Bagaimana Kemaskini Permohonan SPA

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Bila sebut sahaja Suruhanjaya Perkhidamatan Awam Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPA, pasti yang terlintas di fikiran anda adalah kerja kerajaan. Peluang pekerjaan yang ditawarkan bermula setelah anda mendapat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu Doctor Of Philosophy(PhD). Ramai yang mengambil peluang untuk memohon kerana kelebihan insentif yang diberikan.

Cara Kemaskini Permohonan SPA

Mungkin ada yang terlupa permohonan yang telah lama dibuat dan ingin membuat permohonan baru. Di bawah akan dikongsikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan.

  1. Layari laman web Portal Rasmi SPA di http://www.spa.gov.my/
  2. Di bahagian bawah, klik pautan permohonan pekerjaan.

 

  1. Klik pada Server 1

 

  1. Masukkan ID dan kata laluan anda dan tekan butang Log Masuk

 

  1. Seterusnya semak tarikh permohonan anda untuk meihat bila kali terakhir anda membuat permohonan di butang Semakan Permohonan.
  2. Setelah itu, klik butang Jawatan Dimohon untuk melihat halaman jawatan yang dipohon pada sebelah kanan.

 

  1. Jika anda ingin memadam jawatan berkenaan, klik sahaja pada jawatan di sebelah kanan dan tekan anak panak ke kiri untuk dipadam. Jika anda ingin memohon jawatan yang baru, klik jawatan yang berada di sebelah kiri dan tekan anak panah ke kanan untuk memohon.
  2. Klik butang simpan untuk dikemaskini.
  3. Semak semula permohonan yang baru dibuat.

Irene

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *