. Sekiranya pengguna inginkan butiran lengkap mengenai saman PDRM, hantar mesej seperti berikut :
  • POLIS<jarak>SAMAN<jarak>NO KAD PENGENALAN ATAU NO PENDAFTARAN KENDERAAN<jarak>EMAIL dan hantar ke nombor 32728.
  • Contoh : POLIS SAMAN 890101105659 ameer89@gmail.com
  • Pengguna akan menerima perincian lengkap saman yang akan dihantar ke alamat emel yang diberikan.

Sebagai pengguna jalanraya, setiap orang bertanggungjawab mematuhi undang – undang yang telah ditetapkan. Selain dapat mengelakkan disaman oleh pihak berkuasa, pengguna jalan raya juga dapat mengelakkan berlakunya kemalangan yang mungkin menjadi punca kematian orang lain. Jadilah pemandu berhemah sewaktu memandu dan hargailah nyawa anda dan orang yang tersayang.

Prev Article
Next Article

About The Author

Itawrah

Related Articles

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda ! Facebook …

Cara Berbelanja Online Di Go Shop

Jenis Penyata Pencen
Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda ! Facebook …

Jenis Pencen Dan Cara Mendapatkan Penyata Pencen

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Semakan Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0
  • 10 Skincare Terbaik Untuk Lelaki
  • 5 Modem WiFi Simcard Unlimited Internet
  • Cara Menabung Menggunakan Tabung Warna
  • Permohonan UTHM Program Eksekutif Dan Profesional

Komen Terkini

  • Mr.Reading on 10 Contoh Online Business Yang Laku Keras
  • ARDEY BIN MOHD SAH on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19
  • Mr.Reading on Tangguhan Moratorium di Belanjawan 2021
  • Mohd ridzuan bin hassa on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19
  • Mohamad sairi on Cara Keluarkan Duit KWSP RM 500 Bulanan Covid 19

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2021 ZonCyber
Theme by XpresiSC

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh