ZonCyber

Menu
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Teknologi
    • Aplikasi
      • Aplikasi Online
    • Komputer
      • Device
      • Gadjet
    • Laman web
    • Software
      • Permainan Video
    • Telekomunikasi
      • Telefon
    • Sistem
  • Agama
  • Sukan
  • Hiburan
  • Umum
    • Blog
    • Automobile
  • Hantar Artikel
Home
Penulis Jemputan
Bagaimana Mudah Bayar Saman Online

Bagaimana Mudah Bayar Saman Online

Itawrah December 29, 2019 1 Comment
  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares

Saman merupakan denda yang dikenakan kepada pesalah trafik yang telah melakukan kesalahan seperti mana yang termaktub dalam undang – undang jalan raya. Setiap pengguna yang telah disaman pihak berkuasa perlu dan wajib membayar saman tersebut. Sekiranya saman tidak dibayar, ia boleh menyebabkan pengguna sukar untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan atau pun lesen memandu pada masa akan datang.

Kompaun saman boleh dibayar di cawangan polis trafik berdekatan atau boleh juga membuat pembayaran menggunakan mesin ATM. Walau bagaimana pun, pembayaran saman juga boleh dibuat secara atas talian yang lebih memudahkan. Bagi yang tidak tahu cara membuat pembayaran di atas talian, berikut disertakan langkah – langkah mudah untuk membuat pembayaran secara online.

Portal Myeg

Bagi pengguna yang belum mempunyai akaun Myeg, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu. Sekiranya telah mempunyai akaun Myeg, anda hanya perlu memasukkan username dan kata laluan sebelum boleh meneruskan urusan di dalam Myeg.

Langkah mudah menggunakan portal Myeg adalah seperti berikut:

  • Layari portal Myeg dan membuat pendaftaran username dan kata laluan
  • Log masuk dengan username serta kata laluan yang tepat
  • Klik pada logo Polis Diraja Malaysia
  • Pilih Semak & Bayar Saman PDRM
  • Seterusnya masukkan nombor kad pengenalan serta Captcha yang tertera dan klik butang Check Summon.
  • Maklumat saman anda akan dipaparkan di sini seperti nombor pendaftaran kenderaan, kawasan yang dikenakan saman, nombor saman, tarikh dan masa saman dikeluarkan, jenis kesalahan trafik dan kompaun yang dikenakan.
  • Bagi membuat pembayaran, klik butang pada saman yang dikenakan dan tekan butang Proceed
  • Jumlah saman yang perlu dibayar akan dipaparkan, sila semak terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran
  • Klik butang Proceed to Payment dan anda boleh membuat pembayaran mengikut jumlah yang dikenakan
  • Resit bayaran akan dipaparkan setelah selesai membuat pembayaran
Info Tambahan :  Tangguhan Moratorium di Belanjawan 2021

Portal Rilek

Bagi pengguna yang belum mempunyai akaun Rilek, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu. Sekiranya telah mempunyai akaun Rilek, anda hanya perlu memasukkan username dan kata laluan sebelum boleh meneruskan urusan di dalam Myeg.

Langkah mudah menggunakan portal Rilek adalah seperti berikut:

  • Layari portal Rilek dan membuat pendaftaran username dan kata laluan
  • Log masuk dengan username serta kata laluan yang tepat
  • Klik pada logo Polis Diraja Malaysia
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Next
  • Maklumat saman anda akan dipaparkan di sini seperti nombor pendaftaran kenderaan, kawasan yang dikenakan saman, nombor saman, tarikh dan masa saman dikeluarkan, jenis kesalahan trafik dan kompaun yang dikenakan.
  • Terdapat empat butang di bawah saman tersebut dan anda boleh pilih samada untuk klik butang back, print summon, save as PDF atau Pay Selected Summons
  • Klik pada saman yang hendak dibayar dan tekan butang Pay Selected Summons
  • Anda akan dibawa ke halaman lain, dan pastikan anda tandakan pada kotak “I certify that I have read & agree to the Terms & Conditions and Privacy Policy”
  • Pilih akaun bank anda bagi membuat pembayaran saman sehingga selesai
  • Resit pembayaran akan dipaparkan setelah selesai membuat pembayaran

Zaman yang serba maju ini membolehkan pengguna menyemak serta membuat bayaran saman secara online tidak kira di mana jua anda berada. Yang penting kemudahan internet ada sewaktu hendak membuat transaksi tersebut. Setiap bayaran saman akan dikenakan caj SST sebanyak 6%.

  • Twitter
  • Facebook
  • Pinterest
  • 154shares
Prev Article
Next Article

About The Author

Itawrah

Related Articles

Pemberitahuan Pengeluaran KWSP i-Sinar
Facebook Twitter Pinterest share Pengeluaran KWSP boleh dibuat pada 11 …

Pemberitahuan Pengeluaran KWSP i-Sinar

2 Cara Mudah Mengaktifkan Pembelian Dalam Talian BSN
Facebook Twitter Pinterest share Adakah anda tahu bagaimana mengaktifkan pembelian …

2 Cara Mudah BSN Pengaktifan Atas Talian

Vaksinasi Untuk Populasi Berumur 12 Hingga 17 Tahun
Facebook Twitter Pinterest share Menteri Khairy Jamaluddin berkongsi hanya negeri …

Vaksinasi Untuk Populasi Berumur 12 Hingga 17 Tahun

Apa itu stem
Twitter Facebook Pinterest 308shares Twitter Facebook Pinterest 308shares Info Tambahan …

Apa Maksud STEM Dan Kaitan Dengan Pembelajaran

Subscribe
Login
Notify of
guest
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Jundullah98
Subscriber ( SB ) IV
Ahli Baru
Jundullah98
1 year ago

Nice ni…
Sangat memudahkan pembayaran saman, kepada mereka yang disaman, tunaikanlah tanggungjawab anda.

0
Reply

Komen Terkini

  • Wan Syaqila on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “rabi raza Btul weii lgipun apps dia tu lgi tersusun dari yg lain hehe.. aku pun mula mula tgk kat…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “lagipun apps dia tu senang nk guna.. mcm guna hiredly company yg aku cari x banyak sngt. course aku pun…”
  • Nadia Azan on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “bgi aku laa mmg best guna jobstreet.. aq pn tau psl tu dri tgk iklan ry dia la weii. lepstu…”
  • Hafiz Abd on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Yg penting mana yg senang and btul2 dpt kerja.. Tpi hritu guna jobstreet siap tgk sekali iklan dia hahahah. Best…”
  • Dinie Razak on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “Ya.. Klu nk best mmg guna jobstreet. Apps dia mudah and aku dpt kerja sbb apps tu hihi. Lgi best…”
  • NatrahJamal on Platform #MyDigitalWorkforce: 5000 Peluang Pekerjaan Digital: “2022 ada ke”
  • Puteri Afiqah on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “aku suka guna jobstreet sbb senang gila. aku tau pakai jobstreet ni pun sebab iklan raya dia hehehe. kelakar and…”
  • rabi raza on 10 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia: “jobstreet memang sng sngt nk guna. search satu perkataan pun beratus laa bleh jumpa kerja.. yg penting kena bnykkan buat…”

Terkini

  • Jundi Majhul : Kerja Ikhlas Kerana Allah
  • Unit Baitul Muslim :Fasa Memilih dan Mengenali
  • Pengeluaran KWSP RM10,000: Permohonan Bermula 1 April 2022
  • Muat Turun TraceTogether untuk Berkunjung ke Sinagpura 1 April
  • MySejahtera “Verified” dan Fungsi Terbaru Memudahkan 2022
  • Talaq Kinayah dan Talaq Sharih
  • Jenis Cerai dan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Shopee Food Voucher Jimat sehingga RM10!

Terbaik Bulanan

Sorry. No data so far.

ZonCyber

Media Terkini Dunia Cyber
Copyright © 2022 ZonCyber
Theme by XpresiSC
wpDiscuz